assalamualaikum,
aku pernah tulis tentang nie satu ketika dulu.. kali nie aku nak tulis lagi… spe yang sudi bace tu terima kasih la ye.
ok, aku tulis entri ni sebab hal ni dah terkena kat diri aku, di sebabkan oleh seorang blogger yang mengutuk orang lain menggunakan blog dia, dan disebabkan itu orang lain terkena hukuman dia. nak mengutuk orang dalam blog bukan x boleh, boleh tapi ko kena tengok organisasi mane yang menaugi kau… harap korang faham la dengan gaya penulisan aku. nak kutuk pun jangan la terus sangat, cuba la wujud kan dia tu sebagai watak yang lain.. sebab orang kat malaysia ni lebih menerima kiasan dan sindiran daripada kutukan secara terus, ingat beb ini malaysia bukannya amerika… di amerika mereka berbeza, dengan selamba mereka boleh mengutuk diorang punye presiden. belajar dah tinggi dah, sijil sebesar banner iklan kat tepi jalan, tak kan bodoh masih bertingkat-tingkat.. jangan menyusahkan orang lain kerana rasa ketidak puasan hati kita, kalau betul tak puas hati pergi kat depan muka dia dan cakap, kalau x berani just cakap belakang, kalau nak ekspress kat blog pun just wujudkan dia sebagai satu watak yang berbeza. jika dengan penulisan kita tak memberi efek kepada organisasi atau jabatan yang diduduki oleh kita tak pe la juga, nie menjejaskan orang lain. fikir sikit.
kadang blogger nie pulak yang di salah tafsir. blogger nie suka menjatuhkan orang, suka menfitnah, mengaibkan orang… bukan semua blogger macam tu, ade segelintir or maybe setengah blogger yang berperangai begitu. “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga” blog nie ada baiknya juga.. kadang blogger nie kongsi ilmu mereka melalui post-post mereka.. kadang mereka kongsi info-info yang terbaru.. kita juga mendapat manfaat nya… bukan semua dok menjatuhkan orang.. ade juga yang mencipta komuniti blog, mencari rakan.. berkenalan..
ntah la dunia tanpa sempadan ini memang payah untuk dikawal, tapi jika dalam diri kita tahu etika-etika yang perlu di ikut tak de apa-apa masalah yang akan timbul. aku pun masih belajar dan perlu banyak teguran, belajar melalui pengalaman orang lain kerana bukan semua benda kita rasa, selagi kita bernafas selagi itu kita belajar.
p/s etika blog nie ade ke? kalau ade tolong la bagitau aku, hahaha… jangan dok sibuk jatuhkan orang lain, diri kita pun belum tentu elok dipandang orang.. apa yang baik kota kongsi apa yang buruk kita jadikan tauladan… trimas kepada pembaca blog aku.