Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

berhati-hati bila menulis

assalamualaikum,

selepas aku terbaca berberapa blog, aku terjumpa ade blog yang jenis menghentam orang, menjatuhkan aib dan juga mengutuk dan menghina, ada juga entri yang ditulis untuk menjatuhkan orang lain.

blog ni antara medium yang terbaik untuk menyampaikan dakwah, ilmu, idea, pandangan dan juga boleh mendatangkan keuntungan jika pandai dalam bab2 membuat duit secara online. jika seseorang insan tu membuat kesalahan, tegur la dengan baik, jika dia melenting dan menegakkan apa yang batil maka kita hendaklah menasihati nyer, tak elok menghinanya.

‎[repost:zaharuddin.net] Nabi mengingatkan "Muslim sebenar adlh yg lisan & tangannya tidak menyakiti muslim lain, Muhajir pula adlh mrk yg meninggalkan apa yg dilarang Allah" (riwyt Bukhari). Awasilah menyakiti yg lain dgn tulisan krn ia termasuk dlm katgeori 'lisan' yg boleh menjadi punca terhumbang ke neraka. Moga kta dijauhkan oleh Allah darinya.

kan bagus kalau ambil tindakan “win-win” situation, semua dapat manfaatnyer. bukan menjatuhkan orang lain demi menaikan diri nya…. kan2.

p/s penulisan yang bermanfaat memberikan kebaikan kepada semua.. Smile

Friday, May 6, 2011

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

assalamualaikum,

terlebih dulu aku nak cakap yang aku nie bukan  seorang ustaz atau arif tentang agama, jika ada kesilapan mohon la perbetulkan.

cube kita lihat terjemahan surah annur ayat 26

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

ok, sejahat-jahat seorang lelaki itu pun, dia tetap meniginkan seorang wanita yang baik untuk dijadikan teman hidupnya. siapa yang tak mahu pasangan dia itu seorang yang elok serba serbinya, terutamanya akidah dan akhlaknya. tapi sebelum tu kita kena lihat diri kita, adakah kita cukup layak untuk mendapat yang baik tersebut?

kenapa ya aku nak cerita pasal ni malam ni? sebab rakan ku memberi sepotong ayat untuk aku renungkan…..

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI”

–azie ziema-

renung-renungkan lah…..

p/s so kalau nak isteri atau suami yang baik tu, kita harus perbaiki diri, supaya kita dapat apa yang di katakan baik itu… cermin diri.. hehe.. wallahualam…

Friday, April 1, 2011

april fool atau sebaliknya?

assalamualaikum..

pertama sekali aku nak bagitau ini entri pertama aku pada bulan april( perlu ke?)



nak bercerita tentang kejadian april fool. pada sudut mat saleh, 1 april atau april fool in datang dari Chaucer's Canterbury Tales (1392) dan bla.. bla.. bla.. korang leh p ke wikipedia. seboleh-boleh nak tutup benda yang benar. malas aku nak bercerita melalui sudut mat saleh bengkek nie.


ok kita pergi pada cerita-cerita ustaz aku. apa yang aku ingat dari cerita ustaz aku, yang april fool ini adalah hari meraikan kebodohan umat islam yang terlalu mempercayai penipuan yang di buat oleh orang kristian (citation needed). 


kejadian ini terjadi semasa kejatuhan kerajaan islam di andalus a.k.a sepanyol. orang-orang kafir ini tidak puas hati kerana orang islam menyembunyikan diri dalam rumah untuk berlindung dan manusia yang berhati busuk ini yang ingin sekali menghapuskan bersih umat islam di sepanyol. akhirnya mereka mendapat idea untuk memancing umat islam keluar dari rumah, dengan tipu muslihat yang mereka lakukan tentang kapal yang akan membawa keluar umat islam dan harta mereka dengan selamat dari sepanyol, dan orang islam pun pergi melihat di pelabuhan ternyata kapal yang di beritakan wujud dan setelah mereka berpuas hati, keesokan harinya ( 1 april ) mereka keluar. masa inilah tentera-tentera kristian mengambil peluang untuk melenyapkan umat islam di sepanyol tanpa mengira jantina dan umur.


aku pun tak boleh jaminkan kesahihan cerita di atas, tapi yang pastinya buat apa kita nak terikut-ikut sangat budaya barat tu, maksud aku april fool, valentine and etc? tak de pekdahnyer jang. kalau bab mentaliti atau cara mereka berkerja tak mau lak ikut, tengok je la tandas awam kat malaysia nie.. mengalahkan blog entri (tipu jerk), belum masuk lagi bab tak flush tu beb, vandalism lagi.. ish-ish... 


ok la kalau nak tahu lebih lanjut.. boleh pergi sinisini dan sini.. aku malas nak copy paste


ok, sekian...


p/s 1st time tak tido kes wat esemen etika dalam ict... ngantok weh, sok ade kelas lagi.. 

Tuesday, February 15, 2011

hobiku solat?

apa yang korang fikir semasa bace tajuk tersebut?
persoalan aku,apabila kita tanya seseorang tu tentang hobi adakah akan terkeluar dari mulut mereka yang hobi mereka adalah solat?

tergerak hati aku untuk mengeluarkan tajuk kat atas tu sebab tadi aku diziarahi oleh geng 5 minit atau nama lainnya geng tabligh... mereka datang untuk mengajak aku ke masjid serta mengikuti program yang mereka anjurkan, dalam ajakan dia serta ceramah dan cerita tentang rasulullah s.a.w tiba-tiba terkeluar ayat "apabila di tanya kepada orang apakah hobi anda, pernahkah kita terdengar solat sebagai jawapan" dan membuatkan aku terfikir, ada betulnya juga hamba allah ini berkata.

kalau nak kata merendah diri,tak riak dan menunjuk², aku tengok pagi² masjid tetap sikit jemaahnye, ada gak anak muda yang meninggalkan solat.. tu belum masuk penyokong bola yang dok kat dalam stadium shah alam dari asar sampai ke isyak semata² untuk tengok bola,kat mane dia solat? yang menonton wayang di waktu senja.. yang aku lihat ada juga anak muda yang bernama islam yang masuk. tapi tak tahu  la kalau aku tersilap.. terpandang orang kristian yang bermuka melayu.. kesilapan kan lumrah.

adakah masih wujud dikalangan kita ini yang selalu solat siang dan malam... kalau ada masa terluang jerk mereka akan penuhi dengan solat dan mulut mereka tidak lekang dari memuji allah serta ingat pada rasulullah s.a.w.

kalau nak cakap pasal masa, blog dan kerja,jika nak dibandingkan dengan zaman al-fateh... beliau tak pernah tinggalkan solat wajib,solat sunat rawatib dan solat tahajud,sedangkan beliau seorang pemimpin sebuah empayar yang besar.. dan selalu telibat dalam peperangan... so alasan kita dah kena tolak mentah-mentah.

hemm.. aku tak sempurna, mungkin ada yang tak sokong dengan penulisan aku ini.. tapi inikan keunikan hidup... penulisan ini pun untuk nota dan peringatan online bagi diriku... mungkin kita ini pandai cakap dan menulis.. tp hasil dan amalnya? kadang tu apabila ditanya berapa rukun solat,ada juga manusia yang bernama islam tak dapat menjawabnya..

cakap banyak pun tak guna apa kata ambil tahu sedikit tentang solat ini... kita da belajar semua ini mungkin ada yang dah terlupa.. lupa itu lumrah hidup...

apa itu solat

  • Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. 
  • Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
    yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
    syarat-syarat tertentu.
  • Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
    Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
    fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
    sebagai rukun qalbiyy.
rukun solat

ada 13 rukun dalam solat..

1.berdiri tegak
2.niat
3.takbiratul ikhram
4.membaca al-fatihah
5.ruku'
6.iktidal
7.sujud
8.duduk antara dua sujud
9.duduk tahiyyat akhir
10.membaca tahiyyat akhir
11.selawat ke atas nabi
12.salam
13.tertib


syarat sah solat
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).


syarat wajib solat
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.

sumber http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/syarat_solat.htm

p/s jangan tersalah faham sudah lah ea.. nanti aku la kena tangkap ISA.. hehehe gurau... bace fahamkan,renungkan,dan timbang²kan.... aku bukan insan perfect cuma tergerak hati rentetan dari ziarah oleh hamba ALLAH  yang mengajak ku mengerjakan ibadah berjamaah dek kerana persoalan yang dia timbulkan.mesti akan ada orang yang kata.. macam aku baik sangat.. gelak je lah.. atleast dia baca entri ni aku dapat pahala juga.. dari mengata orang kan.

Tuesday, February 8, 2011

tak kan hari valentine jerk kowt baru nak ingat kat awek?

ok jom kita selidik tentang asal usul hari valentine

 Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa
Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bahagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan
kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia
kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan faktwa di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace,
for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same
process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose.

They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)


Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-



1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.



2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. (Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)



3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar



4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.



5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :



وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ
اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ
حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ
إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ
جَمِيعًا


"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena
sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.



6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum
menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.



7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.






Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/292/95/


from me :-

aku rase x perlu lah kita nak sambut valentine nie segala..
boleh ape nak bg coklat mase hari2 biasa..
x kan nak gak tunggu valentine bru nak ingat awek..
kononnye nak memperingati awek..
x kan hari 2 jerk kowt..
abes keesokan harinya da lupe balik pada awek?
x pelu kowt aku rase..
mungkin ada diantara kita yang masih tak mengetahui tentang asal-usul valentine nie...
tp pada yang da tahu 2, x kan nak wat lg kowt..?

ish2.. nie pendapat peribadi aku ea...
kalau ade yang x suke nak wat cane kan..
da ideologi dia berlainan ngan aku...
lantak ler.. yang penting aku da share benda yang baik..

assalamualaikum..

Thursday, January 27, 2011

hukum asb dan asb loan haram?


aku ade buat akaun asb dan membuat pinjaman melalui maybank-i. sebelum aku buat akaun tu aku dah cari bahan tentang hukum asb niy.aku  membuat pembacaan terutama di UZAR. aku was-was gak nak wat loan asb niy, tp setelah nampak maybank ada menyediakan pinjaman islam. aku dengan yakin membuat akaun asb loan melalui maybank. tapi sekarang timbul keraguan dalam diriku kembali kerana ada persoalan dari rakan aku tentang hukum asb. ada fatwa mengatakan hukum asb adalah harus. kenapa harus? kenapa tidak halal atau haram? kemana duit itu dilaburkan?zakat?perlukah duit asb ini dizakatkan?bagaimana cara kiraannya?

kenapa majlis fatwa tak mengariskan secara jelas,hukum asb itu?ade yang tertanya² mungkin tidak tahu.ade yang mencari dan menjumpai, tapi tidak jelas.hendak cari dimana?

ok aku nak copy beberapa petikan artikel yang ada di UZAR.

"إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)"

"أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan"  ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)"

Sunday, January 16, 2011

gambar masjid







Wednesday, January 12, 2011

orang yang sombong

- Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya
 
- Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita - cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya
 
- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat
 
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah
 
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Monday, January 10, 2011

yahudi oh yahudi

Dalam Alquran telah menyebut 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan mereka fasik dan hanya sedikit yang beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
 
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am:20)
 
5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran
(Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
 
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)
 
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka(Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
 
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)
 
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
 
10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Wallahualam..


get from ----} http://scripters.ning.com/forum

Sunday, January 9, 2011

Ainul Mardhiah (bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).


Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

Saturday, January 8, 2011

Konsep Zuhud Dalam Islam: Suatu Renungan di Alaf Baru

Oleh: Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady
PENDAHULUAN

Zuhud adalah satu dari sifatkesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Memandangkan zuhud ini penting dalam kehidupan Muslim maka tulisan yang ringkas ini Cuba memberi huraian terhadap perkara-perkara berikut; definisi zuhud, asas-asas idea serta tingkatan-tingkatan zuhud, petanda-petanda dan kepentingannya dalam kehidupan Muslim.
DEFINISI ZUHUD

Perkataan "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan "al-Zahidin" maksudnya 'orang yang tidak suka'. Demikian jugs penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beta tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.

Perkataan Zuhud dalam penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di alas. Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus, seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi is mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya.3

Friday, January 7, 2011

takut la kamu jika menzalimi orang lain

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". (H.R. Bukhari dan Muslim)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...