Showing posts with label diriku. Show all posts
Showing posts with label diriku. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Lu belum bertatih, Gua dah berlari la…

assalamualaikum,

aku datang tanpa khabar, aku pergi tanpa berita… ok itu merepek.. npk tajuk, pandai bace? ok aku bukan nak marah sesapa, cuma bg tajuk nampak pelik sikit.. untung-untung ada orang baca…

ok habis pendahuluan lalu kita bermula pada kisah yang ada kaitan ngan tajuk tp mahu menengur tentang ayat yang poyo tu… memang lah awak tu berlari masa saya belum bertatih, tp awak ingat awak tu bukan selamanya mampu berlari dan saya bukan selamanya tak berdiri… faham?

tak faham? ok kalau tak faham meh aku amek contoh yang dekat iaitu aku, aku ambil contoh blog nie, memang aku running dulu blog nie, aku tahu lebih tentang blog dari mista beto dan blog dia kronologi (tah ape kronologinya pun aku tak tahu).. ok mmg mase dia bertatih aku dah berlari tp sekarang dia dah bermotor aku pulak yang berjalan… nampak tak hidup ni macam roda… hidup ibaratkan roda <- ha ni la point aku kot… so kita hidup nie tak payah nak berlagak lah kan, sombong…. apa yang kita ada, kita tahu kita kongsi ngan orang.. contoh nya ilmu kalau kita kongsi ilmu dengan orang takde ruginy lah bagi diri kita balik, kalau dia memotong kita, kita anggap itu rezeki dia atas usaha dia, tak perlu lah kan nak ada sifat hasad dengki sangat.. tak kemana pun, yang maju pun akhirnya orang kita jugak kan?

ok kali nie cukup sampai nie, walaupun byk lagi mahu beri ulasan di sini…

P/S sory beto terpaksa guna kan kau sebagai contoh :p

Wednesday, October 31, 2012

Aku seorang penulis blog

 

Assalamualaikum…

aku rase lame sgt dah aku tak menulis nie.. almaklumlah dah lame tak membaca, otak pun tak segar nak menulis… lagi pun emosi asik tak menentu jerr.. tu yang malas nak menulis, tkut2x nanti terlepas emosi kat sini dan ade pulak yang terasa.. xboleh la gitu kan… bukan tak pernah terjadi, pernah terjadi banyak kali di twitter aku, lain org aku nak tuju lain org plak terasa… pastu xplain pun kadang tak guna.. so minta maaf n tunggu dia sejuk dulu lah kan… baru xplain…

blogger ataupun penulis blog? sama je kan… aku pun tak sangka aku mampu nak menulis blog… padahal aku buat semua nie sebab sesaje jea dulu, aku pun tak tahu ape fungsi blog nie sebenarnya dulu.. sekrang pun masih tak tahu sgt pun… yang penting aku rase aku nak tulis aku tulis.. tp setakat nie aku masih mengikut adab-adab ketimuran lagi lah kan.. masih tak menggatal nak buat blog porn ke hape lagi…

kepada yang pernah mengenali blog ini, maaflah ea sebab aku malas nak update.. lagpun kering idea sgt nie, sambungan cerpen epal pun tak dpt disempurnakan lagi… mungkin aku xde bakat dalam penulisan kowt.. hahaha dulik ape kan.. aku tgk si ben tu pun santai jea nulisnya.. tp dia punya payung bnyak ramai maa.. hehehe biasa la mamat macho, dan kebanyakan reader n blogger nie perempuan kan… so x pelik lah kan…

dah la penat aku mengarut.. nanti ade idea aku post lagi… :p

p/s kalau post kali nie tak best, maaf la ea… serius ngah kurang sgt membaca nie…

Saturday, July 28, 2012

Berubah....

assalamualaikum..

Manusia mane yang tak pernah buat silap kan?? Bukan setiap langkah kita ambil tu bukan semuanya di jalan yg benar, adakalanya kita tersasar sedikit dan adakalanya kita boleh tersesat jika kita terlalu syok dgn langkah tsb tanpa tersedar langkah kita ambil tu telah tersasar jauh. Walaupun sesat kita masih boleh nk berpatah balik dan perbetulkan semula langkah kita selagi mana kita Xdikafankan..

berubah menjadi lebih baik. Tp kalau berubah itu sekadar keluar dari mulut tanpa tekad dari hati, tanpa usaha, tanpa pergaulan dgn manusia-manusia yg tinggi ilmu agamany, selalu ny perubahan itu sekadar omongan kosong. Akhirnya akan jadi alasan la, atleast aku try nk berubah menjadi lebih baik.
Mulut kata nak berubah, tp solat selalu tinggal w/pn ade org berkali tegur dan cuba kejut kala subuh tp tetap lebih sygkan tido dari solat yg boleh menyelamatkn dari siksany api neraka.

Mulut kate nk berubah meninggalkan perbuatan maksiat. Tp hakikatny kau sendiri tak mahu nak tinggalkan pergaulan bebas yg membawa kau ke lembah maksiat tsb. Keluar berduaan, tido berduaan bersama, keluar sehingga lewat malam berduaan lelaki/wanita anjabi. Kalau kau seorg perempuan, agak kau la kan ape pandangan masyarakat terhadap kau?

Kau manusia yg mempunyai nafsu, kalau kau boleh keluar berduaan sehingga lewat malam atau pun berduaan dtpt tertutup tanpa berbuat apa-apa, kau mmg manusia yg hebat imanny, tp nafsu nie kadang tak perlu pun bisikan dari syaitan dia dah boleh jd lebih dr setan bg org yg lemah iman dia.

Berubah bukan sekadar kata dan xperlu lah nk bg alasan 'atleast aku berusaha nk berubah' walhal kau xberusaha langsung pun nk ke arah perubahan itu. Masih juga buat benda yang sama, bercampur org yg same yg merosakkan kau. Kalau nk berubah tunjukkn usaha nk berubah itu, baru lah perubahan itu bukan sekadar omongan kosong, kalau tersasar lagi, belajar la dari kesilapan itu dan berusaha la nk perbetulkan balik, utk berubah menjadi lebih baik dan tidak mengambil langkah yg telah tersasar tsb balik.

P/s aku bukan lah seorg ustaz, ini just utk peringatan diri.. dan ini bukan la nk menunjukkn aku nie baik tp ini dari ape yg npk dikaca mata dan permerhatian aku. Aku manusia yg punyai byk kesalahan maaf kiranya jika post inj byk kesalahan. ^^

Tuesday, July 10, 2012

Janji

Janji, banyak jenis janji yang pernah aku dengar dlam dunia nie antaranya janji melayu, janji jawe, janji cina dan etc...

Nk cerita pasal janji nie, senang nak berjanji tp susah nak ditepati... pada aku bila kita dah berjanji kita haruslah menunaikannya supaya tak ada hati yg sakit, hati yang tercalar... biasa la manusia bila menabur janji mmg manis mulut berbicara tapi bila nak melaksanakannya umpama menanggung beban mengangkat sebuah gunung...

Kalau tak mampu tu jangan lah berjanji ea.... kalau nk berjanji pun, apabila tak mampu nk laksanakn sila lah beritahu awal-awal supaya orang tidak berharap, kerana harapan itu sebuah kesakitan yg dlam... kesan dia tak nampak tapi rase dia ada....

Contoh, apabila kita berjanji berkaitan dgn masa.... apabila kita berjanji utk bertemu pada masa yg tertntu tp kita tdk dpt tepatinya dan kesan nya membuatkan seseorang menunggu kita, cube bayangkan perasaan dia?

Contoh lain, apabila kita berjanji dgn seseorg supaya tidak melakukan sesuatu yg tidak elok, dan kita melakukannya juga... apa nilai janji kita itu? Hanya omongan kosong kah??

Memang diakui kita ni manusia biasa tak lepas dari melakukan kesalahan... tp kalau sekali dua itu mungkin terjadi mungkin sebab kelemahan semulajadi kita, tp jika berkali berulang, apa maknanya?

Mungkin tuan-tuan dan puan-puan ada jawapannya dari kacamata sendiri..

P/s manusia dikurnia kan akal dan nafsu, jadikan akal itu pemimpin kepada nafsu jgn jadikan nafsu itu pemimpin kepada akal... ^^


Monday, February 6, 2012

Indahnya....


Assalamualaikum.....

Err... lame aku tak post sesuatu, ok la hari nie aku cuma nak menulis2 kosong je...

Kan weekend nie cuti panjang sebab cuti maulidur rasul dan cuti thaipusam... ok untuk mengisi cuti nie.. aku p la tg bidara tuk mencari dan melihat keindahan terbenamnya matahari... tp tidak kesampaian sebab jammed kat highway n mengikut sgt GPS nie ha.. last2 termasuk kedalam perkampungan yang menghubungkan ke tg bidara tersebut.. ada hikmahnya gak ikut GPS bedul tu... walaupun tak dpt nk melihat keindahan terbenamnya matahari, dpat gak menenangkan diri dengan keindahan bunyian ombak dan pemandangan laut dalam kelam2 cahaya malam.... bersyukur aku di anugerahkan nikmat penglihatan untuk menikmati keindahan ciptaannya....

Bukan setakat sunset je minggu nie aku kejar, aku mencari gak sunrise.. dan impian aku tercapai dengan ajakan member aku untuk memanjat bukit broga tuk melihat sendiri keluarnya mentari dari celah2 bukit dan gunung... memang indah ciptaan allah dan allah itu maha berkuasa.... cuma tak best nyer ramai sgt org mase kat puncak 400m bukit broga..... sebab tu entri aku bertajuk indah....

P/s korang ingat lagi x kat aku......


Thursday, November 24, 2011

buatkan dia tersenyum

assalamualaikum

berabuk beb blog nie, lame x update… bukan dah lupa pada blog nie tapi jadi pemerhati je sejak kebelakangan nie.. yelah x de pandangan yang nak di utarakan. ok sebelum korang baca lebih panjang, kalau agak2 post kali nie annoying, korang tak yah la baca, kalau nak baca its ur own risk k, just update di tengah malam buta… Smile

senyum? senyum itu kan sedekah. yeah hadapi lah kesukaran dengan senyuman, ada kemanisan disebalik kesabaran kita. manis je tgk seseorang tu senyum, bila kita di layan di kaunter pertanyaan atau seangkatan dengan nya, mesti la kita nak tgk org yang jaga kaunter itu melemparkan senyuman yang paling manis, baru la sejuk hati nak buat urusan.

ok buatkan dia tersenyum, kalau la aku mampu sentiasa membuatkan dia tersenyum kan bagus, cantik jerk flow colour of life nie. tapi kita kan manusia, tak sempurna dan tak kan sempurna. kita akan buat salah, kekadang aku terbuat dia masam umpama cuka, tapi tak berniat pun aku nak buat macam tu. kadang tersalah cakap, kadang perlakuan aku buat dia terasa, itu diluar kawalan aku… tapi dalam hati aku tak berniat pun, malah hati aku mahu tgk kau selalu tersenyum, mahu mengembalikan mood-mood kau yang telah hilang.. tapi apa kan daya, hati org kita tak mampu baca, sedangkan lidah lagikan tergigit. kan?

tetap mahu buatkan dia tersenyum, sebab senyuman dia manis, manis umpama rupa dia… aku cuma mampu mencuba… kalau tak mampu, aku hanya mampu tersenyum dalam kesakitan….

p/s suka tengok perempuan berkaca mata sweet + cute

Saturday, October 1, 2011

apa yang aku cari?

assalamualaikum,
ok lame aku tak update, hehe.. bz ler. banyak benda kena fikir. lagipun baru start sem baru.
kita hidup kat dunia nie sekali, tak tau la lau ade orang yang punya sembilan nyawa. kucing? aku rase kucing pun tak de sembilan nyawa, sebab kucing aku baru mati… dok uma jerk pun bukan p memane.. mati mengejut, kejung… haha.. ok fb link dia ini.

image

ok bukan cerita pasal kucing, aku nak canang kat sini.. cuma dalam hidup ni, kan kite nak macam2.. nafsu manusia kan… banyak benda yang aku cari dalam hidup nie… kalau nak cerita mungkin banyak part.
perempuan? kalau lelaki yang normal mesti lah korang suka tengok perempuan kan, lain la korang nie cam watak utama kat cerita OHHARAM, yang memalingkan muka bila melihat wanita yang bukan mahram… mesti korang nak cari perempuan yang perfect untuk diri korang.. soalnya wujud ke yang perfect tu? tak wujud kowt aku rase… sebab kita diciptakan ini ade kelebihan dan kekurangan… kalau dah terlalu sempurna hidup ni tak berwarna la kan.

cantik, cantik tu memang pakej la kan. kalau cantik itu sekadar menyakitkan adakah korang sanggup nak menahan? sebab kalau dia cantik x semesti nya iman dia kuat… dan kalau dia dah terperasan dia tu mmg sgt cantik dan ramai laki dampingi dia.. konfem dia tak kesah pun ngan korang.. wujudnya korang dalam hidup mereka.

image

bijak, korang engat perempuan nie x de ego? diorang fikir diorang bijak.. x kan nak cari lelaki yang berhingusan… dibuat main2 jerk korang nanti..
tak semua perempuan cam tu eh, tapi cinta itu menyakitkan kan… ada hati yang perlu dijaga ada rasa yang perlu dipelihara. so, bila wujud kesakitan itu, hadapilah kesakitan itu dengan kesabaran nescaya akan ada kemanisan yang hadir.

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)
“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)
apa yang aku cari? mesti la cari perempuan yang ade pakej kecantikan, harta, dan agama. hehe, aku rase semua orang cari perempuan macam nie.. tapi siapa jodoh aku, siapapun pembawa tulang rusuk kiri ku nie. aku tetap redha… “ceh ayat cam nak cari jodoh lak sekarang” pe pun kalau kita nak yang terbaik, kita kena lah jadi yang terbaek..

p/s jangan tengok sesuatu itu dengan pandangan yang tersirat sahaja kerana banyak tersirat dari tersurat… hidup ini unik…

Saturday, September 10, 2011

bukan senang nak menulis nie

assalamualikum,

menulis? egat senang ker nak menulis…. nak mengarut pun kena gak banyak idea… lagi la nak menulis entri yang mantap dan berisi bagus, susah beb…. kalau dapat menerangkan kepada sesorang dengan penulisan kita yang pendek dan padat, penulis tu memang mantap. kerana nak menyampaikan maklumat dengan penulisan yang pendek nie agak payah, takut isi tak sampai dan pembaca sukar atau tidak faham. dan penulis ini pun perlu ada kreativiti tersendiri dan aura.. baru lah ade pembaca yang setia, walaupun kadang apa yang dia tulis tu kita fikir tak penting mana pun dan tak best mana pun, tapi penulisan itu tetap ada pembaca.

kalau pada aku, aku suka pada penulisan yang pendek dan padat. tapi kekadang susah gak nak memahami apa yang hendak di sampaikan penulis, kerana penulisan itu pendek dan ada benda yang tidak dapat ditulis. tapi pada penulisan yang panjang berjela pula, aku malas nak baca. letih mate ini, tapi kalau dapat menarik aku tuk membaca sampai habis, aku rasakan entri itu mmg menarik dan selalunya aku akan bg “feedback” balik.

ada orang cakap dengan aku, “ala nak tulis blog tu senang jerk, mengarut jerk pun mesti ada orang baca”. cuba ko tulis, ade tak orang nak bace bile kau mengarut… kalau karutan kreativ mungkin la ada yang nak baca, kalau cam harem.. spe nak bace?

kesimpulan, masing-masing ada cara masing-masing. masing-masing ada “interest” masing-masing… yang penting kita ikut la etika yang telah di gariskan, dan kita perlu ada “common sense” sebab kita duduk kat malaysia, bukan amerika….

p/s sumone please ajar aku menulis dengan baik…. Smile

IKLAN² #VWDasAutoKL exhibition, SayaSukaMalaysia, MAXIS PROMO, HTC CHACHA

Saturday, August 6, 2011

I like specky girl

assalamualaikum,

ok series aku memang suka tengok perempuan  yang berkaca mata, cute gitu. aku suka yang berkaca mata bukan sebab aku suka yang cacat(bak kata seseorang) or rabun, sebab aku suka tengok dia yang cute. member aku pun ada gak yang suka tengok perempuan yang berkaca mata nie, contohnya si ferdaus zulkifli. so kepada perempuan yang berkaca mata hargai lah diri anda ea.. hahaha..

Untitled

dalam hidup aku pulak, hampir kesemua perempuan yang pernah menjadi teman aku berkaca mata.. cuma teman yang latest nie ber “contact lens” tapi dia pernah berkaca mata dahulu, sweet sangat. dari pandangan mata aku perempuan yang berkaca mata ini sungguh sweet dan cute, tak kira la apa pandangan orang lain, pandangan kita berbezakan dan kecantikan tu pun berbeza mengikut pandangan mata masing-masing… so kepada haters tu mmg tak leh kata ape la kan.. hahaha… Smile with tongue out 

ini cuma pandangan personal, tak de kaitan dengan yang dah mati.. noktah…

p/s hehe… ok da tukar sekrang dari perempuan yang berkaca mata kepada perempuan berkanta lekap… hehehe, fariq ko x yah kate aku jiwang… hahahaha..

IKLAN²

free call 24H digi, RM 10,000 from nescafe, hadiah raya samsung, RM 80K from Bausch & Lomb

Monday, July 25, 2011

nak menulis tapi malas

assalamualaikum,

da lame aku tak menulis.. sebab idea x datang mengunjung.. bila nak menulis jerk idea terhenti.. entri kali nie aku cume nak mengarut jerk.. spe nak bace.. di persilakan la bace dan sape tak nak silalah wat kerja berpekdah sikit.

ok pertamanyer aku nak ucapkan tahniah kat member aku yang sorang nie.. kenal blog lewat dari aku tapi boleh memotong aku sekarang, siap pakcik ben follow dia. kalau korang rajin boleh la pi blog dia blog kronologi ferdaus.

aku memerhati jerk walaupun aku tak update, belum dapat mood.. nak update camner kan, x de idea.. lagipun takde cerita yang best-best nak cerita ngan korang.. kang salah cerita, orang sakit hati la pulak kan.. walaupun dunia blog nie besar tapi pembaca-pembaca blog nie ramai.. walaupun mereka tak suka blogger tapi diorang suka penulisan seorang blogger, wlaupun penulisan itu adalah mengarut…

ok dalam aku mengarut nie aku nak ucapkan la terima kasih pada mereka yang melawat blog aku nie walaupun senyap tanpa tulisan hampir 3 minggu.. trimas guys…

sekian.. karutan dari aku..

p/s nak mencari bahan tuk menulis

PROMOSI –> SAMSUNG, myeg-makedpitch, TOUCH N GO, KOTEK

Tuesday, July 5, 2011

biarkan jatuh cinta

assalamualaikum,

malas sebenarnya nak menulis pape malam nie, tapi hati tengah berbunga… si dia menyuruh aku mendengar lagu st12-biarkan jatuh cinta, mmg best lgu nie.. cam ade maksud nak disampaikan pada aku… haha Smile with tongue out pape pun thank ye awak…

Lirik lagu ST 12 Biarkan Jatuh Cinta

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku kan mencoba
Tak perduli kau berkata
Tuk mau atau tidak

Reff

P/S kadang kita tak nampak permata di depan mata, kerana mengejarkan kaca yang kelihatan seperti permata yang akhirnya pecah kerana terlepas dari pegangan.

promosi terbaru dari churpchurp, tutorTV – SPM, tutorTV – PMR, tune talk

berenang itu anugerah

assalamualaikum,

setelah sekian lama aku mendiam, akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog nie. bukan apa cuma ada benda yang menganggu di fikiran, malas la aku nak menulis menggunakan emosi, tak best jadinyer.

ok berbalik pada tajuk, benar ke berenang tu anugerah? aku nak mengulas benda nie pun sebab ada seseorang pernah menyatakannya pada aku dan kalau cerita bab berenang nie, aku memang lemah sikit.. aku memerlukan usaha yang cukup gigih untuk mempelajari ilmu berenang walaupun sampai sekarang masih gagal untuk berenang dengan “sempurna”, walaupun telah banyak kali menelan air aku masih belum yakin untuk memasuki tempat yang dalam. kadang aku rasa “berenang itu adalah anugerah” tu cam ada betulnya juga.

berenang itu anugerah? boleh la di pakai “kowt”, tapi kalau malas nak usaha, sampai bila-bila pun takkan pandai berenang kan? ada member aku nie yang tak reti berenang satu ketika dulu, sekarang dia sungguh expert.. sebab dia cukup rajin untuk turun ke kolam dan belajar berenang. tak sampai seminggu dia dah pandai berenang, mengagumkan kan?

ape pun tak boleh la, jom kita belajar teori berenang kuak dada di youtube….

P/S berenang kena belajar pratikal bukan teori jerk, kang tak masal lemas pastu sia-sia jerk mati… macam ada ilmu tapi tak diamalkan, sia-sia la ilmu yang ade uw… bercakap memang pandai.

Thursday, June 23, 2011

duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit

assalamualaikum,

setelah lame aku tak mengupdate entri hari nie aku nak memberi pandangan tentang duit. sebenarnya “duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit” ini telah di post oleh member aku kat wall facebook. baru hari nie terpanggil nak mengulas.

duit… bagi aku penting bagi zaman sekarang. sebab kita hidup dalam zaman yang beroganisasi berbeza dengan hidup secara sara diri. zaman sekarang nie apa-apa urusan semua nya memerlukan duit. nak mintak tolong pasang butang like facebook kat blog pun silap-silap kena bayaran.

duit ini penting, duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit. siapa kata nak ngurat awek tak perlukan duit. nah, nak pakai minyak rambut untuk bergaya pun kena beli dulu kan? tak ke duit tu.

tapi jangan la terlalu menjadi hamba duit, sampaikan segala suruhan yang maha esa ditinggalkan, kerana duit. nak mendapat kan duit yang banyak dengan mudah kita menggunakan pelbagai cara yang haram. jika duit yang itu di gunakan untuk membeli makanan, kemana makanan itu pergi? makanan itu sebati dalam darah daging kita.

kalau mati, ada ke duit itu berguna dalam kubur? adakah boleh nak menyogok malaikat supaya meringankan segala siksaan kubur? tak boleh kan. dan bila terjadinya perang adakah duit itu berguna? duit itu menjadi abu, dan yang penting masa itu adalah nyawa..

duit, duit juga.. yang haram tetap haram. cara takkan menghalalkan hukum….

p/s sebenarnya ngah geram ngan pencuri. ade ke patut dia curi duit aku.. demm….

TERBARU DARI SAMSUNG, GALAXY S II. LEBIH LANJUT DI SAMSUNG

aku sayang kau doe..

...... bila kata-kata sukar untuk difahami, lagu menjadi ganti .......


egatkan dulu saya suka lagu nie

p/s ok nice, aku dah buat kesilapan lalu berulang semula... bila kat depan mata bloody confidence dia untuk kita, cinta dia milik kita sepenuhnya dan mulalah kita buat tak endah, bila dia sudah pergi mencari yang lain, baru sesalan datang dalam diri... hargai la apa yang kita ada, sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia.... cinta tak semestinya memiliki....

Tuesday, June 14, 2011

berhati-hati bila menulis

assalamualaikum,

selepas aku terbaca berberapa blog, aku terjumpa ade blog yang jenis menghentam orang, menjatuhkan aib dan juga mengutuk dan menghina, ada juga entri yang ditulis untuk menjatuhkan orang lain.

blog ni antara medium yang terbaik untuk menyampaikan dakwah, ilmu, idea, pandangan dan juga boleh mendatangkan keuntungan jika pandai dalam bab2 membuat duit secara online. jika seseorang insan tu membuat kesalahan, tegur la dengan baik, jika dia melenting dan menegakkan apa yang batil maka kita hendaklah menasihati nyer, tak elok menghinanya.

‎[repost:zaharuddin.net] Nabi mengingatkan "Muslim sebenar adlh yg lisan & tangannya tidak menyakiti muslim lain, Muhajir pula adlh mrk yg meninggalkan apa yg dilarang Allah" (riwyt Bukhari). Awasilah menyakiti yg lain dgn tulisan krn ia termasuk dlm katgeori 'lisan' yg boleh menjadi punca terhumbang ke neraka. Moga kta dijauhkan oleh Allah darinya.

kan bagus kalau ambil tindakan “win-win” situation, semua dapat manfaatnyer. bukan menjatuhkan orang lain demi menaikan diri nya…. kan2.

p/s penulisan yang bermanfaat memberikan kebaikan kepada semua.. Smile

Wednesday, June 8, 2011

blogger cakap tak serupa bikin

assalamualaikum,

apa khabar sahabat? blogger nie cakap tak serupa bikin ke r? realiti lain dalam maya lain…. realiti mungkin perogol dalam alam maya dia adalah penasihat terkemuka yang mempunyai pembaca yang ramai.

aku buat entri ni sebab aku nak menjawab balik apa yang member aku cakap, “blogger cakap tak serupa bikin” mungkin apa yang aku tulis dalam blog nie tak mengambarkan diri aku yang sebenar di alam nyata. dan mungkin ada entri aku yang berunsur nasihat dan juga teguran berbeza dari realiti diri aku yang sebenarnya. sebab yang berkata tu sahabat aku, dia rapat ngan aku dan dia tahu siapakah aku yang sebenarnya.

ok memang aku mengaku aku nie mungkin tak sebaik ulama yang arif tentang agama islam untuk menasihati orang lain, tapi entri yang berunsur nasihat yang aku tulis tu adalah untuk diri aku sendiri macam seseorang pernah berkata padaku “aku baca artikel yang baik adalah artikel yang menasihati dirinya” dan apa yang aku tulis itu adalah kegunaan dan peringatan bagi diri aku, bukan aku nak berlagak baik dalam dunia maya ni, tak da maknanya pun. kalau orang lain dapat  manfaat dari entri aku, aku dpat pahala secara tak langsung.

kepada sahabat aku tu jika terbaca entri ini, aku terima seadanya aku, setiap insan ade kekurangannya. betul tak…?(ini bukan entri merajuk ea… cuma nak bagi penerangan ringkas je, bukan banyak pun entri nasihat dan peringatan dari aku)

sekian, kalau tak faham boleh bertanya di komen ea… aku perlukan teguran supaya penulisan aku semakin baik.

p/s “Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)…..

aku nie cakap tak serupa bikin ker? haish… kene berubah nie jadi jujur di blog pulak, tak perlu hipokrik hahaha…. :#

Saturday, June 4, 2011

kecantikan mu itu membunuhku

assalamualaikum,

tajuk nak gempak jerk kan…. saje jerk nak update  blog nie…. kadang nak mencari idea nie payah, aku bukanlah blogger tegar yang boleh update setiap masa…. masih baru lagi dalam bidang penulisan nie…
ok berbalik pada tajuk…. cantik tu boleh membunuh ker? boleh sangat, membunuh hati, membunuh jiwa, membunuh nyawa. ada kan kes pembunuhkan kerana cemburu, semua tu mungkin sebab merebut perempuan yang “cantik”.

aku kadang geram tengok perempuan yang seksi2 nie, betul-betul membunuh mata aku…. buat aku dapat dosa jerk… aku rasa kes rogol jangan di salahkan pada perogol semata-mata, sapa suruh perempuan menyeksa mata dan nafsu lelaki. tapi akan ada yang cakap “perogol pun rogol perempuan yang tertutup litup ape?” mmg ler sebab perempuan tu lalu kat tempat sunyi dan mungkin sebelum tu perogol dok tengok perempuan yang seksi2 kat tempat awam yang membuatkan nafsunya membuak then muncul la berbagai fantasi di otak perogol, yang tertutup litup pun boleh jadi berbogel dalam fantasi perogol itu…. ntah la, korang fikir la sendiri…

cantik? cun? comel? dunia jerk semua tu… hahahaha….. tapi kecantikan membuatkan mata kita sedap untuk memandang tapi kalau cantik + seksi, korang orang perempuan telah membuat lelaki terseksa untuk mengawal diri… “tak semua”


p/s boring doe, spe nak jejalan ngan aku… “cantik itu subjektif”

Wednesday, April 27, 2011

exam

assalamualaikum…

peperiksaan

bermula la kisah final exam ku setelah berhempas pulas dalam kira-kira 14 minggu aku menghadapi minggu-minggu akademi yang sepi…

sebenarnya xam aku da bermula kowt isnin lepas, baru hari nie nak bercerita tentang xam…

banyak jugak la paper yang memerlukan aku untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan… 8 kertas sem nie yang perlu aku hadapi. banyak ke? banyak gak la kan. tape r yang penting senyum.. hehehe..

da dekat dua minggu aku tak berblog rase rindu kat blog membuatkan menulis kembali.. berblog ini pun satu medium untuk menambah baik penulisan kita, walaupun tak semua orang suka untuk membaca apa yang kita tulis. tapi apakan daya, itu semua hati manusia. kalau suka dia baca lah, tak suka dia tinggal. #ohdunia

serius 2 minggu tak berblog alexa rank jatuh kowt.. nie semua gara-gara projek web programming.. pening-pening.. sampai sekarang tak dapat completekan sistem team aku sepenuhnya.. tape-tape leh simpan tok projek tahun akhir nanti…

so kepada member aku, atau pun pembaca yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan apa pun aku nak wish gud luck, jangan meniru ea.. hehehe… peace

p/s senyum… aku ingat nak tulis cerpen.. tapi tengok gaya penulisan aku masih tak cukup baik lagi kowt.. jeles ngan blog aku bukan blog abah kau

Monday, April 11, 2011

kerja oh kerja

assalamualaikum..



erm.. lame la pulak tak update blog nie. hehe.. walaupun tak update tetap jenguk blog nie hari-hari, dan membalas kunjungan juga kadang-kadang.. :cheers

hehe.. sory ganggu korang tok bace entri tak seberapa nie.. masa dah dekat nak exam nie banyak pulak benda nak kena settle kan. presentation banyak toi. pening pale nie. projek banyak gak la. boleh wat aku semakin botak (da botak ker?), baru amek degree blum lagi amek master ngan phd. aku rase kalau nak amek tu semua mau ilang rambut yang cantik nie (perasan) hahahaha...

sebenarnya cuma  nak bagitau jerk, da dekat nak exam nie malas sikit kowt nak update. tapi tetap online. hehehe.. student sekarang study pakai slide je kan ... hahahaha :cheers.

p/s sje nak mengarut... 


Monday, March 28, 2011

melalui blog aku kenal kau

assalamualaikum...

satu lagi entri dari aku (poyo jerk), si insan bergelar blogger.



kawan? banyak cara kita untuk dapatkannya. facebook, twitter, seminar, dan banyak lagi la. tapi kali nie aku nak sentuh pasal aku mengenali seseorang itu melalui blog. dengan blog pun kita dapat mengenali seseorang itu, dan kadangkala membuatkan kita rapat dengan dia, tapi ada juga situasi yang boleh menyebabkan kita mendapat musuh kerana wujudnya penyakit tradisi orang kita p.h.d, aku tak mau kupas panjang lebar tentang itu. belum sampai masa.

berbalik tentang cerita kenal melalui blog, antara orang yang aku kenal adalah fariqscorpio, mommy fara, si tokei, fyy mokhtar, jejaka terhangat, aisya humaira, moon, elyna, dan ramai lagi. aku kenal mereka melalui blog dan penulisan mereka, ada juga aku mengenali melalui bcr. aku tak tahu la mereka mengenali aku, tapi aku mengenali mereka dalam dunia blog dan maya.

mungkin belum sampai seru lagi untuk aku ikut sekali gathering atau apa-apa program dianjurkan, setakat ini aku cuma kena mereka di sini sahaja, mungkin satu hari nanti boleh berkawan baik dengan mereka dalam dunia yang nyata, siapa tahu kan?

yang penting apa yang nak aku sampaikan, aku kenal mereka melalui blog dan blog memungkinkan untuk menambah sahabat, kepada mereka yang mungkin tak kenal blog keunikan hidup ini, aku nak wat cane kan. da memang suratan begitu. kepada sesiapa yang sudi ikut perkembangan blog ini aku nak ucapkan terima kasih sangat kat korang, tanpa korang siapa lah aku. aku akan cuba memperbaiki mutu penulisan aku supaya menarik untuk dibaca, dan penyampaian aku jelas kepada semua.

p/s terasa malam ini sungguh indah, walaupun bulan tak dapat dilihat oleh diriku.. sesiapa yang tak tersenarai itu maaf la ea. nanti kalau senang aku review blog sesiapa yang aku nak, biar member-member aku kenal (ala cam aku nie femes jerk).. hehehehe ☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...