Friday, March 4, 2011

Home » , , » ego atau perasan bagus?

ego atau perasan bagus?

assalamualaikum..

perasan bagus


kenapa buat entri ini?
ok, aku terfikir sebenarnya tentang diri aku. kadang aku sendiri yang terperasan diri aku cukup bagus dan baik, sampaikan menolak orang lain ketepi. walhal, orang yang aku tolak itu da memang terbukti baik dalam suatu bidang.

ego?

dalam diri ini mungkin tebal dengan sifat ego, sampaikan ego itu menutup segala kesalahan dan kebodohan diri. yang mungkin aku tahu, aku nak pertahankan apa yang aku fikir, apa yang aku hujah dan apa yang aku tulis. sampaikan aku sendiri tak nampak ada yang lagi bagus dari diri aku.

apakah itu ego?
sifat ego adalah tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada
orang lain. ego ini termasuk dalam sifat mazmumah yang patut ditinggalkan, tapi mugkin sifat ini antara perkara yang payah untuk kita kikis dalam diri, kerana ia mungkin dah sebati dalam diri.

adakah anda ego?
kalau soalan ini ditanya, mesti jawapan yang akan di jawab adalah tidak. ye tak? tak kan la nak jawab "ya", jika "ya" jawapannya maka akan tercalar lah maruah diri (kepada si ego besar). jika kita bergaduh dengan rakan kita, siapa yang akan minta maaf dulu? kalau ego sudah kuasai diri, tak kan kita minta maaf dulu, kenapa? ya la, kalau kita minta maaf dulu, kita ni umpama "loser", ye tak? dan lagi teruk kalau kita tak mahu memaafkan salah orang lain, padahal kesalahan yang dia buat bukan sebesar mana pun. cukup bagus kah diri kita, tak kan tak pernah buat salah "come on, we are not perfect"


ego
perasan bagus...
ego memainkan peranan penting dalam perasan diri tu bagus. dia lihat orang lain tak ketahui apa-apa, cuma dia saja tahu buat itu dan ini. pandangan dia sahaja yang terbaik, dan idea dia paling bernas. tidak la sahabat, kita saling memerlukan dan lagi ramai manusi di luar sana yang lagi baik dari diri kita. mereka lebih berilmu dan bukan sekadar cakap tanpa isi. sedangkan kita umpama tin yang dipenuhi oleh ego, nak tunjuk bagus, nak tunjuk kuat, dan akhirnya tak ada apa yang keluar dari diri kita.

sekian....

sumber gambar :- google image

4 comments:

Pia said... BALAS

tahu tak..
ego tu perasaan je yg mgwal emosi..
bkn penting pon.. ego ble mkn diri..
jd tk pyh la nk ego sgt.. but sometimes ego tu penting jg, asl kita pandai nak mengawalnya.. :)

mohamad rahmat said... BALAS

ego.. ketahui lebih lanjut sila ke

EGO

hana said... BALAS

ego???
x perlu la nk ego sgt..
bkn dapat ape2 pn...

nuzurzaradeon said... BALAS

erm..tp kadang-kadang..itu benda yg dah sedia ada dalam diri..
tp kdg2 merugikan..sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...