Wednesday, March 23, 2011

Home » » tak susah pun nak hormat orang

tak susah pun nak hormat orang

assalamualaikum,



hormat? apa itu hormat? apa erti hormat? adakah hormat itu nampak pada tabik? adakah hormat hanya pada yang berkedudukan dan berwang?

definisi hormat :-


mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim.


korang faham ker dengan maksud kat atas tu? aku pun tak faham.. tapi apa yang aku faham tentang hormat nie, kita tak kurang ajar dengan seseorang itu dan tidak memandang rendah serta merendah-rendahkan nya. selain itu, memberi salam kepada orang lain pun boleh dikatakan hormat serta mengucapkan terima kasih, dan banyak lagi jika hendak di buat contoh.


pada aku hormat bukan terhad kepada orang yang lebih tua, berilmu, berjaya, kaya, berkedudukan tinggi, hormat juga perlu kepada pencacai tahi, pembersih tandas, pengemis, orang miskin, pengutip sampah, dan banyak lagi.


kadang apabila kita dah rasa diri kita terlalu tinggi dan terlalu berjaya, kita akan mula lupa yang mereka dibawah yang selalunya membantu diri kita untuk berjaya dan semakin berjaya. kadang kita terasa berat untuk mengucap terima kasih dan memberi senyuman, kerana apa? kerana dia pencacai tahi? apa salah nya kita senyum tak rugi mana pun. tak memyebabkan kita rugi berjuta-juta ringgit. tanpa mereka siapala akan bersihkan apa yang kita buang. fikir sikit.


kadang pada orang bawahan kita, kita melayan mereka macam mahluk yang bukan diberi nama manusia dan memberi kerja yang belum tentu dia mampu lakukan dengan sempurna dengan tarikh yang diberikan. kerana banyak sebab yang mungkin menghalang. tapi apa kita kisah. kita tahu perkara itu berjalan sahaja. selepas itu jika ada kesalahan yang sedikit, kita memarahinya umpama perbuatan dia akan menarik kita kedalam lembah neraka jahanam. dia ada perasaan juga. fikir sikit.


pernah nampak makcik-makcik tengah mop di lantai.. kadang kita main pijak jerk, konon nak cepat la kan. tapi pernah ker korang fikir ape perasaan makcik-makcik tu? mesti sakit ati kan, maybe ade yang bercakap dalam hati "tak tau hormat orang ke?" padahal ada jalan lain yang boleh kita lalu. walaupun sudah memang kerja dia sebab jadi cleaner kalau boleh elak kita elak, jauh sikit pun.


ok la, malas nak celoteh banyak-banyak nanti ade orang kate aku gebang lak. semua kan dah pandai fikir.


p/s entri nie just note untuk nasihatkan diri aku,supaya aku beringat.. tapi korang pun dialu-alukan bace and komen... peace ☺

2 comments:

Cik Ila said... BALAS

btul2..tak susah pn hormat org..antara nak atau xnak je.. :)

Mommy Fara said... BALAS

hormatlah orang...tak kire die tua ke, muda ke, junior ke, senior ke....yg penting hormat-menghormati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...