Thursday, April 28, 2011

group kami benci blogger tapi kami suka baca blog

assalamualaikum,

ok aku ade cerita sikit. ade la antara sahabatku pernah menyatakan kat aku yang dia nak buat group kami benci blogger tapi kami suka baca blog. pernyataan itu lama dah aku dengar dulu, tapi hingga kini masih tak kelihat kelibat group itu. haha…. adakah itu sebuah sembang kedai kopi, sahabat?

ok pada pandangan aku jika group ini wujud, ada baik nyer kepada blog untuk berkembang, ye la kan, diorang benci blogger je tapi diorang suka baca blog. so boleh la aku ping banyak-banyak post aku kat group tu. mesti mereka bacanye kan, kenape? sebab mereka kate mereka suka bace blog, ye tak? silent reader nie memainkan peranan penting gak dalam blog nie, tapi kalau kena komen pedas tu agak sedap gak la nak telan.

kalau pada korang pulak, apa pandagan korang? agak-agak ada orang selain sahabat kita ini tak yang wujud kat malaysia?

p/s masih menunngu kewujudan group ini.. adakah sahabat ini menyembang sahaja… masih terasa nak menulis cerpen tapi tak berapa yakin la.

Wednesday, April 27, 2011

exam

assalamualaikum…

peperiksaan

bermula la kisah final exam ku setelah berhempas pulas dalam kira-kira 14 minggu aku menghadapi minggu-minggu akademi yang sepi…

sebenarnya xam aku da bermula kowt isnin lepas, baru hari nie nak bercerita tentang xam…

banyak jugak la paper yang memerlukan aku untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan… 8 kertas sem nie yang perlu aku hadapi. banyak ke? banyak gak la kan. tape r yang penting senyum.. hehehe..

da dekat dua minggu aku tak berblog rase rindu kat blog membuatkan menulis kembali.. berblog ini pun satu medium untuk menambah baik penulisan kita, walaupun tak semua orang suka untuk membaca apa yang kita tulis. tapi apakan daya, itu semua hati manusia. kalau suka dia baca lah, tak suka dia tinggal. #ohdunia

serius 2 minggu tak berblog alexa rank jatuh kowt.. nie semua gara-gara projek web programming.. pening-pening.. sampai sekarang tak dapat completekan sistem team aku sepenuhnya.. tape-tape leh simpan tok projek tahun akhir nanti…

so kepada member aku, atau pun pembaca yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan apa pun aku nak wish gud luck, jangan meniru ea.. hehehe… peace

p/s senyum… aku ingat nak tulis cerpen.. tapi tengok gaya penulisan aku masih tak cukup baik lagi kowt.. jeles ngan blog aku bukan blog abah kau

Tuesday, April 26, 2011

0300H, anyone can impressed the world

assalamualaikum...

fuh... bersawang seyh aku punye belog nie... dekat dua minggu gak dah tak menempel ayat-ayat dari kotak pemikiran aku dalam blog picisan ini.. banyak menda lak kena fikir, tak menyempat untuk mencari idea.. egat nak cari something kat google dan copy paste jerk apa yang ade. tapi nak searching pun malas. tapi, ada jugak pengunjung yang datang walaupun tak de update, "tersesat kowt dari google" tak pun pembaca setia (ade ke?). pape pun, thank you ladies and gentleman.

ok la aku fikir nak kongsi sikit satu ayat "  anyone can impressed the world " asal aku tulis ayat tu? bukan ayat aku pun, tadi berjalan ke dinding-dinding facebook member aku dia ada kongsi video youtube dari Britain Got Talent 2009 Episode 1 (Susan Boyle).maybe video nie lame, tapi bagi aku baru (sebab baru tengok). Minah/makcik nie blurr jerk pastu rupa tu ermmm??.. fikirla sendiri, semua audiens yang ade dan juri pandang sinis pada mula nya, lagi² minit 0:44 tu ade awek tu bajet gile muke... tapi selepas Susan nie menyanyi semue semacam terkejut dengan bakat yang mungkin tak seiringan dengan rupa dan bentuk badan. pastu bila da abis si susan nie main blah jerk. :fuh mmg blurr dia nie.

moralnye kat sini, jangan menilai seseorang melalui luaran kerana luaran bukan apa yang mengambarkan apa yang ada dalam diri dan hati nurani. sesiapa je boleh membuatkan dunia tergamam...... ok tengok la video youtube kat bawah nie...





p/s bukan nak bangge dengan omputih nie, tapi ini antara contoh yang aku jumpe setelah berjalan di wall facebook memberku. so, kepada yang terasa diri dia rendah dari orang lain, cuba la bangun sebab untung nasib esok hari siapa yang tahu. :senyum




Monday, April 11, 2011

kerja oh kerja

assalamualaikum..



erm.. lame la pulak tak update blog nie. hehe.. walaupun tak update tetap jenguk blog nie hari-hari, dan membalas kunjungan juga kadang-kadang.. :cheers

hehe.. sory ganggu korang tok bace entri tak seberapa nie.. masa dah dekat nak exam nie banyak pulak benda nak kena settle kan. presentation banyak toi. pening pale nie. projek banyak gak la. boleh wat aku semakin botak (da botak ker?), baru amek degree blum lagi amek master ngan phd. aku rase kalau nak amek tu semua mau ilang rambut yang cantik nie (perasan) hahahaha...

sebenarnya cuma  nak bagitau jerk, da dekat nak exam nie malas sikit kowt nak update. tapi tetap online. hehehe.. student sekarang study pakai slide je kan ... hahahaha :cheers.

p/s sje nak mengarut... 


Tuesday, April 5, 2011

ideologi kita tak sama

assalamualaikum...



setelah empat hari menghilang.. akhirnya dapat jua aku mengupdate blog usang ku ini.

ideologi, fahaman dan pemikiran. kalau 3 perkara ini sama dalam diri manusia, aku rasa tak kan ade pertelingkahan, pergaduhan, peperangan, pergolakan, pembunuhan dan segala perkara yang melibatkan hubungan antara manusia. kalau semua orang mempunyai ideologi yang sama, ini memungkinkan keamanan yang sangat indah untuk bumi ini.

tapi, ideologi kita semua tak sama, dan mungkin tak kan sama. sedangkan fahaman agama sendiri pun mempunyai perbezaan. dalam pada pemikiran aku pada segala apa yang terjadi ini berpunca dari sikap ego yang hadir dalam diri manusia itu sendiri.

cerita tentang ideologi ini, pada contoh yang kita nampak jelas adalah pada permainan politik di malaysia sendiri (maaf mengaitkan politik disini). disebabkan perbedaan ideologi ini membuatkan umat melayu ini sendiri berpecah kepada banyak puak, sedangkan bernaung pada satu nama kaum iaitu melayu. kenapa? kerana fahaman mereka berlainan. dan masing-masing ada perkara untuk ditegakkan, dan diketengahkan.

apa untungnya perpecahan yang dapat dalam sebuah kaum? mungkin nampak luarannya besar tapi kecil dalamannya. akhirnya orang lain yang mendapat keuntungan dari kelalaian kita terhadap penyatuan sesama kita sendiri.

"disebabkan perbezaan ideologi ini juga la, membuatkan aku berbeza pendapat dengan rakan ku. sedangkan kami pada kapal yang sama. membawa fakta yang sama, cuma membezakan kami adalah ideologi, pendapat dan fahaman. mungkin aku akan terima ideologi kau tu cuma lambat atau cepat. tapi pendirian aku lain, camne aku nak terima?" contohnya la.

jangan sebab nak tegakkan benda yang tak sepatutnya, hubungan antara kaum kita sendiri menjadi rapuh dan akhirnya menjadi umpama sebatang lidi, walaupun lidi itu banyak tapi bila bercerai senang untuk dipatahkan kerana ikatan putus dek perbezaan ideologi masing-masing.

p/s malam-malam nie berfalsafah la pulak, learn from the other.. cheer :malu

Friday, April 1, 2011

april fool atau sebaliknya?

assalamualaikum..

pertama sekali aku nak bagitau ini entri pertama aku pada bulan april( perlu ke?)



nak bercerita tentang kejadian april fool. pada sudut mat saleh, 1 april atau april fool in datang dari Chaucer's Canterbury Tales (1392) dan bla.. bla.. bla.. korang leh p ke wikipedia. seboleh-boleh nak tutup benda yang benar. malas aku nak bercerita melalui sudut mat saleh bengkek nie.


ok kita pergi pada cerita-cerita ustaz aku. apa yang aku ingat dari cerita ustaz aku, yang april fool ini adalah hari meraikan kebodohan umat islam yang terlalu mempercayai penipuan yang di buat oleh orang kristian (citation needed). 


kejadian ini terjadi semasa kejatuhan kerajaan islam di andalus a.k.a sepanyol. orang-orang kafir ini tidak puas hati kerana orang islam menyembunyikan diri dalam rumah untuk berlindung dan manusia yang berhati busuk ini yang ingin sekali menghapuskan bersih umat islam di sepanyol. akhirnya mereka mendapat idea untuk memancing umat islam keluar dari rumah, dengan tipu muslihat yang mereka lakukan tentang kapal yang akan membawa keluar umat islam dan harta mereka dengan selamat dari sepanyol, dan orang islam pun pergi melihat di pelabuhan ternyata kapal yang di beritakan wujud dan setelah mereka berpuas hati, keesokan harinya ( 1 april ) mereka keluar. masa inilah tentera-tentera kristian mengambil peluang untuk melenyapkan umat islam di sepanyol tanpa mengira jantina dan umur.


aku pun tak boleh jaminkan kesahihan cerita di atas, tapi yang pastinya buat apa kita nak terikut-ikut sangat budaya barat tu, maksud aku april fool, valentine and etc? tak de pekdahnyer jang. kalau bab mentaliti atau cara mereka berkerja tak mau lak ikut, tengok je la tandas awam kat malaysia nie.. mengalahkan blog entri (tipu jerk), belum masuk lagi bab tak flush tu beb, vandalism lagi.. ish-ish... 


ok la kalau nak tahu lebih lanjut.. boleh pergi sinisini dan sini.. aku malas nak copy paste


ok, sekian...


p/s 1st time tak tido kes wat esemen etika dalam ict... ngantok weh, sok ade kelas lagi.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...