Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, September 16, 2011

cinta atau seks

Penulis tidak dapat dikenal pasti. Sumber Internet.

KATA-KATA kasih dan cinta membawa berbagai-bagai erti. Misalnya kasih ibu, kasih diri sendiri, kasih tanah air, cinta harta, cinta keindahan, cinta muzik, cinta sukan dan lain-lain lagi.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta yang menawan hati manusia di peringkat-peringkat hidup yang pertama cinta yang melahirkan perubahan fizikal mental yang sukar dianalisa dan diberi penafsiran.

Kasih dan cinta terkandung di bawah berbagai-bagai sentimen dan perasaan, ada yang luhur dan ada yang hina. Sentimen kasih sering kali memadukan di antara perasaan rendah diri dengan perasaan bangga diri atau di antara persaan yang berkobar-kobar dengan perasaan yang tenang tenteram dan memadukan di antara kekuatan peribadi dan kelemahan yang cepat mengalah dan menyerah.

Kasih dan cinta boleh mengubah perasaan jemu terhadap hidup kepada perasaan yang menghargai keindahan hidup. Kasih dan cinta juga boleh meluhur dan mengangkatkan nafsu berahi kepada martabat kenikmatan-kenikmatan rohani dan kelazatan jiwa.

Apakah sebenarnya perbezaan antara cinta dan seks?

Memang ada perbezaan antara keduanya dan jelas sekali. Ramai lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan hingga melahirkan anak-anak yang ramai, walaupun isteri-isterinya sentiasa bersedia untuk memberi kepuasan seks kepada mereka. Malah mereka terus menaruh cinta kepada perempuan-perempuan yang lain dan percintaan itu terus berkembang walaupun mereka tidak diizinkan membuat perhubungan dengan wanita yang dicintainya.

Cinta yang bermotifkan seks dapat berlangsung dengan sempurna walaupun hati seseorang itu tandus dari sebarang perasaan kasih sayang.

Keinginan seks saja tidak lebih dari keberahian sepintas lalu yang dianggap oleh kebanyakan bangsa sebagai keinginan liar yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip akhlak. Begitu juga kebanyakan agama di dunia ini menganggap hubungan seks di antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri sebagai satu dosa yang besar yang diancam dengan balasan-balasan seksa.

Perkahwinan semata-mata bermotifkan mencari kepuasan seks tidak akan berpenjangan. Oleh itu perasaan kasih dan cinta satu unsur yang perlu yang harus mendahului atau mengandingi hubungan seks.

fresh tanpa edit dari tamanwangi

p/s selamat hari malaysia guys….. <3 malaysia

Tuesday, July 5, 2011

biarkan jatuh cinta

assalamualaikum,

malas sebenarnya nak menulis pape malam nie, tapi hati tengah berbunga… si dia menyuruh aku mendengar lagu st12-biarkan jatuh cinta, mmg best lgu nie.. cam ade maksud nak disampaikan pada aku… haha Smile with tongue out pape pun thank ye awak…

Lirik lagu ST 12 Biarkan Jatuh Cinta

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku kan mencoba
Tak perduli kau berkata
Tuk mau atau tidak

Reff

P/S kadang kita tak nampak permata di depan mata, kerana mengejarkan kaca yang kelihatan seperti permata yang akhirnya pecah kerana terlepas dari pegangan.

promosi terbaru dari churpchurp, tutorTV – SPM, tutorTV – PMR, tune talk

Thursday, June 23, 2011

aku sayang kau doe..

...... bila kata-kata sukar untuk difahami, lagu menjadi ganti .......


egatkan dulu saya suka lagu nie

p/s ok nice, aku dah buat kesilapan lalu berulang semula... bila kat depan mata bloody confidence dia untuk kita, cinta dia milik kita sepenuhnya dan mulalah kita buat tak endah, bila dia sudah pergi mencari yang lain, baru sesalan datang dalam diri... hargai la apa yang kita ada, sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia.... cinta tak semestinya memiliki....

Friday, May 6, 2011

kau tak cun, kau tak cantik tapi..

assalamualaikum..

cun, cantik, comel, cute, lawa atau apa pun sebutan yang seangkatan dengannya adakah pada korang penting? adakah itu penanda aras untuk memilih seseorang itu dijadikan sebagai peneman hidup? apakah itu cinta sebenarnya? berlandaskan rupa paras kah?

ok, pada aku, aku rasa cun tu bukanlah penting sangat pun untuk membuatkan aku memilih seseorang tu menjadi peneman hidup aku. setiap insan ada daya tarikan dia tersendiri. mungkin pada aku cantik tapi pada orang lain sebaliknya. kalau ambil awek cantik sangat pun payah gak, sebabnya mungkin akan ada banyak persaingan yang akan datang walaupun setelah mengatakan “awak itu kekasih saya” sedangkan suami isteri pun boleh bercerai inikan pula perhubungan yang baru bermula. lagi-lagi untuk insan yang merasakan dirinya cukup cun, dan bila dikacau lelaki sikit mula la datang kegedikannya.

“cantik itu adalah subjektif, dan penerangan kepada subjektif itu berlainan mengikut padangan mata yang melihatnya”

cantik tapi akhlak x cantik, tak bes gak kan… biar la biasa pada pandangan mata tapi elok serba serbi dari dalaman nya. setakat cantik kerana tertempek sana, tertempek sini ngan bedak yang mahal-mahal baik ta payah. “ingat cantik tu subjektif ea, semua orang cantik”

sebenarnya entri nie aku buat kerna, aku tengok membe aku nie minat seorang perempuan tu, nak kate cun tu.. tak ada la cun sangat tapi sedap la mata untuk memandang.. mungkin ada something yang menarik dalam diri perempuan itu yang menarik hati nya… lagipun perempuan tu jual mahal sikit,bukan jual mahal kerana perasan dia cun tapi, jual mahal sebab dia tu seorang perempuan yang bernilai. mungkin itu nilai tambah dalam diri perempuan itu. ntah la… cinta? dunia je semua tu.

p/s aku hanya mampu tersenyum.. aku insan yang lemah…. senyum untuk membunuh segala kedukaan yang hadir..

Friday, March 18, 2011

awak



awak, 
apabila saya memerlukan, 
awak sentiasa ada.

awak, 
apabila saya keseorangan, 
awak hadir memberi cahaya.

awak, 
ketika mana kesedihan datang menghurung hidup saya, 
awak menjadi penawar duka.

awak,
di mana kesusahan hadir menyempitkan saya, 
di situ awak datang dengan memberi kelapangan yang ada.

awak,
di masa kesakitan melekat di badan saya,
awak melegakan dengan senyuman awak yang manis belaka.

tapi,
saya, selalu menyakitkan awak.
saya, memberi luka dalam diri awak.
saya, terlalu sibuk dengan kerja.
saya, lupa untuk menemani awak.
saya, lupa memberikan senyuman pada diri awak.
saya, tidak mengendahkan diri awk.

saya,
baru tersedar yang diri awak sungguh berharga.
baru tersedar awak seorang yang istimewa.
baru tersedar awak memberikan kebahagiaan kepada saya.
baru tersedar awak sentiasa disisi saya.

tapi,
adakah ini sudah terlambat?
adakah telah banyak peluang yang awak berikan?
adakah saya perlu dihukum?
adakah saya ini seorang yang tak tahu menghargai?

p/s peace

Friday, February 18, 2011

suka atau sayang

“JaNGaN TiNGGaLKaN oRaNG YaNG KiTa SaYaNG uNTuK oRaNG YaNG KiTa SuKa,KeRaNa oRaNG YaNG KiTa SuKa aKaN TiNGGaLKaN KiTa uNTuK oRaNG YaNG MeReKa SaYaNG.” credit to pakta..






biasa lah jika kita dah bercinta.. mesti serba serbi x cukup.. masih tak sempurna lah katakan.. mungkin tidak kepada mereka yang setia,tapi dalam setia kita pun mesti akan ada juga hati tertarik sedikit pada yang lain,biasa lah lumrah kehidupan.. 


dari pemahaman aku, selalunya suka ini tak berkekalan lama.. cuma suka.. pas dua tiga detik suka itu mungkin akan hilang, tapi ada juga insan yang sudah memiliki sebuah perasaan sayang, dia rasa tak cukup dan dia nak menambah perasaan suka.. ingat jangan pula berharap sangat pada suka ini... akhirnya sayang hilang,suka pun lari.. sebab belum tentu yang suka itu sayang kita... mungkin hati dia milik orang lain.. dia mengangap kita ini cuma kawan yang boleh dibawa semasa duka... akhirnya kita akan ditingalkan... padan muke ko.. 


suka-suka akhirnya jadi duke.. :p


setakat ini jerk lah ape yang aku faham dengan ayat kat atas 2.. 


p/s lame dah tak update blog.. kekeringan idea dan jatuh sakit sikit.. hehehehe... 


sekian assalamualaikum...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...