Monday, February 28, 2011

lelaki dan merah jambu

assalamualaikum,

ok nak kupas tentang warna lak kali ni,

merah jambu
ape kena mengena ngan gambar neh?

pink atau merah jambu selalunya melambangkan kelembutan, ya dulu aku memang geli tengok apabila seorang lelaki memakai baju merah jambu atau apa-apa benda yang berorientasikan warna merah jambu. pada aku mereka ni tergolong dalam golongan manusia lembut, pondan, homoseksual, nyah dan yang paling penting mereka nie mesti jambu kan. itu pemikiran lapuk aku dulu, warna merah jambu je terus kata dia jambu.

oh lelaki


pandangan aku pada warna in telah berubah sama sekali. jika diteliti bagaimana warna ini terbentuk, kita dapat ketahui bahawa warna ini terbentuk dari gabungan warna merah dan putih. dari gabungan tersebut maka wujudlah sebuah warna yang mempunyai kelembutan untuk dipandang mata, juga warna yang mempunyai nilai romantik dan cenderung kepada sifat-sifat feminin.

berbalik pada campuran warna. pertama, warna merah yang garang dicampur warna putih yang cerah dan terang. pada pandangan aku, warna merah jambu bukan setakat lembut dan romantik tapi tersembunyi sebuah keganasan dan keberanian yang dikuatkan dengan kecerahan warna yang nyata. apabila warna putih ini dipancar oleh cahaya terik matahari di siang hari, mata kita akan menjadi silau, dan warna putih ini sangat efisien dipakai jika pada waktu malam untuk mengelak kecelakaan pada diri terutama pada pejalan kaki. bermakna warna putih ini makin menguatkan warna merah apabila dicampurkan. memang benar warna merah jambut itu lembut, tapi itu secara tersurat bagaimana tersiratnya pula?

persoalan sekarang, lembutkah lelaki yang mempunyai minat pada warna merah jambu? padahal merah jambu ni sangat ganas dan berani, ye tak? mungkin pandangan kita berbeza, tapi kadangkala sebuah pandangan itu boleh berubah mengikut akal dan juga gerak hati, yang penting aku selalu jerk nampak rakanku yang masuk askar dan suka memakai pakaian yang berwarna merah jambu, tapi bukan fanatik pada warna ini ea. adakah seorang askar itu lembut kerana memakai warna merah jambu ini? tidak bukan, ye tak?

janganlah nak membuat diskriminasi yang mengaitkan gender dan warna yek.

konflik gender


p/s tertarik lak pada warna merah jambu ini... macho gitu.. hahahaha.... ☺

Sunday, February 27, 2011

yahudi, kenapa mereka berjaya dan berkuasa

assalamualaikum,

ok tadi aku ada pergi ke satu blog nie.. ada entri yang agak menarik yang dikongsi beliau, entri tentang yahudi, kuasa dan cara mereka belajar.. tajuk entri beliau belajar-daripada-kaum-yahudi, lepas aku bace, baru aku tahu ramai orang yahudi yang mendapat hadiah nobel berbanding orang islam, dan juga.... hehehe bace sendiri ea... kang marah lak tuan artikel, ok korang boleh pergi di sini atau pun klik header kat bawah tu....

ok aku ambil pendahuluan dalam entri beliau.

  "Assalamualaikum..

aku ade tertarik ngn beberapa artikel pasal kaum Yahudi.
so kat sini aku nak share ngn sape2 yg rajin nak baca blog aku nie pasal satu kaum yg paling ramai nabi dan rasul..dan banyak diceritakan dalam kitab suci Al-Quran.." 

by eqeh


Friday, February 25, 2011

semalam senyum hari nie masam

assalamualaikum..



ha.. ini entri berkait dengan cerita semalam gaji masuk dah.., ok semalam aku bercerita tentang penjawat awam yang mendapat bayaran gaji setelah penat berkerja selama sebulan.. (penat ke?).



memang seronok masa gaji masuk, banyak jerk duit kat dalam akaun tu. boleh tersenyum lebar bila periksa baki dalam akaun. tapi hari nie tengok semula, dah berkurangan sebab kena bayar banyak benda. belum kira simpanan lagi, asb, bil telefon, bil wimax (tgh geram wimax slow tahap tertinggi.. nk BW pun payah.), last² sampai tengah bulan da kering semula poket boleh bela spider, bersawang (kalau spider dari google tak pe gak, leh tarik traffiik ke blog).



time dah kering mula la tunduk muka, wat tak tahu je. mana la tahu member ketuk sekupang dua suruh belanja makan, ye tak?

ok la saje je nak update, update sambil tengok hujan turun.. syiok weh, ye tak?

p/s adus bila r nak post entri yang berguna dan mantap nie erk.. ade sesape yang sudi menjadi guru tak?

kita ni sebenarnya seorang spammer

assalamualaikum..

korang rasa tak yang para blogger nie sebenarnye spammer² yang beretika, hehehe....
aku kekadang rasa macam aku bnyak spam kat twitter ngan facebook aku..
sapa yang ade join churp² or say.com, lg la banyak spam yang korang buat.
cuma kita nie beretika sikit kowt, mungkin akan ada yang akan sangkal aku "itu bukan spam, itu ping blog la der."



aku : "aku nak cakap tu sejenis spam gak."
mybe korang : "bro bukan macam tu lah, ko tak fham dunia blog."
aku : "mmg la aku tak faham, aku baru bertatih dalam bidang neh."
mybe korang : "da tau budak² lagi dalam dunia nie, jangan pandai² ea."
aku : " tapi korang tak rase ker, kita suka spam kat orang lain dan semak kan orang punya wall and timeline."
mybe korang : "ish ko nie tak fham ke? itu ping blog, fham!"
aku : "tak aku tak faham, yg aku fham itu mcm konsep spam jerk. kadang² org tak nak pun apa yg kita postkan."
mybe korang : "akh susah la cakap ngan ko. dasar newbie."
aku : "ok fine, merci"



apa-apa pun aku suka ping blog, kadang² ping nie nampak macam spam ada gak dan boleh dikatakan begitu r kowt (Sesape yang pakar tu tlg betolkan, jika terdapat kesalahan).
kalau tak ping blog macam mane orang nak kenal blog kita, ye tak? kena lah berusaha, orang nak baca ke tidak itu terpulang pada individu tersebut. dalam konsep free speech, bukan satu paksaan untuk orang mendengar atau membaca sesuatu dari kita.
kalau orang suka dengan idea dan kreativiti kita mesti akan ada orang suka dan setia menunggu sesuatu dari kita, ye tak?

p/s nope... nak gak wat blog spam ..... ☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Thursday, February 24, 2011

gaji masuk dah..

yes time nie la penjawat awam di jabatan kerajaan berjalan tegak memandang kehadapan. kalau semalam ramai yang tunduk dek kerana kekeringan wang. biasa la kerja kerajaan. dpat sikit tapi hidup terjamin. ok la kan, at least x yah susah² nak fikir kena buang kerja kalau time ekonomi merosot teruk.



aku nie penjawat awam ker? nak sibuk² pulak kan, wat semak jerk, bukan aku nie seorang student ker yang masih blaja lagi.. hahha.. ☺ biarlah ia rahsia..

penjawat awam nie kena cari kerja lebih, tak da la nak mengharapkan gaji masuk tiap-tiap bulan, sakit jugak la bila duit dah habis, tu yang jadi bile masa akhir bulan makan maggie dengan cawan jerk.



ok gak kan. tapi kalau nak cari kerja tepi tu jangan sampai kacau masa kerja lak, tak pasal² kena buang, makin sakit pulak jadinya. orang kata kerja kerajaan nie nak hidup jerk, kalau kerja sendiri nie nak hidup kaya.kerja kerjaan risiko tak besar sgt, kalau kerja sendiri silap² boleh bankrap.

buat blog nie pun satu cabang duit gak. tgk macam redmummy, RM12k sebulan... wuish.. boleh makan kat hotel 5star tiap² minggu. bru pakai mr nuffnang jerk.

ok la cukup² aku melalut..

p/s ramai penjawat awam seyum je, biasa lah gaji masuk.. ☺☻♥

sekian assalamualaikum

awesome place that i want to go

I want go to Japan someday. i think in Japan has many interting places to visit such as fiji mountain. Japan has many island, the island make the country Japan itself. Japan is the one country with most advance technology in the world, the is so many technology that we can't see at Malaysia.

I want go to Japan because, I want to visit the historical town of Nagasaki and Hiroshima. Nagasaki and Hiroshima is the town that bombarded by United State with the atomic bomb during the World War II. After the several year, this two town is develop very fast. There are many improvement in this city, many of building was built and the building is more impresive than before. So i want to see more in this two histrorical town.

I also want go the Mountain Fuji. Mountain Fuji is the highest mountain in Japan, this mountain can be visible from Tokyo.


Many more interesting places that I want go in Japan someday. I also want to see the real sumo and robot that Japan invited. Also i want to see the environment of the people that love book so much. And the people that fanatic with the comic and mangga. There have unique value inside their life.

Tuesday, February 22, 2011

kalau dah malas

nie lah anak mude sekarang..

tak jumpa mangkuk, cawan pun boleh jadi ganti...

nak tau pe dia?
...
...

akhirnya... terupdate juga

ok assalamualaikum,

lame gak aku dah tak update niy.....

mugkin ada yang da lupa kowt pada blog putih ni..
aku sayang benar pada si putih ini.. warna suci jerk.. tapi geram pula kalu tgk masa malam-malam, sakit mata sebab terang sangat.

elyna pun kata dah lama tak nampak kat BCR.. apa itu BCR? ramai yang dah tahu kan. malas nak ulas. hehheeheh....

penat sungguh dalam seminggu ni.. banyak sangat kerja.. yang paling pening nak design web e-commerce ni.geram aku.. ekut hati nak amek blog template jerk. wat simple-simple cam blog aku.. x de la serabut. hehehe... tp wat la mantap sikit.. blajo web programming sem ni jerk..

yang tak bestnyer dalam 2 minggu nie, banyak benar pop-up test.. kelam kabut aku.. da la x studi ape.. ntah ler leh perform atau tak sem neh.

ok la saje jerk nak update pendek..
nanti bile ade benda yang menarik aku kongsi la ea..

ok sekian... hehe sory kalau gangu masa untuk korang bace entri ntah pape aku nie...

Friday, February 18, 2011

suka atau sayang

“JaNGaN TiNGGaLKaN oRaNG YaNG KiTa SaYaNG uNTuK oRaNG YaNG KiTa SuKa,KeRaNa oRaNG YaNG KiTa SuKa aKaN TiNGGaLKaN KiTa uNTuK oRaNG YaNG MeReKa SaYaNG.” credit to pakta..






biasa lah jika kita dah bercinta.. mesti serba serbi x cukup.. masih tak sempurna lah katakan.. mungkin tidak kepada mereka yang setia,tapi dalam setia kita pun mesti akan ada juga hati tertarik sedikit pada yang lain,biasa lah lumrah kehidupan.. 


dari pemahaman aku, selalunya suka ini tak berkekalan lama.. cuma suka.. pas dua tiga detik suka itu mungkin akan hilang, tapi ada juga insan yang sudah memiliki sebuah perasaan sayang, dia rasa tak cukup dan dia nak menambah perasaan suka.. ingat jangan pula berharap sangat pada suka ini... akhirnya sayang hilang,suka pun lari.. sebab belum tentu yang suka itu sayang kita... mungkin hati dia milik orang lain.. dia mengangap kita ini cuma kawan yang boleh dibawa semasa duka... akhirnya kita akan ditingalkan... padan muke ko.. 


suka-suka akhirnya jadi duke.. :p


setakat ini jerk lah ape yang aku faham dengan ayat kat atas 2.. 


p/s lame dah tak update blog.. kekeringan idea dan jatuh sakit sikit.. hehehehe... 


sekian assalamualaikum...

Tuesday, February 15, 2011

hobiku solat?

apa yang korang fikir semasa bace tajuk tersebut?
persoalan aku,apabila kita tanya seseorang tu tentang hobi adakah akan terkeluar dari mulut mereka yang hobi mereka adalah solat?

tergerak hati aku untuk mengeluarkan tajuk kat atas tu sebab tadi aku diziarahi oleh geng 5 minit atau nama lainnya geng tabligh... mereka datang untuk mengajak aku ke masjid serta mengikuti program yang mereka anjurkan, dalam ajakan dia serta ceramah dan cerita tentang rasulullah s.a.w tiba-tiba terkeluar ayat "apabila di tanya kepada orang apakah hobi anda, pernahkah kita terdengar solat sebagai jawapan" dan membuatkan aku terfikir, ada betulnya juga hamba allah ini berkata.

kalau nak kata merendah diri,tak riak dan menunjuk², aku tengok pagi² masjid tetap sikit jemaahnye, ada gak anak muda yang meninggalkan solat.. tu belum masuk penyokong bola yang dok kat dalam stadium shah alam dari asar sampai ke isyak semata² untuk tengok bola,kat mane dia solat? yang menonton wayang di waktu senja.. yang aku lihat ada juga anak muda yang bernama islam yang masuk. tapi tak tahu  la kalau aku tersilap.. terpandang orang kristian yang bermuka melayu.. kesilapan kan lumrah.

adakah masih wujud dikalangan kita ini yang selalu solat siang dan malam... kalau ada masa terluang jerk mereka akan penuhi dengan solat dan mulut mereka tidak lekang dari memuji allah serta ingat pada rasulullah s.a.w.

kalau nak cakap pasal masa, blog dan kerja,jika nak dibandingkan dengan zaman al-fateh... beliau tak pernah tinggalkan solat wajib,solat sunat rawatib dan solat tahajud,sedangkan beliau seorang pemimpin sebuah empayar yang besar.. dan selalu telibat dalam peperangan... so alasan kita dah kena tolak mentah-mentah.

hemm.. aku tak sempurna, mungkin ada yang tak sokong dengan penulisan aku ini.. tapi inikan keunikan hidup... penulisan ini pun untuk nota dan peringatan online bagi diriku... mungkin kita ini pandai cakap dan menulis.. tp hasil dan amalnya? kadang tu apabila ditanya berapa rukun solat,ada juga manusia yang bernama islam tak dapat menjawabnya..

cakap banyak pun tak guna apa kata ambil tahu sedikit tentang solat ini... kita da belajar semua ini mungkin ada yang dah terlupa.. lupa itu lumrah hidup...

apa itu solat

  • Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. 
  • Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
    yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
    syarat-syarat tertentu.
  • Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
    Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
    fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
    sebagai rukun qalbiyy.
rukun solat

ada 13 rukun dalam solat..

1.berdiri tegak
2.niat
3.takbiratul ikhram
4.membaca al-fatihah
5.ruku'
6.iktidal
7.sujud
8.duduk antara dua sujud
9.duduk tahiyyat akhir
10.membaca tahiyyat akhir
11.selawat ke atas nabi
12.salam
13.tertib


syarat sah solat
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).


syarat wajib solat
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.

sumber http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/syarat_solat.htm

p/s jangan tersalah faham sudah lah ea.. nanti aku la kena tangkap ISA.. hehehe gurau... bace fahamkan,renungkan,dan timbang²kan.... aku bukan insan perfect cuma tergerak hati rentetan dari ziarah oleh hamba ALLAH  yang mengajak ku mengerjakan ibadah berjamaah dek kerana persoalan yang dia timbulkan.mesti akan ada orang yang kata.. macam aku baik sangat.. gelak je lah.. atleast dia baca entri ni aku dapat pahala juga.. dari mengata orang kan.

si kala jengking hitam putih

hari ni tak ada idea nak update..
so aku nak perkenalkan n review sikit tentang blog seorang rakan yang aku kenal melalui blogger-chat-room (BCR)..

ok name yang dikenali sebagai FariqScorpio dia juga salah seorang admin dalam BCR...

nak ketahui lebih lanjut tentang si kalajengking nie click la header dia kat bwah nie :-



ok aku mule kenal dia nie sejak BCR menggunakan platform meebo sebagai chat room.. time 2 boleh tuka² nickname.. yang dia nie suka menyakat,bile sorang da mule abes sume dok perkena aku.. tak silap aku masa dia perkena aku,dia suka gne nick mak rahmat.... lebih kurang macam gambar kat bawah nie r... pape pun hepi sangat dapat kenal ngan diorang..



p/s nanti ade mase lg aku perkenalkan blogger² yang best²,peramah,suka naikkan newbie cam aku,unik,and follower aku yang mengerakkan hati aku...

Monday, February 14, 2011

nak buat duit dengan klik iklan orang?

buat duit online,1malysia pay-per-click


nuffnang mungkin bagi korang semua duit bila iklan mereka di klik... tapi korang nak tak kalau korang klik iklan orang lain korang yang dapat duit..
pernah dengar tentang malaysia pay per click?

kalau jadi member korang boleh dpat :-


  • Pendapatan Paid To Click
  • Pendapatan Paid To Join
  • Pendapatan Paid To Read
  • Pendapatan Paid To Promote
  • Pendapatan Sehingga 150% Klik Referral
  • Pendapatan Sehingga RM0.20
  • Extra Tunai! Ahli Sign in Dan Surf Iklan
  • Minimum Withdraw RM10 - Maybank Dan Cimb
  • 100% Percuma, Tiada Caj Keahlian

kalau jadi pengiklan lak :-

  • Harga Rendah Dan Berkesan
  • 10 Jenis Pilihan Iklan
  • Kawalan 100% Ke Atas Iklan
  • Tawaran Istimewa Pakej Iklan
  • Statistik Sebenar Iklan
  • Pengesanan Status Lawatan Iklan
  • Lawatan Harian Unik Pelawat
  • Anti-Penipu Klik Iklan
  • Memberbase Berkualiti

aku baru join tadi dan dah dapat macam gambar kat bawah nie :-


















ok lah kan?tekan jerk pun... tapi kena ade iklan yang hendak diview lah kan...

setakat entri ini dicipta dah ade dalam 7k pengguna kat sini...
selain korang boleh duit korang gak boleh iklankan blog,blogshop,website dll.

kalau nak join korang boleh klik banner kat bawah nie

atau klik kat link nie :-

http://www.payperclick.com.my/index.php?ref=mamat91


aku masih dalam percubaan dengan benda ini.. dan kalau korang nak tahu lebih lanjut cara sistem dia berfungsi.. korang boleh lawat kat http://payperclick.com.my/blog/jana-pendapatan/pendapatan-ptc/ ...
nati kalau aku da fham sikit,boleh lah wat tutorial,kan2

Sunday, February 13, 2011

zaman sudah berubah,tren hidup pun sudah lain

telefon awam semakin dilupakan


saje jerk nak wat entri nie.. coz kebelakangan ini aku tgk da x ramai gune telefon awam.. da macam terbiar jek..
itu aku tgk ler... kat dalam kawasan yang aku tinggal ni pun da tak nampak kehadiran telefon awam.dan aku rase dah tak ramai orang pakai telefon rumah gak kowt(aku x pasti,tp rumah aku,rumah mak aku,rumah akak aku,rumah abg aku dan rumah sedara mara aku dah tak nampak kehadiran telefon rumah).

kalau dulu masa aku sekolah,telefon awam tu macam satu keperluan lah pada mereka² yang bercinta monyet nie.aku ingat lagi masa aku form 3,nak ngurat awek mintak no. phone,dia bagi no phone rumah(masa 2 mane ramai yang pakai hanset,dalam taun 2005 kowt,ade phone polyphonic pun da kecoh).. nak tepon pun takut²,segan kalu family dia yang angkat.. telefon guna public phone,nak gune tepon rumah tp tak de dan takut bill melambung pastu kena perambat satu kampung... pernah terjadi kat aku masa nak telefon rumah guna telefon awam.. jenuh menunggu sorang mamat nie bergayut kat situ... at least bagi jap r aku.. bukan lame pun,masuk syiling 20 sen jerk. tapi sekarang?aku rase dah tak de lagi kowt,sebab da x nmpak.. pernah aku nak telefon awek.. siap bawak uncang syiling 2.. ble ade orang jerk aku stop jap,pastu sambung balik.. dem... yang x leh blah ada lak mamat vandelism nie conteng "MENABUNGLAH DI SINI UNTUK MASA DEPAN".demmmm...  nak tepon orang kene menabung dulu duit syiling.. pergi beli gula² seposen bayo seringgit.



ade pulak awek yang aku ngurat tak de phone rumah dan handfon.. mak ai, cane den nak dptkan neh... so mase kat skola jerk lah main² mata,pastu beranikan diri g rumah dia... pergh x tau macam mane boleh jadi gentleman mase tu.. kne cabar ngan member aku kowt... ngurat awek dpan rumah beb.. hahaha... last² awek 2 kekal ngan aku sampai sekarang der...

mungkin puncanya kerana kehadiran telefon bimbit yang canggih-canggih macam gambar neh

iphone vs blackberry
sekarang nie aku tengok budak kecik pun dah ade phone,pergh mahal² lak 2... yang gram nyer ade plak 2,3 buah. mak ai kaye bebeno budak kecik neh.. adek² aku pun da ade phone sendiri. dulu nak beli kena la mengumpul duet belanje skola... sikit² lame² jadi bukit pastu kerja sikit... baru lah dpt handfon itam putih.. 3310 lak tuh... pergh.. jenuh²,budak² sekrang paling cikai pun pakai enset lampu picit.. pandai lak mereka ber s-m-s neh.patut r orang tnggalkan telefon awam.mat bangla jerk kadang aku tengok ade dok kat telefon awam neh... tukar tren la plak kan.

aku rase lagi satu sebab dengan adenye rangkaian sosial kowt macam kat gambar bawah ni.




facebook nie meletop dalam taun 2009 kowt.. sebab dulu orang main frendster ngan myspace jerk,ada gak main tagged nie.social network yang first yang aku tau classmate.com nak cari kawan lama.dalam taun 2004 aku main friendster nie pun kat cc,mase 2 chat kat mirc,kampung.net and etc.pastu main myspace.. bangge r kalau dpt komen bnyak.. edit profile,main html.. tp x bes nyer myspace komen ngan mesej dia lambat nak masuk.. sama la macam frenster, pastu main pulak tagged.. banyak awek cun n mengarut,ade plak gay dan lesbian,ada gak minah yang tawar khidmat seks(murah gle).. aku suka main tagged nie pun sebab msj dia cpat sampai...
buka akaun facebook.. tp x fham.. leave.. then 2009 bru tgk member lama aku ramai dah ada facebook.mungkin kehadiran 3G broadband kowt yang menjadi sebab.. dan rakaian celcom meluas.. sampai kampung aku pun ade coverage.now fb aku dak² skola rendah pun ade nak request fren.. adusss... gram aku.. budak² g blajo r.. kalu x nyesal cam aku.. (???),bkan senang nak apply kerja dengan lulusan spm jerk.. ops... alamak da lari tajuk dah nie..

ok lah last word,ape yang aku lihat pengunaan telefon awam ini dah tak meluas sejak pengunaan telefon bimbit yang meningkat dan juga peningkatan pengunaan internet.

sekian,terima kasih

just personal opinion and view... tak tahu tmpat korang cane lak kn...

akhirnya 200 juga

akhirnya dpat gak aku follower yang ke 200.... hahaha 200 pun nak bange ke?
latok ler ape korang nak cakap...
yang penting aku nak kenalkan kat korang follower aku yang ke 200 neh..

blogger in seorang perempuan.. blogger baru gak cam aku kowt, dalam profile dy tulis dia blogging sejak oktober 2010..
umur 20 thun..
belajar kat IPG kampus P. Pinang

blog yang simple dan cepat load...

nak ketahu lebih lanjut klik kat gambar header blog die neh..

Friday, February 11, 2011

islam hanya pada nama

gadis melayu minum arak?


cuba perhatikan gambar ini.. dengan selamber jerk dia beli arak.. dah lah pakai baju sekolah... sudah hilang ker maruah? ape pula hukum si penjual arak itu.. tapi kesahihan nya tidak pula aku ketahui.. tengok dan nilai... mungkin ada yang kata boleh diedit guna photoshop.. tapi bagi aku payah untuk mengeditnya.. jadikan pengajaran

sumber amazing gila
dan credit to gempak.org

sory aku copy paste... aku nak share untuk pengajaran semua.. mungkin ada orang yang lain dah share rasenye x slah aku nak share lg kan?

berita harian : Malaysia perlu ramai penggodam beretika

malaysia,pengodam dan etika


Ethical hacker ||| konsep yang aku faham --> kalau kita nak melawan para pengodam ini.. kita perlu menjadi pengodam juga.kita tahu selok-belok untuk melawan mereka.pengodam yang beretika perlu untuk menyelamatkan negara dari diserang oleh musuh² negara melalui alam siber.serta untuk menjaga dari kebocoran maklumat samaada individu atau negara.sekarang banyak jenayah siber yang meningkat.dari kecurian wang kerana kebocoran maklumat di bank.kerja siapa?x kan kerja cleaner tingkap KLCC kowt.selain itu banyak juga kes² lain yang lain.(nak tahu lebih lanjut.. tnye jerk google..)



korang tahu pasal CEH atau Certification for Ethical Hackers tak?ini adalah kelayakan dan juga sijil bagi mereka yang bergelar pengodam yang beretika.tapi kita pun tidak tahu,etika² pun mesti ada cacat cela,sebab kita ini manusia.. tak lari dari nafsu dan kata hati.

ok lah,banyak cakap banyak bohong.. hehehe malas nak ulas bebanyak

jom kita try satu website yang mengajar mengodam hack this site


dan juga UPNM atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ada menawarkan program sains komputer sistem keselamatam komputer.Uni lain aku x tahu..
nak tahu lebih lanjut pergi program yang ditawarkan di UPNM


petikan dari berita harian online :-




Malaysia perlu ramai penggodam beretika


2011/02/10

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber. 


Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, berkata sebagai pengguna komputer, mereka mesti mempelajari teknik pencerobohan bagi mengetahui langkah pencegahan dan perlindungan terbaik.
“Penggodam beretika yang mahir mampu menyelaras dan melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada sistem rangkaian komputer, termasuk internet dan aplikasi komputer di samping mengenal pasti sekiranya terdapat kecelusan.
“Kepakaran penggodam beretika penting sebagai kawalan keselamatan sistem maklumat sesebuah institusi bagi memberi nasihat dan memperbetulkan kelemahan yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media pelancaran program KLGreenHAT 2011, di sini, semalam. 

Program dua hari itu dipenuhi pelbagai pengisian antaranya pertandingan GreenHat Challenge 2011, ceramah keselamatan siber, pertandingan CyberSafe Self Defence Challenge Cup 2011 serta pameran dan jualan. 

Pengarah program Ahmad Amran Ahmad, berkata GreenHat Challenge adalah pertandingan sekuriti komputer untuk penggodam berhemah. Usaha itu bertujuan melahir dan mencungkil bakat baru dalam keselamatan siber. 

CyberSafe Self Defence Challenge Cup pula katanya, menguji tahap kesedaran peserta terhadap keselamatan siber. 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lef Kol Husin Jazri, berkata sebagai agensi dipertanggungjawabkan memantau keselamatan siber negara, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan sambutan ‘Safer Internet Day’. 

Beliau berkata, program bersama Kelab Keselamatan Komputer MIIT UniKL itu jelas bagi menyampaikan mesej kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat. 

luahan hati : kenapa ada manusia yang suka susahkan hidup orang?

JANGAN SUKA SUSAHKAN ORANG LAIN


assalamualikum..

saat ini aku nak ulas atau tanya pendapat dan jawapan tentang manusia yang suka susahkan orang lain.
ini pandangan peribadi aku,kepada mereka yang terasa tu,maaflah aku katakan kepadamu.

KENAPA?

kenapa mereka susahkan orang lain?

1. mungkin mereka fikir mereka pernah kena teruk semasa mereka junior atau baru masuk kerja.
2. mungkin mereka ini malas.
3. da resmi mereka untuk menyusahkan orang.
4. mungkin mereka tak senang tengok orang lain senang.
5. mungkin sejak kecil mereka telah didik untuk susahkan orang lain.
6. mugkin mereka hendak mengajar orang lain.
7. mungkin mereka tak tahu mereka sedang susahkan orang lain.
8. lain-lain yang mungkin pembaca boleh tambah.

BAGAIMANA?

bagaimana pula cara mereka susahkan orang lain?

yang persoalan ini banyak jawapannya,dan mungkin pembaca sendiri yang pernah alami dan rasa ada jawapannya.

jawapan dari aku,
mereka yang menyusahkan orang nie selalu mengacau masa kita,korang pun tahu kan masa itu emas.mereka mengambil masa kita untuk menyuruh kita membuat perkara² yang mengarut,kerja berlebihan,mencari pasal,saja mencari salah,apa yang kita buat semua tak kena dan salah.kadang kala kerja kita tergangu dek kerana nak melayan mereka.

SIAPA?

siapa yang selalu susah kan kita?

aku rase x perlulah aku ulaskan,mungkin masing² tahu siapa yang selalu susahkan mereka.


PENDAPAT AKU

aku rase lah kan setiap dari kita nie pernah atau sedang berdepan dengan manusia yang suka menyusahkan orang.ya,memang benci dengan orang yang macam nie,mungkin pelajar sekolah di asrama setuju dengan aku (time mereka junior lah), dan mereka yang berada dalam alam perkerjaan. dalam dunia blogger nie pun banyak manusia yang suka susahkan orang lain,yelah cemburu dengan orang punya kejayaan.

mereka yang suka susahkan orang nie selalunya akan disumpah seranah,di doakan yang tidak baik(hati² pada yang suka menzalimi orang lain,bace sini.).bahaya kowt kalau selalu kena sumpah dan didoa yang bukan²,silap² x senang hidup kita kat dunia, itu belum kira lagi mereka yang sukar untuk memaafkan orang lain.tanggung dosa dengan manusi dan bawa ke akhirat nak tebus.

tapi manusia yang suka susahkan orang lain ini,ada kisah ker?mereka seronok susahkan orang lain,macam hobi pulak kan.kalau x susahkan orang satu hari rase dunia ini x sempurna.. pada mereka yang malas nak buat kerja pula, x kan kisah punya.. yang penting kerja dia siap.. ada orang lain buatkan. hidup nak senang tapi orang lain susah. lagi kita sakit hati bila kita dah tolong orang 2,kita lak kena maki hamun,salah yang sedikit.. dah la dia mintak tolong... haish..

akhir dari aku (sebenarnya banyak lagi,tapi sape nak bace kalau banyak sangat kan?), nie semua peringatan untuk diri aku juga,mungkin bila aku diatas nanti,terlupa dan menyusahkan orang lain tiba-tiba terbaca semula entri aku ini,mungkin aku akan sedar yang aku x suka diperlakukan bergini.. kenapa perlu aku lakukan pada yang lain?betol tidak? kita hidup bukan berlandaskan dendam,dendam cuma akan diakhiri penghancuran dan peperangan.lagi satu hidup ini unik,dan pelbagai keunikan yang ada.mungkin sikap menyusahkan orang dan iri hati yang ada pada sesetengah insan ini, yang akan membuat diri kita jadi sempurna.. dengan memperbaiki apa yang silap dan salah.. kita lihat dan belajar.. yang salah jadi pengajaran dan yang betul jadi ikutan.. kita semua insan biasa,kesalahan dan kesilapan adalah perkara biasa.. dan belajar dari kesilapan diri dan orang lain menjadikan kita insan yang hebat..

sekian...

terima kasih..

Tuesday, February 8, 2011

tak kan hari valentine jerk kowt baru nak ingat kat awek?

ok jom kita selidik tentang asal usul hari valentine

 Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa
Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bahagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan
kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia
kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan faktwa di bawah :-

Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.

When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace,
for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.

One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same
process again on the day of the festival in the following year.

The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose.

They also contained suggestions for writing love letters.

(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)


Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-



1) Perayaan dalam Islam telah disebutkan oleh Nabi iaitu dari sabdaan Nabi SAW :

(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)

Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.

Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.

Ini bermakna, tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.



2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. (Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)



3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :

"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).

Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.

Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar



4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan sepertinya.



5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :



وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ
اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ
حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ
إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ
جَمِيعًا


"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena
sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )

Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)

Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang juga haram.



6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"

Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.

Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:

Lelaki: Bolehkah saya jual?

Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.

Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?

Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.

Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?

Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)

Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hokum
menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.



7) Dilarang juga saling mengirim ucapan bersempena hari ini.






Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/292/95/


from me :-

aku rase x perlu lah kita nak sambut valentine nie segala..
boleh ape nak bg coklat mase hari2 biasa..
x kan nak gak tunggu valentine bru nak ingat awek..
kononnye nak memperingati awek..
x kan hari 2 jerk kowt..
abes keesokan harinya da lupe balik pada awek?
x pelu kowt aku rase..
mungkin ada diantara kita yang masih tak mengetahui tentang asal-usul valentine nie...
tp pada yang da tahu 2, x kan nak wat lg kowt..?

ish2.. nie pendapat peribadi aku ea...
kalau ade yang x suke nak wat cane kan..
da ideologi dia berlainan ngan aku...
lantak ler.. yang penting aku da share benda yang baik..

assalamualaikum..

trafik mencanak beb..

korunk mesti sukekan kalau trafik blog korang mencanak...
yes dgan letak diorang punye banner jerk..
diorang akan berkongsi trafik dgan kita..

nak ketahui dengan lebih lanjut klik kat link or gambar tersebut

trafik dari blog OHDAUS


belog ohdaus

trafik dati bro JEJAKA TERHANGAT (aku dpt mse 4bh feb,tp time 2 mr. nuff x kre trafik blog aku.. )




sedikit print screen


Monday, February 7, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

yeah 1st time kowt aku join segmen² yang dianjurkan oleh blogger.



dan kena tulis

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

okay nak ketahui lebih lanjut klik kat header Ben Ashaari tersebut.

ok cuti da habis... continue my life back

salam reader..

da dekat 3 hari gak aku x mengupdate blog...
boleh dikatakan x bgus la perbuatan itu bagi blogger bru cam aku..
kan2..
sebenarnya aku jadi malas nak update sebab nuffnang tak kire traffic aku pada hari 2..,
0 kowt kat analytic diorang..
mungkin sebab aku malas blogwalking kowt..
tapi  hari tu aku dpt 700++ kowt UV..
sebab JT ngan blog OhDaus tolong bg kat aku traffic..
tape r.. len kali jangan malas..
kan dah terkena.. hahaha



tp hari nie aku terfikir..
aku nie blogging sebab traffic ker..
traffic 2 cume pembakar semangat jerk..
tujuan asal aku blogging dlu nak share apa-apa yang aku jumpe dan lihat..
x kan da lari asal kowt..
cume blog aku niy bercampur aduk sikit..
macam2 ade kat dalam blog niy... :p
dgan kisah personal lah,info lah,kucing lah.. macam2 r

ok la der.. da lambat niy nak tido nanti ade pape menarik bermain di otak aku..
aku update lg ea..

sekian terima kasih..
salam.

Friday, February 4, 2011

aku ade blog sejak 2008?

assalamualaikum,

ha tulah padahnyer kalau wat banyak akaun.
sampai aku terlupa pada blog aku yang 1st aku created...
blog nie lost,penat aku mencari dan akhirnya terjumpa kembali..
setelah membelek dashboard google account.
nampak link pun dari akaun youtube aku.
aku pun ingat aku ade youtube.

aku mencari blog aku 2 dari 2009 lg..
tp mse 2 tak jmpe..
then aku pun amek keputusan r wat blog lg stu..
menggunakan nama yang hampir sama..

nie blog aku yang telah dijumpai balik dan dah recover password..
http://keunikannya.blogspot.com/
dkat2 sme kan ngan nme blog aku..

sedikit printscreen




dulu aku blogging sebab fikir nak share benda2 yang unik...
sebab 2 name domain aku pun bnyak kaitan dgan unik.
lgpun aku suke tgk ragam orang...
bes.. bleh blajar dari mereka..
sekrang blog aku niy da bercampur-baur.. da macam rojak dah...
main campur jerk... hahaha.. lantak r erk.. lau ske korunk bce r ea

aku sekarang nie pun tengah pening.. cari akaun2 aku kat internet nie..
banyak sgt...
password ngan username pun banyak lain2..
hahaha...
security punye pasal la kan...
last2 sendiri pun x boleh bukak..

Thursday, February 3, 2011

backlink in comment without comment luv

ok today we will learn about....

ceh speaking la plak kan...

assalamuailaikum...

korang da tahu lum buat comment luv?
mesti da tahu kan...
asume jek da tahu.....

dan pade sesape yang malas nak pasang IntenseDebate kat blog korang 2,takut berat la kan... korang ubah la setting kepada dofollow... x susah pun... kasi tlg bg backlink pade spe2 yg komen pada post korang 2... tolong menolong kan amalan mulia... nak tutorial dofollow?klik kat IR lengkap cara wat dofollow nie..

ok kepada spe2 yang komen kat blog2 yang x de comment luv 2,korang kne install extension dlu kat browser..

untuk chrome

korang cari extension copy link text

then install..

ok step-by-step guide lepas da siap download n install

ok first kita ubah seting dulu,pi kat customize and control google chrome>tools>extension

Wednesday, February 2, 2011

kenapa idea aku selalu datang kat dalam tandas?

assalamualaikum..

ok entri kali nie aku nak cerita tentang persoalan aku yang da lame tak terjawab..
mungkin aku tergerak nak wat entri ni kerana blog jamban comel..

ok aku pun tak tahu lah kenapa diri aku ni bila dalam tandas jerk mencurah-curah idea datang..
tapi ble da dpan laptop o kertas.. mle jerk nak menulis tiba² je idea itu hilang tanpa dihidu..
gram pun ade.. macam pagi rabu 2/2/2011 di perhentian aku berhenti sebelum sampai langkawi..
dan setiap perhentian tu lah aku ke tandas dan setiap tandas yang aku pergi 2 lah
idea datang mencurah...
tapi sampai jer dpan lappy.. macam haram jadah,ilang semua nak tulis..
last2 aku pegi ke blog
 
jamban comel

nak mencari idea.. kowt2 ade kan...

ok lah der.. sikit jerk
sekian
tq...

TRIP TO LANGKAWI

ok asalamualaikum..

cuti macam nie x tawu nak wat ape....
slalu nyer aku tdo jerk kat rumah...
tp kali niy ade lak perancangan nak g langkawi..

aku sebenarnye malas nak ikut,,
tapi setelah di pujuk oleh ibu ku..
terpaksa mennyerah..
aku de plan lain.
tape r family come first..

setakat ini aku dalam perjalanan untuk ke langkawi..
menaiki subaru impreza.. lampu sebelah leh terbako lak kan..
demmm...
tape r.. ade 5 buah kete kat blakang,,
leader beb...

nanti ade gambar aku upload ea..
sekrang nie on the way... mne ade gambo malam.. len r kamera aku dslr...

p/s... on9 gne celcom broadband... egat nak try yes 4g... 

Tuesday, February 1, 2011

2nd BE from nuffnang

assalamualaikum..

yeah dpt 2nd BE dari nuffnang..

kali nie tentang disneyland hong kong...
kalau nak info lebih lanjut tentang disneyland hong kong...
klik r dkat banner kat bawah post ini kalau ade la ea...

banjir di 5 negeri ragut 3 nyawa


3 orang mati kerana banjir di lima negeri,johor,negeri sembilan,pahang,melaka dan sabah.



54,637 mangsa sari 12,314 keluarga dipindahkan ke 368 pusat pemindahan.

2 orang mati di Johor kerana lemas selepas kereta yang mereka naiki dihanyut arus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...