Friday, March 18, 2011

Home » , » awak

awak



awak, 
apabila saya memerlukan, 
awak sentiasa ada.

awak, 
apabila saya keseorangan, 
awak hadir memberi cahaya.

awak, 
ketika mana kesedihan datang menghurung hidup saya, 
awak menjadi penawar duka.

awak,
di mana kesusahan hadir menyempitkan saya, 
di situ awak datang dengan memberi kelapangan yang ada.

awak,
di masa kesakitan melekat di badan saya,
awak melegakan dengan senyuman awak yang manis belaka.

tapi,
saya, selalu menyakitkan awak.
saya, memberi luka dalam diri awak.
saya, terlalu sibuk dengan kerja.
saya, lupa untuk menemani awak.
saya, lupa memberikan senyuman pada diri awak.
saya, tidak mengendahkan diri awk.

saya,
baru tersedar yang diri awak sungguh berharga.
baru tersedar awak seorang yang istimewa.
baru tersedar awak memberikan kebahagiaan kepada saya.
baru tersedar awak sentiasa disisi saya.

tapi,
adakah ini sudah terlambat?
adakah telah banyak peluang yang awak berikan?
adakah saya perlu dihukum?
adakah saya ini seorang yang tak tahu menghargai?

p/s peace

7 comments:

Dayana AZ said... BALAS

datangnye dari hati! :)

Mommy Fara said... BALAS

tepuk dada, tanye selera...=)

fyy mokhtar said... BALAS

:) sad kea??

fyah said... BALAS

:)

yatie Awang said... BALAS

InsyaAllah masih ada peluang lagi....kejar2....

Anonymous said... BALAS

emm:)

Anonymous said... BALAS

dh bce:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...