Showing posts with label ingatan diri. Show all posts
Showing posts with label ingatan diri. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Lu belum bertatih, Gua dah berlari la…

assalamualaikum,

aku datang tanpa khabar, aku pergi tanpa berita… ok itu merepek.. npk tajuk, pandai bace? ok aku bukan nak marah sesapa, cuma bg tajuk nampak pelik sikit.. untung-untung ada orang baca…

ok habis pendahuluan lalu kita bermula pada kisah yang ada kaitan ngan tajuk tp mahu menengur tentang ayat yang poyo tu… memang lah awak tu berlari masa saya belum bertatih, tp awak ingat awak tu bukan selamanya mampu berlari dan saya bukan selamanya tak berdiri… faham?

tak faham? ok kalau tak faham meh aku amek contoh yang dekat iaitu aku, aku ambil contoh blog nie, memang aku running dulu blog nie, aku tahu lebih tentang blog dari mista beto dan blog dia kronologi (tah ape kronologinya pun aku tak tahu).. ok mmg mase dia bertatih aku dah berlari tp sekarang dia dah bermotor aku pulak yang berjalan… nampak tak hidup ni macam roda… hidup ibaratkan roda <- ha ni la point aku kot… so kita hidup nie tak payah nak berlagak lah kan, sombong…. apa yang kita ada, kita tahu kita kongsi ngan orang.. contoh nya ilmu kalau kita kongsi ilmu dengan orang takde ruginy lah bagi diri kita balik, kalau dia memotong kita, kita anggap itu rezeki dia atas usaha dia, tak perlu lah kan nak ada sifat hasad dengki sangat.. tak kemana pun, yang maju pun akhirnya orang kita jugak kan?

ok kali nie cukup sampai nie, walaupun byk lagi mahu beri ulasan di sini…

P/S sory beto terpaksa guna kan kau sebagai contoh :p

Saturday, July 28, 2012

Berubah....

assalamualaikum..

Manusia mane yang tak pernah buat silap kan?? Bukan setiap langkah kita ambil tu bukan semuanya di jalan yg benar, adakalanya kita tersasar sedikit dan adakalanya kita boleh tersesat jika kita terlalu syok dgn langkah tsb tanpa tersedar langkah kita ambil tu telah tersasar jauh. Walaupun sesat kita masih boleh nk berpatah balik dan perbetulkan semula langkah kita selagi mana kita Xdikafankan..

berubah menjadi lebih baik. Tp kalau berubah itu sekadar keluar dari mulut tanpa tekad dari hati, tanpa usaha, tanpa pergaulan dgn manusia-manusia yg tinggi ilmu agamany, selalu ny perubahan itu sekadar omongan kosong. Akhirnya akan jadi alasan la, atleast aku try nk berubah menjadi lebih baik.
Mulut kata nak berubah, tp solat selalu tinggal w/pn ade org berkali tegur dan cuba kejut kala subuh tp tetap lebih sygkan tido dari solat yg boleh menyelamatkn dari siksany api neraka.

Mulut kate nk berubah meninggalkan perbuatan maksiat. Tp hakikatny kau sendiri tak mahu nak tinggalkan pergaulan bebas yg membawa kau ke lembah maksiat tsb. Keluar berduaan, tido berduaan bersama, keluar sehingga lewat malam berduaan lelaki/wanita anjabi. Kalau kau seorg perempuan, agak kau la kan ape pandangan masyarakat terhadap kau?

Kau manusia yg mempunyai nafsu, kalau kau boleh keluar berduaan sehingga lewat malam atau pun berduaan dtpt tertutup tanpa berbuat apa-apa, kau mmg manusia yg hebat imanny, tp nafsu nie kadang tak perlu pun bisikan dari syaitan dia dah boleh jd lebih dr setan bg org yg lemah iman dia.

Berubah bukan sekadar kata dan xperlu lah nk bg alasan 'atleast aku berusaha nk berubah' walhal kau xberusaha langsung pun nk ke arah perubahan itu. Masih juga buat benda yang sama, bercampur org yg same yg merosakkan kau. Kalau nk berubah tunjukkn usaha nk berubah itu, baru lah perubahan itu bukan sekadar omongan kosong, kalau tersasar lagi, belajar la dari kesilapan itu dan berusaha la nk perbetulkan balik, utk berubah menjadi lebih baik dan tidak mengambil langkah yg telah tersasar tsb balik.

P/s aku bukan lah seorg ustaz, ini just utk peringatan diri.. dan ini bukan la nk menunjukkn aku nie baik tp ini dari ape yg npk dikaca mata dan permerhatian aku. Aku manusia yg punyai byk kesalahan maaf kiranya jika post inj byk kesalahan. ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...