Sunday, July 31, 2011

Home » berhati-hati bila menulis [part 2]

berhati-hati bila menulis [part 2]

assalamualaikum,

aku pernah tulis tentang nie satu ketika dulu.. kali nie aku nak tulis lagi… spe yang sudi bace tu terima kasih la ye.

ok, aku tulis entri ni sebab hal ni dah terkena kat diri aku, di sebabkan oleh seorang blogger yang mengutuk orang lain menggunakan blog dia, dan disebabkan itu orang lain terkena hukuman dia. nak mengutuk orang dalam blog bukan x boleh, boleh tapi ko kena tengok organisasi mane yang menaugi kau… harap korang faham la dengan gaya penulisan aku. nak kutuk pun jangan la terus sangat, cuba la wujud kan dia tu sebagai watak yang lain.. sebab orang kat malaysia ni lebih menerima kiasan dan sindiran daripada kutukan secara terus, ingat beb ini malaysia bukannya amerika… di amerika mereka berbeza, dengan selamba mereka boleh mengutuk diorang punye presiden. belajar dah tinggi dah, sijil sebesar banner iklan kat tepi jalan, tak kan bodoh masih bertingkat-tingkat.. jangan menyusahkan orang lain kerana rasa ketidak puasan hati kita, kalau betul tak puas  hati pergi kat depan muka dia dan cakap, kalau x berani just cakap belakang, kalau nak ekspress kat blog pun just wujudkan dia sebagai satu watak yang berbeza. jika dengan penulisan kita tak memberi efek kepada organisasi atau jabatan yang diduduki oleh kita tak pe la juga, nie menjejaskan orang lain. fikir sikit.

kadang blogger nie pulak yang di salah tafsir. blogger nie suka menjatuhkan orang, suka menfitnah, mengaibkan orang… bukan semua blogger macam tu, ade segelintir or maybe setengah blogger yang berperangai begitu. “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga” blog nie ada baiknya juga.. kadang blogger nie kongsi ilmu mereka melalui post-post mereka.. kadang mereka  kongsi info-info yang terbaru.. kita juga mendapat manfaat nya… bukan semua dok menjatuhkan orang.. ade juga yang mencipta komuniti blog, mencari rakan.. berkenalan..

ntah la dunia tanpa sempadan ini memang payah untuk dikawal, tapi jika dalam diri kita tahu etika-etika yang perlu di ikut tak de apa-apa masalah yang akan timbul. aku pun masih belajar dan perlu banyak teguran, belajar melalui pengalaman orang lain kerana bukan semua benda kita rasa, selagi kita bernafas selagi itu kita belajar.

p/s etika blog nie ade ke? kalau ade tolong la bagitau aku, hahaha… jangan dok sibuk jatuhkan orang lain, diri kita pun belum tentu elok dipandang orang.. apa yang baik kota kongsi apa yang buruk kita jadikan tauladan… trimas kepada pembaca blog aku.

7 comments:

Alif Haris said... BALAS

kesimpulannya tak pyh nk busuk hati sgt jatuhkan orag lain ..

Anonymous said... BALAS

ape2 pun jadi diri sendiri.. kalau kita rasa kita buat benda tu betul, kita teruskan. kalau rasa tak betul, ambil masa perbaiki.. orang kutuk ke ape ke, buat macam angin lalu.. kalau tak, kita yang tension hihi.. nice entry ;)

*jangan takut polis.. saya ni individu biasa.. waktu kerja saya buat kerja. luar kerja saya manusia biasa.. takut pada ALLAH ;) cuma sesama manusia, jalinkan hubungan yang murni dan saling menghormati insyaALLAH ;)

cik abbit said... BALAS

huhuhu ;D selamat malam

Muttallif said... BALAS

Etika blog? Sama dengan etika semasa bercakap kot....sebab bercakap pun datang dari hati, sama juga berblog... :)

tiefazatie said... BALAS

erm..so pk dulu sebelum menulis..=D

anamizu said... BALAS

bercakap dengan menulis di blog x byk bezanya pun..sbnrnye ape yg kita tulis/luahkan di blog tu lebih kpd apa yg kita nk ckp kan..
mulut kena jaga..
tgn pun harusla jaga masa menaip :)



salam kenal dr cik ana ^___^

ika said... BALAS

ye betull...jgn lantang sangat menaip sbb takut nnt ada org terasa n saman blog kita...haa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...