Friday, September 16, 2011

Home » , » cinta atau seks

cinta atau seks

Penulis tidak dapat dikenal pasti. Sumber Internet.

KATA-KATA kasih dan cinta membawa berbagai-bagai erti. Misalnya kasih ibu, kasih diri sendiri, kasih tanah air, cinta harta, cinta keindahan, cinta muzik, cinta sukan dan lain-lain lagi.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta yang menawan hati manusia di peringkat-peringkat hidup yang pertama cinta yang melahirkan perubahan fizikal mental yang sukar dianalisa dan diberi penafsiran.

Kasih dan cinta terkandung di bawah berbagai-bagai sentimen dan perasaan, ada yang luhur dan ada yang hina. Sentimen kasih sering kali memadukan di antara perasaan rendah diri dengan perasaan bangga diri atau di antara persaan yang berkobar-kobar dengan perasaan yang tenang tenteram dan memadukan di antara kekuatan peribadi dan kelemahan yang cepat mengalah dan menyerah.

Kasih dan cinta boleh mengubah perasaan jemu terhadap hidup kepada perasaan yang menghargai keindahan hidup. Kasih dan cinta juga boleh meluhur dan mengangkatkan nafsu berahi kepada martabat kenikmatan-kenikmatan rohani dan kelazatan jiwa.

Apakah sebenarnya perbezaan antara cinta dan seks?

Memang ada perbezaan antara keduanya dan jelas sekali. Ramai lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan hingga melahirkan anak-anak yang ramai, walaupun isteri-isterinya sentiasa bersedia untuk memberi kepuasan seks kepada mereka. Malah mereka terus menaruh cinta kepada perempuan-perempuan yang lain dan percintaan itu terus berkembang walaupun mereka tidak diizinkan membuat perhubungan dengan wanita yang dicintainya.

Cinta yang bermotifkan seks dapat berlangsung dengan sempurna walaupun hati seseorang itu tandus dari sebarang perasaan kasih sayang.

Keinginan seks saja tidak lebih dari keberahian sepintas lalu yang dianggap oleh kebanyakan bangsa sebagai keinginan liar yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip akhlak. Begitu juga kebanyakan agama di dunia ini menganggap hubungan seks di antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri sebagai satu dosa yang besar yang diancam dengan balasan-balasan seksa.

Perkahwinan semata-mata bermotifkan mencari kepuasan seks tidak akan berpenjangan. Oleh itu perasaan kasih dan cinta satu unsur yang perlu yang harus mendahului atau mengandingi hubungan seks.

fresh tanpa edit dari tamanwangi

p/s selamat hari malaysia guys….. <3 malaysia

3 comments:

Kumbang Jingga said... BALAS

erm..bila nk kawin ni huhuhu

Muhammad Ferdaus Zulkifli said... BALAS

copy paste..hurmmmmmm

cintatulip said... BALAS

hurmm... bg lelaki rsanya seks 2 perlu.. tp bg wanita.. kasih sayang atasi dr seks.. ;)

sedapnya kasih sayang!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...