Sunday, August 7, 2016
buat duit dengan blog post melalui steemit.com
dah lme aku xtulis blog... yes tersangat lame.. sebab kesibukan kerja.. tp hari ni aku nk cerita ringkas pasal steemit.com, projek dri steem.io.. buat duit? mesti korang suka kan kalau bab duit2 ni.. mmg ler kan hidup ni memerlukan duit, nak masuk toilet pn kne guna duit, betul x?
apa itu steemit.com?
steemit.com itu satu paltform blogging yg dapat memberikan dan menjanakan duit melalui crypto currency, steem and steemdollar...
apa itu steem coin?
senang cerita lebih kurang bitcoin ler, benda ni leh tukar kepada fiat melalui platform poloniex. lakukan research anda sendiri ye.. saya hanya berkongsi..
camner leh generate duit?
anda post dan ada yang komen atau upvote leh dpt ler beberapa sen usd.. nk cerita byk penulis x reti sangat tp korang leh tgk sendiri dekat steem.io dan steemit.com
akhirkata.. xsalah mencuba kalau anda pandai menulis dan ramai yg suka, mungkin dpt memberikan sedikit wang untuk anda.. kalau nk tahu lebih lanjut leh kontek sy melalui twitter atau fb.. telegram group x de lg...
sekian terima kasih.
Tuesday, November 6, 2012
Lu belum bertatih, Gua dah berlari la…
assalamualaikum,
aku datang tanpa khabar, aku pergi tanpa berita… ok itu merepek.. npk tajuk, pandai bace? ok aku bukan nak marah sesapa, cuma bg tajuk nampak pelik sikit.. untung-untung ada orang baca…
ok habis pendahuluan lalu kita bermula pada kisah yang ada kaitan ngan tajuk tp mahu menengur tentang ayat yang poyo tu… memang lah awak tu berlari masa saya belum bertatih, tp awak ingat awak tu bukan selamanya mampu berlari dan saya bukan selamanya tak berdiri… faham?
tak faham? ok kalau tak faham meh aku amek contoh yang dekat iaitu aku, aku ambil contoh blog nie, memang aku running dulu blog nie, aku tahu lebih tentang blog dari mista beto dan blog dia kronologi (tah ape kronologinya pun aku tak tahu).. ok mmg mase dia bertatih aku dah berlari tp sekarang dia dah bermotor aku pulak yang berjalan… nampak tak hidup ni macam roda… hidup ibaratkan roda <- ha ni la point aku kot… so kita hidup nie tak payah nak berlagak lah kan, sombong…. apa yang kita ada, kita tahu kita kongsi ngan orang.. contoh nya ilmu kalau kita kongsi ilmu dengan orang takde ruginy lah bagi diri kita balik, kalau dia memotong kita, kita anggap itu rezeki dia atas usaha dia, tak perlu lah kan nak ada sifat hasad dengki sangat.. tak kemana pun, yang maju pun akhirnya orang kita jugak kan?
ok kali nie cukup sampai nie, walaupun byk lagi mahu beri ulasan di sini…
P/S sory beto terpaksa guna kan kau sebagai contoh :p
Thursday, November 1, 2012
Bahaya seorang penulis blog
assalamualaikum….
ok lah beto, aku sahut seruan kau… tp hati masih mahu menulis cerita pendek ok.. walaupun dulu upsr penulisan aku cuma dpt B jea… tau siapa beto tu? kronologi ferdaus, ha tu lah dia… dia buat jawapan balas lak kat aku punye update semalam, terasa toqq.. hahaha..
sambung pada tajuk, bahaya seorang penulis blog…. penulis blog nie mmg bahaya pun, boleh jadi perosak akidah kekadang, penyebar fitnah, perpecahan, rasict dan memacam lagi lah…. twitter, facebook dan social network lain tak kecuali gak…
yang perosak akidah tu biar aku terang sikit r, takut salah faham lak, kadang2x blogger nie mengkongsi tanpa usul periksa dulu, tak rujuk kitab.. tu yang bahaya tu.. kadang juga kita tak kenal spe penulis itu… takut ajen2x kafir yang nak menyesatkan umat islam, bahaya gak tu.. so kalau kita baca berkaitan akidah, tauhid, ibadah, muamalat, munakahad, faraid, jenayat di blog-blog nie, ada baiknya kita rujuk kitab dan guru juga.. kecuali lah kita mmg percaya pada sumber dan kenal siapa penulis itu.. bahaya-bahaya…
selain itu, ada byk jugak berita berita palsu yang tersebar di kalangan blog-blog nie.. ala biasalah nak main seo kan…. so ramai lah menyebarkan berita tnpa usul periksa, macam kematian artis lah… semua nak no. 1 dalam page search google.. last2x dpt tau artis tu hidup lagi.. abes yang mati tu spe.. replika artis tu jea kowt?
kemarin ade cerita ttg ainan tasneem dan boifren.. sekali blogger tu bagi info dan gambar yang salah, tak pasai2x si faizal fredley nie terfemes…. ce rujuk info blazt, yang tak boleh blah tu sumber rujukan gambar adalah google… dari si faizal nie, ainan tu bukan awek dia tp awek junior dia.. kan dah timbulkan salah faham tu, tak pasai2x jadi fitnah.. bahayakan? tp pape pun faizal gak dpt nama, femes, walaupun dia sudah femes dgn blog dia..
byk lagi benda yang bahayanya yang korang boleh fikir sendiri, so kalau nak menulis tu, fikirkan lah apa kesan akibat musibat yang akan berlaku selepas itu.. jadilah rakyat malaysia yang matang…. kebebesan bersuara tp bertempat lah ya, org malaysia nie kan tak suka direct, diorang kan suka kiasan dan sindiran… papepun semua terletak pada jari anda, jgn sampai niat kita murni nak menyedarkan tp disalah anggap sampai tercipta musuh tuk diri kita… renung2xkan..
P/S aku juga insan tak sempurna, jika ada salah sila lah tegur-tegurkan… ^_^ ok kucing itu sekadar gambar hiasan…