Saturday, September 10, 2011

Home » , » bukan senang nak menulis nie

bukan senang nak menulis nie

assalamualikum,

menulis? egat senang ker nak menulis…. nak mengarut pun kena gak banyak idea… lagi la nak menulis entri yang mantap dan berisi bagus, susah beb…. kalau dapat menerangkan kepada sesorang dengan penulisan kita yang pendek dan padat, penulis tu memang mantap. kerana nak menyampaikan maklumat dengan penulisan yang pendek nie agak payah, takut isi tak sampai dan pembaca sukar atau tidak faham. dan penulis ini pun perlu ada kreativiti tersendiri dan aura.. baru lah ade pembaca yang setia, walaupun kadang apa yang dia tulis tu kita fikir tak penting mana pun dan tak best mana pun, tapi penulisan itu tetap ada pembaca.

kalau pada aku, aku suka pada penulisan yang pendek dan padat. tapi kekadang susah gak nak memahami apa yang hendak di sampaikan penulis, kerana penulisan itu pendek dan ada benda yang tidak dapat ditulis. tapi pada penulisan yang panjang berjela pula, aku malas nak baca. letih mate ini, tapi kalau dapat menarik aku tuk membaca sampai habis, aku rasakan entri itu mmg menarik dan selalunya aku akan bg “feedback” balik.

ada orang cakap dengan aku, “ala nak tulis blog tu senang jerk, mengarut jerk pun mesti ada orang baca”. cuba ko tulis, ade tak orang nak bace bile kau mengarut… kalau karutan kreativ mungkin la ada yang nak baca, kalau cam harem.. spe nak bace?

kesimpulan, masing-masing ada cara masing-masing. masing-masing ada “interest” masing-masing… yang penting kita ikut la etika yang telah di gariskan, dan kita perlu ada “common sense” sebab kita duduk kat malaysia, bukan amerika….

p/s sumone please ajar aku menulis dengan baik…. Smile

IKLAN² #VWDasAutoKL exhibition, SayaSukaMalaysia, MAXIS PROMO, HTC CHACHA

3 comments:

hana said... BALAS

mmg x senang..
nk menulis je dh amek masa berjam2....
nk pikir topik lagi..
heheh

AmyZana said... BALAS

hah! thu x pe. ssh btol nk buat entri bagus :/ merapu byk tp xde spe pun lyn. mmg sedey gler :(

Nur Fauzi said... BALAS

antara tips menulis yang boleh diamalkan (dapat dari orang lain)

1) kurangkan tulis short form, lebih-lebih lagi shorform yang memang susah orang nak faham

2) susun isi dalam perenggan, mudah nak baca.

3) jangan mengarut melampau (mengarut sikit-sikit tu biasalah kan..)

4)tulis dari hati. tulisan yang terbit dari hati akan sampai ke hati (pesanan editor majalah ANIS)

5) nak menulis dengan baik, kena banyak baca bahan yang baik. Orang nak buat tesis PHD (buka testis ye!) baca beratus-ratus, ribu-ribu buku, artikel, jurnal dll..hasil kajiannya hanya beberapa ratus muka surat....

6) banyak baca bahan yang baik, hasil tulisan juga akan jadi baik

7) lu pikir sendiri yang lain...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...