Tuesday, March 29, 2011

tajuk memainkan peranan untuk menarik trafik

assalamualaikum..



tajuk ni antara perkara penting untuk menarik orang membaca entri kita. selain itu, tajuk yang ber "keyword" jugak penting dalam permainan seo ni.

kalau aku sendiri pun, tajuk yang menarik aku untuk membaca dengan lebih lanjut lagi. tapi kadang sakit hati gak kalau tertipu dengan tajuk, contohnya entri yang tak da kaitan langsung dengan tajuk.

contoh aku sendiri bila berada di gengblogger sendiri apa yang membuatkan aku nak klik ke link sesebuah blog itu adalah kerana pemilihan tajuk dia yang sungguh menarik minat aku untuk membaca. aku tak nafikan yang ke "popular" an kita juga berperanan dalam penarikan trafik ke blog, itu kepada mereka yang sudah popular dan kepada blogger biasa-biasa cam aku nie, kena la berusaha untuk mantapkan lagi penulisan itu supaya tajuk yang menarik itu bukan setakat menarik orang untuk membaca entri kita tapi juga dengan penulisan kita yang baik dapat menarik orang untuk menjadi follower kita seterusnya menjadi pembaca dan pengomen setia kita. hehehe....

p/s aku bukan baik, dan aku tetap aku. tanpa korang tak bermakna kehidupan blog aku di maya ini. peace...

kecantikan dalam perbezaan pandangan mata

assalamualaikum.



sebuah pagi yang indah hari ini. tapi aku mencari bulan untuk menyedapkan mataku, tapi apakan daya bulan yang ku cari, awan yang aku temui.

ok balik pada tajuk asal, kecantikan dalam perbezaan pandangan mata. apa cerita dengan ayat tersebut? cerita bermula apabila aku terdengar seseorang mengutarakan pertanyaan kepada sahabatnya.

A : dia tu cantik tak?
B : tak.
A : cuba ko pandang betul-betul.
B : dia tu kau kata cantik? macam ***** ada la.
A : pada aku dia cantik la der.


dan cuba renungkan ayat ini " mata membezakan kecantikan seseorang insan itu " diucapkan oleh seorang pegawai tentera.

ayat yang dikeluarkan itu telah membuat diri aku tertarik untuk kongsi kat korang semua, memang aku bersetuju sangat. sebab aku sendiri pun mengalami situasi tersebut, mungkin pada pandangan aku cantik tapi tidak pada pandangan orang lain. aku nak tambah sikit, kecantikan itu datang dari pandangan mata dan dikuatkan oleh hati. sebagai contoh, aku kata kucing itu cantik dan comel, kerana aku suka sangat kat kucing, tapi ade orang kata kucing itu buruk dan ular itu cantik, sebab dia meminati ular dan membenci kucing.

hidup ini unik kan. keunikan itu membuatkan hidup berwarna, tak de la hitam putih jerk.

p/s terasa ingin makan maggie memalam buta ini.. melencong sekejap di blog walaupun tengah membuat assingment.. peace.. tq..

Monday, March 28, 2011

melalui blog aku kenal kau

assalamualaikum...

satu lagi entri dari aku (poyo jerk), si insan bergelar blogger.



kawan? banyak cara kita untuk dapatkannya. facebook, twitter, seminar, dan banyak lagi la. tapi kali nie aku nak sentuh pasal aku mengenali seseorang itu melalui blog. dengan blog pun kita dapat mengenali seseorang itu, dan kadangkala membuatkan kita rapat dengan dia, tapi ada juga situasi yang boleh menyebabkan kita mendapat musuh kerana wujudnya penyakit tradisi orang kita p.h.d, aku tak mau kupas panjang lebar tentang itu. belum sampai masa.

berbalik tentang cerita kenal melalui blog, antara orang yang aku kenal adalah fariqscorpiomommy farasi tokeifyy mokhtarjejaka terhangataisya humairamoonelyna, dan ramai lagi. aku kenal mereka melalui blog dan penulisan mereka, ada juga aku mengenali melalui bcr. aku tak tahu la mereka mengenali aku, tapi aku mengenali mereka dalam dunia blog dan maya.

mungkin belum sampai seru lagi untuk aku ikut sekali gathering atau apa-apa program dianjurkan, setakat ini aku cuma kena mereka di sini sahaja, mungkin satu hari nanti boleh berkawan baik dengan mereka dalam dunia yang nyata, siapa tahu kan?

yang penting apa yang nak aku sampaikan, aku kenal mereka melalui blog dan blog memungkinkan untuk menambah sahabat, kepada mereka yang mungkin tak kenal blog keunikan hidup ini, aku nak wat cane kan. da memang suratan begitu. kepada sesiapa yang sudi ikut perkembangan blog ini aku nak ucapkan terima kasih sangat kat korang, tanpa korang siapa lah aku. aku akan cuba memperbaiki mutu penulisan aku supaya menarik untuk dibaca, dan penyampaian aku jelas kepada semua.

p/s terasa malam ini sungguh indah, walaupun bulan tak dapat dilihat oleh diriku.. sesiapa yang tak tersenarai itu maaf la ea. nanti kalau senang aku review blog sesiapa yang aku nak, biar member-member aku kenal (ala cam aku nie femes jerk).. hehehehe ☺

Sunday, March 27, 2011

maaf, saya datang tapi tak komen

assalamualaikum..



maaf ea kawan-kawan, aku datang blog korang tapi tak komen.. aku tak komen tak bermakna aku tak bace entri korang, cuma kadang entri yang panjang tu aku malas sikit nak bace.. letih mata der. lagi kalau entri macam ridhuan tee punye blog.

entri korang sume best-best, kadang dari entri korang semua la aku mendapat idea untuk menulis entri.. cuma bab komen tu aku lemah sikit bukan bermakna aku tak friendly ea. nanti aku ade banyak masa sikit aku komen entri korang yang best-best belaka tu.

ade blogger otai pernah beritahu aku yang komen nie memainkan peranan penting untuk mendapatkan backlink dan page rank. memang satu kerugian bagi blogger cam aku nie kan. takpe la yang penting aku enjoy read entri dari blog-blog korang.

"silent is nice" betul tak? aku rase antara sebab aku punye entri tak banyak dapat komen, agaknya aku nie jadi terlalu silent reader  kowt, lagi satu sebab entri aku tak best kowt. emm.. takpe r, pasni aku train tuk selalu komen entri korang ea... hehehehe.. peace..

selalu dalam coding java, c++ dan html yang aku buat pun aku malas nak letak comment, hehehehe... (perlu ke aku beritahu?)

p/s sory ea, entri nie nampak macam ngade-ngade sikit.. peace.. earth hour. ☺

Friday, March 25, 2011

entah pape tah blog nie

assalamualaikum..

"tah pape tah orang berblog nie, apa tah yang mereka fikir?"
"orang berblog nie mesti nak berpolitik, nak kutuk orang tu la, orang nie la. fitnah sana sini"
"apa r blogger nie, cerita tentang pakwe la, clash r, kutuk ex-bf la"
"apa yang dia tulis tu, apa yang dia cuba sampaikan?"

kat atas tu mungkin antara pandangan orang terhadap manusia yang bergelar penulis blog nie.
aku pun berfikiran macam begitu dahulu kala.
sebab aku tak fikir pun aku akan selalu menulis dalam ruangan blog nie, sebab aku nie bukan bagus pun dalam bab mengarang nie. tapi lepas aku terjebak dalam dunia blog yang sungguh kejam ini baru aku mengerti, blog nie sebuah ruangan memberi pandangan, pendapat, kongsi idea, penyebar ideologi, meluah rasa, mengkongsi ilmu, dan ada juga aku lihat blog yang berunsur jurnal atau diari hidup. 



pada aku, blog ini merupakan platform terbaik untuk mempersembahkan bahan tulisan kita kepada umum, kalau nak penulisan tu terpapang di dada akhbar bukan suatu perkara mudah kan, so kat blog jerk la kita nak menunjukan skil menulis kita, ye tak? orang nak baca atau tidak itu belakang kira. yang penting ada usaha. lagipun blog nie kita mengunakan format penulisan bebas "free writing" lagipun tak kena tapis cam kalau nak publish kat akhbar tu.

ekh.. ape aku melalut nie? haha, sebenarnya aku tak da idea nak update nie, penat memerah wat projek last sem nie. banyak lak projek kena buat. masa nie teringat waktu dulu sebelum aku berblog, banyak pandangan aku terhadap blogger nie. yang  penting sampai sekarang aku masih tak dapat jawapan "apa yang blogger cuba sampaikan dalam blogging nie?"

p/s senyum tak rugi pape pun... peace ☺

Thursday, March 24, 2011

shocking moment in my life

most shocking moment in my life is when get the sms from a university to attend an interview. at first i think, mybe i get the wrong sms. but after i go to internet cafe to check link that provide in the sms, i believe i get that offer. the interview will held in 3 day after the sms that i receive, that make me to thing criticaly because many document must i prepared in just 3 day. beside that, many preparation that must i do before go to interview. it make my head like a grandfather.



i never think that i will become a university student. in my head i just want to be a farmer in my village or just continue my father job. i dont want to continue the study, because i have a lazy illness. but i follow my mother word and this opportunity for me to success in my life. beside that, if i become a successful man, i want to help my family.



i think, in this time the most shocking moment in my life is the sms that i receive to tell me that my name is listed to attend the interview for university intake. 

Wednesday, March 23, 2011

tak susah pun nak hormat orang

assalamualaikum,



hormat? apa itu hormat? apa erti hormat? adakah hormat itu nampak pada tabik? adakah hormat hanya pada yang berkedudukan dan berwang?

definisi hormat :-


mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim.


korang faham ker dengan maksud kat atas tu? aku pun tak faham.. tapi apa yang aku faham tentang hormat nie, kita tak kurang ajar dengan seseorang itu dan tidak memandang rendah serta merendah-rendahkan nya. selain itu, memberi salam kepada orang lain pun boleh dikatakan hormat serta mengucapkan terima kasih, dan banyak lagi jika hendak di buat contoh.


pada aku hormat bukan terhad kepada orang yang lebih tua, berilmu, berjaya, kaya, berkedudukan tinggi, hormat juga perlu kepada pencacai tahi, pembersih tandas, pengemis, orang miskin, pengutip sampah, dan banyak lagi.


kadang apabila kita dah rasa diri kita terlalu tinggi dan terlalu berjaya, kita akan mula lupa yang mereka dibawah yang selalunya membantu diri kita untuk berjaya dan semakin berjaya. kadang kita terasa berat untuk mengucap terima kasih dan memberi senyuman, kerana apa? kerana dia pencacai tahi? apa salah nya kita senyum tak rugi mana pun. tak memyebabkan kita rugi berjuta-juta ringgit. tanpa mereka siapala akan bersihkan apa yang kita buang. fikir sikit.


kadang pada orang bawahan kita, kita melayan mereka macam mahluk yang bukan diberi nama manusia dan memberi kerja yang belum tentu dia mampu lakukan dengan sempurna dengan tarikh yang diberikan. kerana banyak sebab yang mungkin menghalang. tapi apa kita kisah. kita tahu perkara itu berjalan sahaja. selepas itu jika ada kesalahan yang sedikit, kita memarahinya umpama perbuatan dia akan menarik kita kedalam lembah neraka jahanam. dia ada perasaan juga. fikir sikit.


pernah nampak makcik-makcik tengah mop di lantai.. kadang kita main pijak jerk, konon nak cepat la kan. tapi pernah ker korang fikir ape perasaan makcik-makcik tu? mesti sakit ati kan, maybe ade yang bercakap dalam hati "tak tau hormat orang ke?" padahal ada jalan lain yang boleh kita lalu. walaupun sudah memang kerja dia sebab jadi cleaner kalau boleh elak kita elak, jauh sikit pun.


ok la, malas nak celoteh banyak-banyak nanti ade orang kate aku gebang lak. semua kan dah pandai fikir.


p/s entri nie just note untuk nasihatkan diri aku,supaya aku beringat.. tapi korang pun dialu-alukan bace and komen... peace ☺

Tuesday, March 22, 2011

semak keputusan spm 2010 menggunakan sms

assalamualaikum,

ketahui la sahabatku yang keputusan spm sekarang boleh di semak melalui sms, canggih dah sekarang. aku tak tahu la taun lepas boleh cek guna sms ke tak tp aku tahu hari nie dan aku nak kongsi ngan korang.

cara semak,
SPM SEMAK [no. kp] [no. agka giliran] sms ke 15888

perkhidmatan ini boleh digunakan bermula jam 1000H 23 mac 2011 sehingga jam 0000H 30 mac 2011.

ketahui lebih lanjut di sini

Monday, March 21, 2011

customer service celcom terbaik

assalamualaikum..



ingat lagi tak post aku tentang aku bengang dengan celcom? semalam petang (20/3/11) aku g blue cube kat the mines then wat aduan cam saranan si tokei dalam komen nyer.

malas nak panjang-panjang, nak wat esemen.. dipendekan cite.. aku wat aduan dan akak yang jaga kaunter pertanyaan kat situ kata ari berkerja baru dia approvekan aku punye aduan dan feedback dari celcom mungkin ambil masa dalam 7 hari.. tapi segala aduan aku telah settle dalam beberapa jam sahaja tadi.. aku pun tak tahu macam mana leh terjadi camtu.. tapi yang penting aku da leh on balik no celcom aku, teng celcom walaupun ko telah membuat aku bengang seketika.. cheers....


peace..

Friday, March 18, 2011

kenapa perlu pentingkan diri?

assalamualaikum,


adus kali ni aku nak wat entri yang berbaur emosi.. (emosi ker?)

macam ni aku nak cerita, mungkin pernah gak terjadi kat diri korang.

kenapa erk ada manusia tu suka pentingkan diri?
dia tak mahu susah dan kerjasama, kalau nak berkerjasama pun kerana nak melepaskan tengkuk sendiri jerk.

contohnya,
duduk serumah dan apabila tiba masa untuk mengemas kerana terlalu berserabut, di situ ada seorang manusia yang cuma mahu mengemas barangnya sendiri (nasib baik dia kemas) tapi tidak mahu membantu dalam kerja-kerja yang lain dan terlalu berkira dalam setiap aspek. pentingkan dirikah dia, pada pandangan aku dia amat memetingkan diri, orang lain bersusah payah dan memikul beban bersama tapi dia bersenang lenang melihat umpama seorang "bos".

sebenarnya banyak lagi contoh kalau nak ditulis dan diceritakan, cukupla sekadar satu jerk kang berjela pulak entri aku, abis masa korang tuk membaca entri nie jerk.

kalau kita terlalu mementingkan diri, nanti akan ada orang membenci kita. pada pandangan aku, kita tak perlu la nak mementingkan diri sangat. bukan ada faedahnyer pun, orang sekeliling kita juga akan membantu kita apabila kesusahan melanda dalam hidup kita, kita tak kan boleh hidup bersendirian punye, hidup kita ini saling memerlukan dan berkaitan antara satu sama lain.

ok la malas aku nak celoteh banyak² korang pun malas nak bace. peace

awak



awak, 
apabila saya memerlukan, 
awak sentiasa ada.

awak, 
apabila saya keseorangan, 
awak hadir memberi cahaya.

awak, 
ketika mana kesedihan datang menghurung hidup saya, 
awak menjadi penawar duka.

awak,
di mana kesusahan hadir menyempitkan saya, 
di situ awak datang dengan memberi kelapangan yang ada.

awak,
di masa kesakitan melekat di badan saya,
awak melegakan dengan senyuman awak yang manis belaka.

tapi,
saya, selalu menyakitkan awak.
saya, memberi luka dalam diri awak.
saya, terlalu sibuk dengan kerja.
saya, lupa untuk menemani awak.
saya, lupa memberikan senyuman pada diri awak.
saya, tidak mengendahkan diri awk.

saya,
baru tersedar yang diri awak sungguh berharga.
baru tersedar awak seorang yang istimewa.
baru tersedar awak memberikan kebahagiaan kepada saya.
baru tersedar awak sentiasa disisi saya.

tapi,
adakah ini sudah terlambat?
adakah telah banyak peluang yang awak berikan?
adakah saya perlu dihukum?
adakah saya ini seorang yang tak tahu menghargai?

p/s peace

nuffnang beri aku lagi

assalamualaikum..

apa la aku merepek pagi² yang penuh dengan rezeki nie erk?


sebenarnya tadi baru aku perasan yang nuffnang nie bagi aku buffered earning kat blog aku lagi, ads dari digi iphone 4 kat leaderboard, aku rase ini yang ke-5 sejak aku join nuffnang nie. ok la kan untuk blogger picisan cam aku ni. dapat pun setelah aku update survey cam nak interview SPA jerk.. hahaha.. berbaloi.. syukur pagi-pagi jumaat dapat rezeki. peace.

kalau trik tuk dapatkan buffering earning tu, aku tak tahu.. aku pun still baru lagi. peace.

mengarut pula aku pepagi nie, kacau jerk korang yang membaca post aku nie.

tarikh pengumuman keputusan spm 2010

assalamualaikum,



keputusan peperiksaan spm 2010 akan diumumkan pada tarikh 23 mac 2011 (rabu), kepada mereka berkenaan bersedia la ya. semoga pelajar spm 2010 mendapat keputusan yang cemerlang, terutama kepada si dia.

apa pun gud luck, peace.

source...

ar-rifke
nst.com.my
donnyien.com

Wednesday, March 16, 2011

apa matlamat kau blogging?

assalamualaikum,

cerita bermula pada pagi tadi, apabila rakan aku bertanya tentang matlamat aku buat blog?

dari situ aku mula terfikir. pada pandangan aku, manusia yang buat blog ni ade banyak matlamatnya, aku nak senaraikan beberapa matlamat orang yang buat blog dalam pandangan aku.

antaranya :-

1. blogging untuk duit
2. blogging untuk meluahkan perasaan
3. blogging untuk meyuarakan pendapat
4. blogging untuk kepentingan politik
5. blogging untuk menjatuhkan orang lain
6. blogging untuk pemasaran perniagaan
7. blogging untuk mengasah bakat menulis
8.blogging untuk menasihati diri dan orang lain
9. blogging untuk mengkongsi ilmu
10. blogging untuk suka-suka
11. lain-lain (mungkin anda boleh nyatakan)

bila fikir balik, matlamat aku blogging dulu, aku nak kongsi pendapat aku tentang kehidupan sekeliling yang aku lihat dan nampak, tak pernah pun aku kenal apa itu nuffnang atau ape jua jenis pengiklanan ini. aku kenal nuffnang ini sejak wujudnya akaun churpchurp, orang kata, sambil kongsi pendapat sambil tu jana pendapatan.

dalam perbualan kami tadi dia(dia tiada blog tapi dia suka membaca) ada memberi sikit info tentang penulisan yang baik, antara katanya :

kalau nak menulis dengan baik perlulah memperbanyakkan bacaan
kalau nak menasihat melalui penulisan, jangan di fikir sangat untuk menarik orang membaca penulisan kita tapi buat penulisan yang menasihati diri kita sendiri agar kita sentiasa beringat dan orang suka membaca.

dalam dunia blogging nie aku paling minat kalau ada orang komen aku, aku rasa cukup gembira dan puas. cukup la walau hanya sekadar satu komen yang bertapak di bawah entri aku, da cukup membuat aku tersenyum dan bersemangat menulis lagi.

dari aku --> tq baca walaupun ini bukan sebuah penulisan yang mantap :) ☺

Tuesday, March 15, 2011

jepun dan hoax tentang radiasi

assalamualaikum...


sekarang tengah kecoh hoax tentang radiasi nuklear nak sampai ke malaysia, antara amaran adalah tentang hujan asid dan keluar rumah semasa hujan. sejauh mana kebenaran ia? ade yang kata itu semua palsu dan mustahil radiasi itu sampai sejauh ini, tapi ada baik kita berjaga² dari sesal di kemudian hari kan? tak salah pun. bukan kita ketahui pun apa bakal terjadi esok, ye tak?



dan berita harian ade melaporkan bahawa kadar radiasi di tokyo menurun, sila rujuk di sini

tapi ada laporan tentang radiasi terlepas ke atmosfera, rujuk di sini

serta gesaan terhadap kerjaan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk menjelaskan kesan letupan loji nuklear di Jepun. rujuk di sini


p/s berjaga-jaga itu perlu.... mesej di fb "A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. This applies to all Asian countries. Please pass, stay safe and remind everyone you know.."

facebook, tutup?



assalamualaikum,


apa khabar? ☺


erm.. ingat tak tentang berita tentang facebook nak tutup. bukan ke hari ini tarikh penutupan facebook? kalau korang ingat lah, aku pernah wat satu entri tentang facebook tutup

kontroversi jerk semua 2, tapi bukan penting pun bagi aku, cuma kehilangan satu tempat nak promote link blog aku jerk lah. 

ada baik nya juga facebook ni tutup, tak bertambah² maksiat mata aku. 

so buat masa ni, tak de pun penutupan website facebook. 

siapa yang kaki facebook tu boleh la menarik nafas lega. hahahaha... peace ☻


p/s kekadang facebook ini berguna juga dalam kehidupan sosial kita. (kepada jenis yang suka menaip berbanding berkata-kata) so ape komen korang?

tentang rokok

kisah jimmy nak lepak dengan rokok dan akhirnya ditembak mati, mesej untuk perokok...

wahai perokok jangan marah aku ea, marah kat pelukis kartun nie.. hahhaha..


Monday, March 14, 2011

wah macam best jerk jadi pegawai bomba nie...

assalamualaikum..

hemm lame aku dah tak update blog nie,

tadi mase aku dok melayan twitter, ade satu berita tentang pengambilan pegawai bomba di metro harian yang menarik perhatian aku. ya pegawai bomba, satu pekerjaan yang mulia tu, boleh selamatkan orang beb. kalau nak dibandingkan bomba, polis dan tentera, pekerjaan bomba ini mungkin tidak la menyinar sangat tapi tanpa bomba , sapa lak yang nak tolong tangkap ular, padam api, selamatkan mangsa kemalangan dan lain-lain.. kerja mereka ini tidak kurang cabarannya. lagipun bomba-bomba ini mendapatkan rezeki yang halal. lagi satu bomba ini tidak fikirkan nyawa mereka, mereka lebih pentingkan orang lain dari diri mereka walaupun berbeza ras, etnik, bangsa, budaya, bahasa, dan agama.. yang penting bagi mereka, dapat menyelamatkan nyawa orang lain. bukan suatu yang mudah dalam perkhidmatan bomba ini, mereka melaksanakan tugas yang cukup mencabar. setuju tak warga bomba sekalian?


petikan dari metro anda boleh pergi ke link Lebih 1,000 calon layak temuduga pegawai bomba.



Thursday, March 10, 2011

5 thing that make my life easier

my dear reader, now i want to share with you about the thing that most helpful in my life. in nowdays life there are many thing and gadget that help us in our daily life, such as handphone, tablet and so on. for me there are certain thing that make my life easier, and now i want list 5 of it.



firstly, the most helpful is my notebook. my notebook is like a my second girlfriend. lot of thing that i can do with it such as learning, searching, surfing, gain knowledge, to do assingment, presentation, paper work, coding, blogging, social and many more. my notebook like a my personal assistance, that always help in my study.



second is my cellphone. the use of cellphone is to connecting the people. i always use that to make a call to my family, so i can know the condition of my family. with that i can also get update of the information from my lecture and friend.



the internet and broadband also make the importance role to help my life. if i have the notebook but not the internet connection, i think it a useless.



next is my watch. with that i can know the exact time and i will be punctual.



last is my bank card. without it, i can get out my salary and saving. without the money, how do i eat?



now i looking forward to get the ipad 2, i think that gadget is very useful.

10 mac 2011: nice ohmediafm da wujud

assalamualaikum,



ok hari ini dah tepat 10 mac 2011, seperti dijanjikan ohmediafm akan dilancarkan secara rasmi pada jam 2100H nanti. semasa aku menulis entri ini aku sedang mendengar ohmediafm pada jam 0200H waktu tempatan, akan tetapi website belum sempurna sepenuhnya. hehehe cam pembaca berita la pulak. sebenarnya entri ini cuma ingin mengucapkan TAHNIAH pada warga ohmedia kerna membuat sebuah lagi perubahan. teruskan usaha anda untuk produktiviti. dan tingkatkan isi yang bagus untuk santapan pemikiran, terutama pada anak² muda pewaris generasi bangsa, kerana pada pandangan aku pengaruh internet sekarang lebih besar berbanding TV dan radio. "keep it up men, you do a good job"

fanpage ohmediafm pergi ke sini
official website ohmediafm di sini

Wednesday, March 9, 2011

alamak, aisya humaira bukan gadis terbilang lah

assalamualaikum..

erm.. malu seyh.. aku nie asik tertuka orang jerk. aisya humaira boleh lak aku kata gadis terbilang. ape ke 'bengong' nyer lah. wat malu jerk. da la tu, boleh pm dia kat chat facebook cakap dia nie gadis terbilang.. naseb baik aisya humaira itu sporting, tapi segan la kan. ni la padahnyer lame x ber "BlogWalking" da tak kenal member² blogger lain. sory ea pada aisya humaira, tersilap sebelum ini.

ok la aku malas nak melalut lagi, kalau siapa yang tak kenal lagi sape itu aisya humaira sila ke link sini

dan siapa belum mengenali gadis terbilang, boleh la ke link sini

sorry ekh korang janji pasni tak buat lg... :-p

tutorial,cara dan tips bagaimana nak melajukan internet

assalamualaikum...

semalam semasa aku surfing internet, aku terjumpa sesuatu yang berguna. tips nak melajukan internet sebanyak 20%.

ok la kan dapat lajukan 20%. dalam sistem window, mereka ada letakkan setting "reserve internet bandwith" untuk kegunaan window update dan spyware check dengan menggunakan QoS Packet Scheduler. sebuah bandwith management tool.

pastikan ada dalam mode admin jika hendak menukar setting ini.

LANGKAH² UNTUK UBAH SETTING RESERVE BANDWITH LIMIT


start > run > type gpedit.msc






pergi ke Local Computer Policy branch






kembangkan Computer Configuration branch






kembangkan Administrative Templates dan seterusnya ke Network branch






highlight the QoS Packet Scheduler branch dan lihat tab Limit Reservable Bandwidth di sebelah kanan






Double click kat "limit reservable bandwidth" setting






dalam setting tab tandakan the ENABLED butang dan ubah Bandwidth limit % to 0


UNTUK OPTIMIZE SPEED, GUNAKAN TCP OPTIMIZER SPEED.


download melalui link ini.


cara menggunakan >>


adjust the connection speed slider from the menu, pilih network adapter, dan click on Optimal Settings. tu je.


p/s aku da try dah... nampak juga perubahan sikit bila loading page... try la ea.. kalau ada apa-apa kesilapan sila lah tegur.. baru jerk bernafas neh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...