Friday, February 11, 2011

Home » , » berita harian : Malaysia perlu ramai penggodam beretika

berita harian : Malaysia perlu ramai penggodam beretika

malaysia,pengodam dan etika


Ethical hacker ||| konsep yang aku faham --> kalau kita nak melawan para pengodam ini.. kita perlu menjadi pengodam juga.kita tahu selok-belok untuk melawan mereka.pengodam yang beretika perlu untuk menyelamatkan negara dari diserang oleh musuh² negara melalui alam siber.serta untuk menjaga dari kebocoran maklumat samaada individu atau negara.sekarang banyak jenayah siber yang meningkat.dari kecurian wang kerana kebocoran maklumat di bank.kerja siapa?x kan kerja cleaner tingkap KLCC kowt.selain itu banyak juga kes² lain yang lain.(nak tahu lebih lanjut.. tnye jerk google..)



korang tahu pasal CEH atau Certification for Ethical Hackers tak?ini adalah kelayakan dan juga sijil bagi mereka yang bergelar pengodam yang beretika.tapi kita pun tidak tahu,etika² pun mesti ada cacat cela,sebab kita ini manusia.. tak lari dari nafsu dan kata hati.

ok lah,banyak cakap banyak bohong.. hehehe malas nak ulas bebanyak

jom kita try satu website yang mengajar mengodam hack this site


dan juga UPNM atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ada menawarkan program sains komputer sistem keselamatam komputer.Uni lain aku x tahu..
nak tahu lebih lanjut pergi program yang ditawarkan di UPNM


petikan dari berita harian online :-




Malaysia perlu ramai penggodam beretika


2011/02/10

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber. 


Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, berkata sebagai pengguna komputer, mereka mesti mempelajari teknik pencerobohan bagi mengetahui langkah pencegahan dan perlindungan terbaik.
“Penggodam beretika yang mahir mampu menyelaras dan melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada sistem rangkaian komputer, termasuk internet dan aplikasi komputer di samping mengenal pasti sekiranya terdapat kecelusan.
“Kepakaran penggodam beretika penting sebagai kawalan keselamatan sistem maklumat sesebuah institusi bagi memberi nasihat dan memperbetulkan kelemahan yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media pelancaran program KLGreenHAT 2011, di sini, semalam. 

Program dua hari itu dipenuhi pelbagai pengisian antaranya pertandingan GreenHat Challenge 2011, ceramah keselamatan siber, pertandingan CyberSafe Self Defence Challenge Cup 2011 serta pameran dan jualan. 

Pengarah program Ahmad Amran Ahmad, berkata GreenHat Challenge adalah pertandingan sekuriti komputer untuk penggodam berhemah. Usaha itu bertujuan melahir dan mencungkil bakat baru dalam keselamatan siber. 

CyberSafe Self Defence Challenge Cup pula katanya, menguji tahap kesedaran peserta terhadap keselamatan siber. 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lef Kol Husin Jazri, berkata sebagai agensi dipertanggungjawabkan memantau keselamatan siber negara, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan sambutan ‘Safer Internet Day’. 

Beliau berkata, program bersama Kelab Keselamatan Komputer MIIT UniKL itu jelas bagi menyampaikan mesej kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat. 

1 comments:

aried said... BALAS

hm...kalau le kat IPG pun ada opsyen ni..nnt kat sekolah akan adalah subjek Hacking..huhuhu.. dasyat2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...