Tuesday, February 15, 2011

Home » » hobiku solat?

hobiku solat?

apa yang korang fikir semasa bace tajuk tersebut?
persoalan aku,apabila kita tanya seseorang tu tentang hobi adakah akan terkeluar dari mulut mereka yang hobi mereka adalah solat?

tergerak hati aku untuk mengeluarkan tajuk kat atas tu sebab tadi aku diziarahi oleh geng 5 minit atau nama lainnya geng tabligh... mereka datang untuk mengajak aku ke masjid serta mengikuti program yang mereka anjurkan, dalam ajakan dia serta ceramah dan cerita tentang rasulullah s.a.w tiba-tiba terkeluar ayat "apabila di tanya kepada orang apakah hobi anda, pernahkah kita terdengar solat sebagai jawapan" dan membuatkan aku terfikir, ada betulnya juga hamba allah ini berkata.

kalau nak kata merendah diri,tak riak dan menunjuk², aku tengok pagi² masjid tetap sikit jemaahnye, ada gak anak muda yang meninggalkan solat.. tu belum masuk penyokong bola yang dok kat dalam stadium shah alam dari asar sampai ke isyak semata² untuk tengok bola,kat mane dia solat? yang menonton wayang di waktu senja.. yang aku lihat ada juga anak muda yang bernama islam yang masuk. tapi tak tahu  la kalau aku tersilap.. terpandang orang kristian yang bermuka melayu.. kesilapan kan lumrah.

adakah masih wujud dikalangan kita ini yang selalu solat siang dan malam... kalau ada masa terluang jerk mereka akan penuhi dengan solat dan mulut mereka tidak lekang dari memuji allah serta ingat pada rasulullah s.a.w.

kalau nak cakap pasal masa, blog dan kerja,jika nak dibandingkan dengan zaman al-fateh... beliau tak pernah tinggalkan solat wajib,solat sunat rawatib dan solat tahajud,sedangkan beliau seorang pemimpin sebuah empayar yang besar.. dan selalu telibat dalam peperangan... so alasan kita dah kena tolak mentah-mentah.

hemm.. aku tak sempurna, mungkin ada yang tak sokong dengan penulisan aku ini.. tapi inikan keunikan hidup... penulisan ini pun untuk nota dan peringatan online bagi diriku... mungkin kita ini pandai cakap dan menulis.. tp hasil dan amalnya? kadang tu apabila ditanya berapa rukun solat,ada juga manusia yang bernama islam tak dapat menjawabnya..

cakap banyak pun tak guna apa kata ambil tahu sedikit tentang solat ini... kita da belajar semua ini mungkin ada yang dah terlupa.. lupa itu lumrah hidup...

apa itu solat

  • Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. 
  • Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
    yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
    syarat-syarat tertentu.
  • Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
    Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
    fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
    sebagai rukun qalbiyy.
rukun solat

ada 13 rukun dalam solat..

1.berdiri tegak
2.niat
3.takbiratul ikhram
4.membaca al-fatihah
5.ruku'
6.iktidal
7.sujud
8.duduk antara dua sujud
9.duduk tahiyyat akhir
10.membaca tahiyyat akhir
11.selawat ke atas nabi
12.salam
13.tertib


syarat sah solat
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).


syarat wajib solat
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.

sumber http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/syarat_solat.htm

p/s jangan tersalah faham sudah lah ea.. nanti aku la kena tangkap ISA.. hehehe gurau... bace fahamkan,renungkan,dan timbang²kan.... aku bukan insan perfect cuma tergerak hati rentetan dari ziarah oleh hamba ALLAH  yang mengajak ku mengerjakan ibadah berjamaah dek kerana persoalan yang dia timbulkan.mesti akan ada orang yang kata.. macam aku baik sangat.. gelak je lah.. atleast dia baca entri ni aku dapat pahala juga.. dari mengata orang kan.

8 comments:

nur aisya humaira said... BALAS

Assalam...
betul2...bagus entry ni...klu ditanye tentg rukun solat,mungkin ade yg lupe...bkn tidak tahu,tapi dek kerana tidak mengambil berat...kan2? dunia dilebihkan dri akhirat...wallahuallam..:)

Bobo said... BALAS

as salam...btol tu..thanks!pasni aku nak masukkan solat dlm list hobi aku....=)

►AdamXis◄ said... BALAS

assalam...betul laa, solat tuu patut masuk dlm hobi...and persoalan yg bagus pasal kaki wayang and kaki bola...hu3.dlu pernah join tabligh pi aktiviti dieorg...mmg besh beriktikaf kat masjid...

siTokei said... BALAS

wah nice info....

touya said... BALAS

Tak taw kenapa , kalau orang cakap "Solat sebagai hobi" aku rasa cam nak menunjuk-nunjuk lak .

Tapi kalau kata "tengok wayang, buat anak , main games" tak rasa cam nak menunjuk-nunjuk lak ..

entahlah ... minda aku still kotor rasanya .

Mommy Fara said... BALAS

wow! good info! lebih2kan entry yg byk info mcm nie...syok gak bace...jgn asik yg nak tarik trafik tu je...huhuhuhu!

ain shakirah said... BALAS

ehem tak semestinye org yg g tgok wyg time senja tuh tak solat oke! kat mall skrg kan ad surau. so maghrib juz 3 rakaat. still sempat nak solat b4 movie bermula. dapat pulak balak cm saya punye balak,mau die hempuk kepala dengan kerusi panggung lau cakap postponed dulu la solat haha!..."berdasarkan my pengalaman heeeeeeeee:p". so, thinking2. tak semua manusia yg p cinema time senja tak solat. oke!.(agak hot dgn kenyataan d atas haha )

Melyuis said... BALAS

solat tiang seri dalam ibadat, kalau tak lakukan bermsalah, walaupun hebat dalam hidup. Sekarang ramai orang kita tak bersolat, selamba aje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...