Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

twitter & facebook boleh buat duit? ah tipulah!

assalamualaikum…

selamat ari raye semua… lama dah aku tak update, rindu pulak nak mengarut kat sini…

twitter n facebook boleh buat duit? mengarutlah… hehehehe… mana ade mengarut.. twitter n facebook adalah salah satu medium untuk mengiklan perniagaan kita… ada gak aku tgk orang menjual shawl, baju, kueh n macam-macam lagi kat facebook…

P1040107b

ok kali nie bukan aku nak cerita pasal tu, aku nak tanye korang… korang pernah dengar tentang says.my dan churpchurp tak? kalau korg ikuti blog nie korang mesti ade perasan tentang entri boleh cashout dah. balik pada cerita facebook dan twitter, dengan menggunakan says.my dan churpchurp nie la membolehkan kita membuat duit, tak perlu modal… cuma apa yang perlu kita lakukan adalah “share link” yang mereka beri… cuma biar la kita “share link” secara beretika jangan la kita “spam” kepada mereka yang tak bersalah…

Untitled

dalam churpchurp yang baru nie ade dua cara untuk mendapatkan duit iaitu social sharing dan social seeding… untuk info lebih lanjut boleh ke sini

dan kepada mereka yang berminat nak join churp² dan says. my boleh la ke link churpchurp dan says.my.

p/s masih dalam progress nak menulis cerpen kedua… peace yo….

IKLAN² SAYA SUKA MALAYSIA

Tuesday, July 26, 2011

boleh cashout dah

assalamualaikum…

Untitled

ok di pagi yang sejuk nie (waktu entri ditulis) aku nak doakan korang sihat sejahtera hendaknye..

cerita nya bergini, aku ade join churpchurp anak syarikat si nuffnang tu.. akhirnya setelah sekian lama aku sertainya dpat jua la aku nak cashout nya.. walaupun tak seberapa tapi aku nak cerita kat korang.. sebab ada orang yang aku ajak join benda nie diorang tak mau.. sebab takut menatang nie scam. so diorang nak tunggu bukti dulu… so da ade bukti, ape lagi join la.. bukan kena bayar pun nak join, kerja senang share link then dpat income.. spe nak bagi kan?

spe nak join boleh lah try tgk kat link churpchurp nie….

cara nak dpatkan duit dia ada banyak.. tgk la kalau yang pandai markerting tu.. mmg senang la nak dpt income cepat.. modal cuma twitter, facebook n blog(optional)..

banyak cakap banyak bohong korang pi la churpchurp sendiri.. semoga rezeki kita dipermudahkan.

p/s ade la duet backup tok raye nanti… nak rajin lagi share link nie..

PROMOTION ----> SAMSUNG RAYA, TOUCH N GO

Tuesday, June 7, 2011

google plus one, apakah itu?

assalamualaikum,

da 3 hari tak update, rindu kat blog putih ku ini, kali ni aku nak cerita sikit pasal google plus one.

ada blogger yang mungkin da taw tentang tentang google plus one nie, aku tulis nie untuk memberitahu mereka yang tak tahu, sape yang da tau dok senyap2 tak pun tegur dimana kesalahan aku.

google+1 nie macam butang like facebok, tapi kalau butang like facebook pabila ada orang tekan like pada entri kita, entri kita tu akan terpampang pada wall si penekan butang tersebut. manakala, google+1 nie apabila ada orang tekan dia akan show entri kita kat search engine result page(serp). berguna pada yang suka main seo, dan boleh meningkatkan trafik dari search engine.

kalau nak ketahui dengan lebih lanjut dan cara memasang butang google plus one, korang boleh pi ke bloggersentral.com

kalau nak pasang float media sharing button macam kat bawah nie.

Untitled

tutorial ada di link ini

p/s aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. C:

Friday, April 1, 2011

april fool atau sebaliknya?

assalamualaikum..

pertama sekali aku nak bagitau ini entri pertama aku pada bulan april( perlu ke?)



nak bercerita tentang kejadian april fool. pada sudut mat saleh, 1 april atau april fool in datang dari Chaucer's Canterbury Tales (1392) dan bla.. bla.. bla.. korang leh p ke wikipedia. seboleh-boleh nak tutup benda yang benar. malas aku nak bercerita melalui sudut mat saleh bengkek nie.


ok kita pergi pada cerita-cerita ustaz aku. apa yang aku ingat dari cerita ustaz aku, yang april fool ini adalah hari meraikan kebodohan umat islam yang terlalu mempercayai penipuan yang di buat oleh orang kristian (citation needed). 


kejadian ini terjadi semasa kejatuhan kerajaan islam di andalus a.k.a sepanyol. orang-orang kafir ini tidak puas hati kerana orang islam menyembunyikan diri dalam rumah untuk berlindung dan manusia yang berhati busuk ini yang ingin sekali menghapuskan bersih umat islam di sepanyol. akhirnya mereka mendapat idea untuk memancing umat islam keluar dari rumah, dengan tipu muslihat yang mereka lakukan tentang kapal yang akan membawa keluar umat islam dan harta mereka dengan selamat dari sepanyol, dan orang islam pun pergi melihat di pelabuhan ternyata kapal yang di beritakan wujud dan setelah mereka berpuas hati, keesokan harinya ( 1 april ) mereka keluar. masa inilah tentera-tentera kristian mengambil peluang untuk melenyapkan umat islam di sepanyol tanpa mengira jantina dan umur.


aku pun tak boleh jaminkan kesahihan cerita di atas, tapi yang pastinya buat apa kita nak terikut-ikut sangat budaya barat tu, maksud aku april fool, valentine and etc? tak de pekdahnyer jang. kalau bab mentaliti atau cara mereka berkerja tak mau lak ikut, tengok je la tandas awam kat malaysia nie.. mengalahkan blog entri (tipu jerk), belum masuk lagi bab tak flush tu beb, vandalism lagi.. ish-ish... 


ok la kalau nak tahu lebih lanjut.. boleh pergi sinisini dan sini.. aku malas nak copy paste


ok, sekian...


p/s 1st time tak tido kes wat esemen etika dalam ict... ngantok weh, sok ade kelas lagi.. 

Tuesday, March 22, 2011

semak keputusan spm 2010 menggunakan sms

assalamualaikum,

ketahui la sahabatku yang keputusan spm sekarang boleh di semak melalui sms, canggih dah sekarang. aku tak tahu la taun lepas boleh cek guna sms ke tak tp aku tahu hari nie dan aku nak kongsi ngan korang.

cara semak,
SPM SEMAK [no. kp] [no. agka giliran] sms ke 15888

perkhidmatan ini boleh digunakan bermula jam 1000H 23 mac 2011 sehingga jam 0000H 30 mac 2011.

ketahui lebih lanjut di sini

Monday, March 21, 2011

customer service celcom terbaik

assalamualaikum..



ingat lagi tak post aku tentang aku bengang dengan celcom? semalam petang (20/3/11) aku g blue cube kat the mines then wat aduan cam saranan si tokei dalam komen nyer.

malas nak panjang-panjang, nak wat esemen.. dipendekan cite.. aku wat aduan dan akak yang jaga kaunter pertanyaan kat situ kata ari berkerja baru dia approvekan aku punye aduan dan feedback dari celcom mungkin ambil masa dalam 7 hari.. tapi segala aduan aku telah settle dalam beberapa jam sahaja tadi.. aku pun tak tahu macam mana leh terjadi camtu.. tapi yang penting aku da leh on balik no celcom aku, teng celcom walaupun ko telah membuat aku bengang seketika.. cheers....


peace..

Tuesday, March 15, 2011

tentang rokok

kisah jimmy nak lepak dengan rokok dan akhirnya ditembak mati, mesej untuk perokok...

wahai perokok jangan marah aku ea, marah kat pelukis kartun nie.. hahhaha..


Wednesday, March 9, 2011

tutorial,cara dan tips bagaimana nak melajukan internet

assalamualaikum...

semalam semasa aku surfing internet, aku terjumpa sesuatu yang berguna. tips nak melajukan internet sebanyak 20%.

ok la kan dapat lajukan 20%. dalam sistem window, mereka ada letakkan setting "reserve internet bandwith" untuk kegunaan window update dan spyware check dengan menggunakan QoS Packet Scheduler. sebuah bandwith management tool.

pastikan ada dalam mode admin jika hendak menukar setting ini.

LANGKAH² UNTUK UBAH SETTING RESERVE BANDWITH LIMIT


start > run > type gpedit.msc






pergi ke Local Computer Policy branch






kembangkan Computer Configuration branch






kembangkan Administrative Templates dan seterusnya ke Network branch






highlight the QoS Packet Scheduler branch dan lihat tab Limit Reservable Bandwidth di sebelah kanan






Double click kat "limit reservable bandwidth" setting






dalam setting tab tandakan the ENABLED butang dan ubah Bandwidth limit % to 0


UNTUK OPTIMIZE SPEED, GUNAKAN TCP OPTIMIZER SPEED.


download melalui link ini.


cara menggunakan >>


adjust the connection speed slider from the menu, pilih network adapter, dan click on Optimal Settings. tu je.


p/s aku da try dah... nampak juga perubahan sikit bila loading page... try la ea.. kalau ada apa-apa kesilapan sila lah tegur.. baru jerk bernafas neh

Friday, March 4, 2011

ego atau perasan bagus?

assalamualaikum..

perasan bagus


kenapa buat entri ini?
ok, aku terfikir sebenarnya tentang diri aku. kadang aku sendiri yang terperasan diri aku cukup bagus dan baik, sampaikan menolak orang lain ketepi. walhal, orang yang aku tolak itu da memang terbukti baik dalam suatu bidang.

ego?

dalam diri ini mungkin tebal dengan sifat ego, sampaikan ego itu menutup segala kesalahan dan kebodohan diri. yang mungkin aku tahu, aku nak pertahankan apa yang aku fikir, apa yang aku hujah dan apa yang aku tulis. sampaikan aku sendiri tak nampak ada yang lagi bagus dari diri aku.

apakah itu ego?
sifat ego adalah tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada
orang lain. ego ini termasuk dalam sifat mazmumah yang patut ditinggalkan, tapi mugkin sifat ini antara perkara yang payah untuk kita kikis dalam diri, kerana ia mungkin dah sebati dalam diri.

adakah anda ego?
kalau soalan ini ditanya, mesti jawapan yang akan di jawab adalah tidak. ye tak? tak kan la nak jawab "ya", jika "ya" jawapannya maka akan tercalar lah maruah diri (kepada si ego besar). jika kita bergaduh dengan rakan kita, siapa yang akan minta maaf dulu? kalau ego sudah kuasai diri, tak kan kita minta maaf dulu, kenapa? ya la, kalau kita minta maaf dulu, kita ni umpama "loser", ye tak? dan lagi teruk kalau kita tak mahu memaafkan salah orang lain, padahal kesalahan yang dia buat bukan sebesar mana pun. cukup bagus kah diri kita, tak kan tak pernah buat salah "come on, we are not perfect"


ego
perasan bagus...
ego memainkan peranan penting dalam perasan diri tu bagus. dia lihat orang lain tak ketahui apa-apa, cuma dia saja tahu buat itu dan ini. pandangan dia sahaja yang terbaik, dan idea dia paling bernas. tidak la sahabat, kita saling memerlukan dan lagi ramai manusi di luar sana yang lagi baik dari diri kita. mereka lebih berilmu dan bukan sekadar cakap tanpa isi. sedangkan kita umpama tin yang dipenuhi oleh ego, nak tunjuk bagus, nak tunjuk kuat, dan akhirnya tak ada apa yang keluar dari diri kita.

sekian....

sumber gambar :- google image

Monday, February 28, 2011

lelaki dan merah jambu

assalamualaikum,

ok nak kupas tentang warna lak kali ni,

merah jambu
ape kena mengena ngan gambar neh?

pink atau merah jambu selalunya melambangkan kelembutan, ya dulu aku memang geli tengok apabila seorang lelaki memakai baju merah jambu atau apa-apa benda yang berorientasikan warna merah jambu. pada aku mereka ni tergolong dalam golongan manusia lembut, pondan, homoseksual, nyah dan yang paling penting mereka nie mesti jambu kan. itu pemikiran lapuk aku dulu, warna merah jambu je terus kata dia jambu.

oh lelaki


pandangan aku pada warna in telah berubah sama sekali. jika diteliti bagaimana warna ini terbentuk, kita dapat ketahui bahawa warna ini terbentuk dari gabungan warna merah dan putih. dari gabungan tersebut maka wujudlah sebuah warna yang mempunyai kelembutan untuk dipandang mata, juga warna yang mempunyai nilai romantik dan cenderung kepada sifat-sifat feminin.

berbalik pada campuran warna. pertama, warna merah yang garang dicampur warna putih yang cerah dan terang. pada pandangan aku, warna merah jambu bukan setakat lembut dan romantik tapi tersembunyi sebuah keganasan dan keberanian yang dikuatkan dengan kecerahan warna yang nyata. apabila warna putih ini dipancar oleh cahaya terik matahari di siang hari, mata kita akan menjadi silau, dan warna putih ini sangat efisien dipakai jika pada waktu malam untuk mengelak kecelakaan pada diri terutama pada pejalan kaki. bermakna warna putih ini makin menguatkan warna merah apabila dicampurkan. memang benar warna merah jambut itu lembut, tapi itu secara tersurat bagaimana tersiratnya pula?

persoalan sekarang, lembutkah lelaki yang mempunyai minat pada warna merah jambu? padahal merah jambu ni sangat ganas dan berani, ye tak? mungkin pandangan kita berbeza, tapi kadangkala sebuah pandangan itu boleh berubah mengikut akal dan juga gerak hati, yang penting aku selalu jerk nampak rakanku yang masuk askar dan suka memakai pakaian yang berwarna merah jambu, tapi bukan fanatik pada warna ini ea. adakah seorang askar itu lembut kerana memakai warna merah jambu ini? tidak bukan, ye tak?

janganlah nak membuat diskriminasi yang mengaitkan gender dan warna yek.

konflik gender


p/s tertarik lak pada warna merah jambu ini... macho gitu.. hahahaha.... ☺

Friday, February 25, 2011

kita ni sebenarnya seorang spammer

assalamualaikum..

korang rasa tak yang para blogger nie sebenarnye spammer² yang beretika, hehehe....
aku kekadang rasa macam aku bnyak spam kat twitter ngan facebook aku..
sapa yang ade join churp² or say.com, lg la banyak spam yang korang buat.
cuma kita nie beretika sikit kowt, mungkin akan ada yang akan sangkal aku "itu bukan spam, itu ping blog la der."



aku : "aku nak cakap tu sejenis spam gak."
mybe korang : "bro bukan macam tu lah, ko tak fham dunia blog."
aku : "mmg la aku tak faham, aku baru bertatih dalam bidang neh."
mybe korang : "da tau budak² lagi dalam dunia nie, jangan pandai² ea."
aku : " tapi korang tak rase ker, kita suka spam kat orang lain dan semak kan orang punya wall and timeline."
mybe korang : "ish ko nie tak fham ke? itu ping blog, fham!"
aku : "tak aku tak faham, yg aku fham itu mcm konsep spam jerk. kadang² org tak nak pun apa yg kita postkan."
mybe korang : "akh susah la cakap ngan ko. dasar newbie."
aku : "ok fine, merci"



apa-apa pun aku suka ping blog, kadang² ping nie nampak macam spam ada gak dan boleh dikatakan begitu r kowt (Sesape yang pakar tu tlg betolkan, jika terdapat kesalahan).
kalau tak ping blog macam mane orang nak kenal blog kita, ye tak? kena lah berusaha, orang nak baca ke tidak itu terpulang pada individu tersebut. dalam konsep free speech, bukan satu paksaan untuk orang mendengar atau membaca sesuatu dari kita.
kalau orang suka dengan idea dan kreativiti kita mesti akan ada orang suka dan setia menunggu sesuatu dari kita, ye tak?

p/s nope... nak gak wat blog spam ..... ☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Monday, February 14, 2011

nak buat duit dengan klik iklan orang?

buat duit online,1malysia pay-per-click


nuffnang mungkin bagi korang semua duit bila iklan mereka di klik... tapi korang nak tak kalau korang klik iklan orang lain korang yang dapat duit..
pernah dengar tentang malaysia pay per click?

kalau jadi member korang boleh dpat :-


  • Pendapatan Paid To Click
  • Pendapatan Paid To Join
  • Pendapatan Paid To Read
  • Pendapatan Paid To Promote
  • Pendapatan Sehingga 150% Klik Referral
  • Pendapatan Sehingga RM0.20
  • Extra Tunai! Ahli Sign in Dan Surf Iklan
  • Minimum Withdraw RM10 - Maybank Dan Cimb
  • 100% Percuma, Tiada Caj Keahlian

kalau jadi pengiklan lak :-

  • Harga Rendah Dan Berkesan
  • 10 Jenis Pilihan Iklan
  • Kawalan 100% Ke Atas Iklan
  • Tawaran Istimewa Pakej Iklan
  • Statistik Sebenar Iklan
  • Pengesanan Status Lawatan Iklan
  • Lawatan Harian Unik Pelawat
  • Anti-Penipu Klik Iklan
  • Memberbase Berkualiti

aku baru join tadi dan dah dapat macam gambar kat bawah nie :-


















ok lah kan?tekan jerk pun... tapi kena ade iklan yang hendak diview lah kan...

setakat entri ini dicipta dah ade dalam 7k pengguna kat sini...
selain korang boleh duit korang gak boleh iklankan blog,blogshop,website dll.

kalau nak join korang boleh klik banner kat bawah nie

atau klik kat link nie :-

http://www.payperclick.com.my/index.php?ref=mamat91


aku masih dalam percubaan dengan benda ini.. dan kalau korang nak tahu lebih lanjut cara sistem dia berfungsi.. korang boleh lawat kat http://payperclick.com.my/blog/jana-pendapatan/pendapatan-ptc/ ...
nati kalau aku da fham sikit,boleh lah wat tutorial,kan2

Sunday, February 13, 2011

zaman sudah berubah,tren hidup pun sudah lain

telefon awam semakin dilupakan


saje jerk nak wat entri nie.. coz kebelakangan ini aku tgk da x ramai gune telefon awam.. da macam terbiar jek..
itu aku tgk ler... kat dalam kawasan yang aku tinggal ni pun da tak nampak kehadiran telefon awam.dan aku rase dah tak ramai orang pakai telefon rumah gak kowt(aku x pasti,tp rumah aku,rumah mak aku,rumah akak aku,rumah abg aku dan rumah sedara mara aku dah tak nampak kehadiran telefon rumah).

kalau dulu masa aku sekolah,telefon awam tu macam satu keperluan lah pada mereka² yang bercinta monyet nie.aku ingat lagi masa aku form 3,nak ngurat awek mintak no. phone,dia bagi no phone rumah(masa 2 mane ramai yang pakai hanset,dalam taun 2005 kowt,ade phone polyphonic pun da kecoh).. nak tepon pun takut²,segan kalu family dia yang angkat.. telefon guna public phone,nak gune tepon rumah tp tak de dan takut bill melambung pastu kena perambat satu kampung... pernah terjadi kat aku masa nak telefon rumah guna telefon awam.. jenuh menunggu sorang mamat nie bergayut kat situ... at least bagi jap r aku.. bukan lame pun,masuk syiling 20 sen jerk. tapi sekarang?aku rase dah tak de lagi kowt,sebab da x nmpak.. pernah aku nak telefon awek.. siap bawak uncang syiling 2.. ble ade orang jerk aku stop jap,pastu sambung balik.. dem... yang x leh blah ada lak mamat vandelism nie conteng "MENABUNGLAH DI SINI UNTUK MASA DEPAN".demmmm...  nak tepon orang kene menabung dulu duit syiling.. pergi beli gula² seposen bayo seringgit.



ade pulak awek yang aku ngurat tak de phone rumah dan handfon.. mak ai, cane den nak dptkan neh... so mase kat skola jerk lah main² mata,pastu beranikan diri g rumah dia... pergh x tau macam mane boleh jadi gentleman mase tu.. kne cabar ngan member aku kowt... ngurat awek dpan rumah beb.. hahaha... last² awek 2 kekal ngan aku sampai sekarang der...

mungkin puncanya kerana kehadiran telefon bimbit yang canggih-canggih macam gambar neh

iphone vs blackberry
sekarang nie aku tengok budak kecik pun dah ade phone,pergh mahal² lak 2... yang gram nyer ade plak 2,3 buah. mak ai kaye bebeno budak kecik neh.. adek² aku pun da ade phone sendiri. dulu nak beli kena la mengumpul duet belanje skola... sikit² lame² jadi bukit pastu kerja sikit... baru lah dpt handfon itam putih.. 3310 lak tuh... pergh.. jenuh²,budak² sekrang paling cikai pun pakai enset lampu picit.. pandai lak mereka ber s-m-s neh.patut r orang tnggalkan telefon awam.mat bangla jerk kadang aku tengok ade dok kat telefon awam neh... tukar tren la plak kan.

aku rase lagi satu sebab dengan adenye rangkaian sosial kowt macam kat gambar bawah ni.




facebook nie meletop dalam taun 2009 kowt.. sebab dulu orang main frendster ngan myspace jerk,ada gak main tagged nie.social network yang first yang aku tau classmate.com nak cari kawan lama.dalam taun 2004 aku main friendster nie pun kat cc,mase 2 chat kat mirc,kampung.net and etc.pastu main myspace.. bangge r kalau dpt komen bnyak.. edit profile,main html.. tp x bes nyer myspace komen ngan mesej dia lambat nak masuk.. sama la macam frenster, pastu main pulak tagged.. banyak awek cun n mengarut,ade plak gay dan lesbian,ada gak minah yang tawar khidmat seks(murah gle).. aku suka main tagged nie pun sebab msj dia cpat sampai...
buka akaun facebook.. tp x fham.. leave.. then 2009 bru tgk member lama aku ramai dah ada facebook.mungkin kehadiran 3G broadband kowt yang menjadi sebab.. dan rakaian celcom meluas.. sampai kampung aku pun ade coverage.now fb aku dak² skola rendah pun ade nak request fren.. adusss... gram aku.. budak² g blajo r.. kalu x nyesal cam aku.. (???),bkan senang nak apply kerja dengan lulusan spm jerk.. ops... alamak da lari tajuk dah nie..

ok lah last word,ape yang aku lihat pengunaan telefon awam ini dah tak meluas sejak pengunaan telefon bimbit yang meningkat dan juga peningkatan pengunaan internet.

sekian,terima kasih

just personal opinion and view... tak tahu tmpat korang cane lak kn...

Friday, February 11, 2011

islam hanya pada nama

gadis melayu minum arak?


cuba perhatikan gambar ini.. dengan selamber jerk dia beli arak.. dah lah pakai baju sekolah... sudah hilang ker maruah? ape pula hukum si penjual arak itu.. tapi kesahihan nya tidak pula aku ketahui.. tengok dan nilai... mungkin ada yang kata boleh diedit guna photoshop.. tapi bagi aku payah untuk mengeditnya.. jadikan pengajaran

sumber amazing gila
dan credit to gempak.org

sory aku copy paste... aku nak share untuk pengajaran semua.. mungkin ada orang yang lain dah share rasenye x slah aku nak share lg kan?

berita harian : Malaysia perlu ramai penggodam beretika

malaysia,pengodam dan etika


Ethical hacker ||| konsep yang aku faham --> kalau kita nak melawan para pengodam ini.. kita perlu menjadi pengodam juga.kita tahu selok-belok untuk melawan mereka.pengodam yang beretika perlu untuk menyelamatkan negara dari diserang oleh musuh² negara melalui alam siber.serta untuk menjaga dari kebocoran maklumat samaada individu atau negara.sekarang banyak jenayah siber yang meningkat.dari kecurian wang kerana kebocoran maklumat di bank.kerja siapa?x kan kerja cleaner tingkap KLCC kowt.selain itu banyak juga kes² lain yang lain.(nak tahu lebih lanjut.. tnye jerk google..)



korang tahu pasal CEH atau Certification for Ethical Hackers tak?ini adalah kelayakan dan juga sijil bagi mereka yang bergelar pengodam yang beretika.tapi kita pun tidak tahu,etika² pun mesti ada cacat cela,sebab kita ini manusia.. tak lari dari nafsu dan kata hati.

ok lah,banyak cakap banyak bohong.. hehehe malas nak ulas bebanyak

jom kita try satu website yang mengajar mengodam hack this site


dan juga UPNM atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ada menawarkan program sains komputer sistem keselamatam komputer.Uni lain aku x tahu..
nak tahu lebih lanjut pergi program yang ditawarkan di UPNM


petikan dari berita harian online :-




Malaysia perlu ramai penggodam beretika


2011/02/10

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber. 


Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, berkata sebagai pengguna komputer, mereka mesti mempelajari teknik pencerobohan bagi mengetahui langkah pencegahan dan perlindungan terbaik.
“Penggodam beretika yang mahir mampu menyelaras dan melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada sistem rangkaian komputer, termasuk internet dan aplikasi komputer di samping mengenal pasti sekiranya terdapat kecelusan.
“Kepakaran penggodam beretika penting sebagai kawalan keselamatan sistem maklumat sesebuah institusi bagi memberi nasihat dan memperbetulkan kelemahan yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media pelancaran program KLGreenHAT 2011, di sini, semalam. 

Program dua hari itu dipenuhi pelbagai pengisian antaranya pertandingan GreenHat Challenge 2011, ceramah keselamatan siber, pertandingan CyberSafe Self Defence Challenge Cup 2011 serta pameran dan jualan. 

Pengarah program Ahmad Amran Ahmad, berkata GreenHat Challenge adalah pertandingan sekuriti komputer untuk penggodam berhemah. Usaha itu bertujuan melahir dan mencungkil bakat baru dalam keselamatan siber. 

CyberSafe Self Defence Challenge Cup pula katanya, menguji tahap kesedaran peserta terhadap keselamatan siber. 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lef Kol Husin Jazri, berkata sebagai agensi dipertanggungjawabkan memantau keselamatan siber negara, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan sambutan ‘Safer Internet Day’. 

Beliau berkata, program bersama Kelab Keselamatan Komputer MIIT UniKL itu jelas bagi menyampaikan mesej kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...