Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". (H.R. Bukhari dan Muslim)
ingatlah kawan2 ku tentang doa orang yang terzalim itu mustajab.berhati-hatilah dengan segala perbuatan kita,kerana takut2 perbuatan kita akan membuatkan seseorang itu merasa tersepit dan terzalim.kene lak dia menyumpah kita time 2 camner?membuat dosa sesama manusia niy lagi payah,silap2 kat akhirat sane kita datang dgan amalan yang penuh tapi dalam perjalanan kita untuk dihisab,kita akan menjumpai semua manusia yang pernah kita sakiti,zalimi dan berhutang.tak pasal2 amalan yang kita kerjakan menjadi kosong kerana dituntut mereka.
DOA NABI MUSA AS SEMASA MENGHADAPI KEZALIMAN FIRAUN
“ ... Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
Allah s.w.t telah berfirman maksudnya :
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah an-Nisa ayat 148)
Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: " Allah tidak suka seseorang mendokan keburukan kepada seseorang yang lain kecuali orang yang dizalimi. Sesungguhnya Allah telah memberikan kebenaran kepadanya untuk mendo'akan keburukan kepada orang yang dizalimi. Jika dia bersabar maka itu lebih baik baginya."
Qatadah berkata: "Allah memberikan kelonggaran kepada orang yang dizalimi untuk mendo'akan keburukan. Ini seperti mana yang kamu dengar."
p/s.. hati2 dalam melakukan sesuatu perkara,jangan sampai dapat doa yang x baik dari orang lain
0 comments:
Post a Comment