akhirnya malaysia memerlukan tenaga nuklear tok menampung keperluan tenaga elektrik untuk kegunaan pertanian,perindustrian dan isi rumah,selain dri tenaga janaan petrol,arang batu dan empangan hidro.... dikatakan tenaga nuklear ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 1000mw dlam satu masa.. loji pertama nuklear negara dijangkakan dibina pada tahun 2011 dan beroperasi pada tahun 2021..
adakah kita akan menerima nasib yang sama dengan iran?
Loji tenaga nuklear pertama dijangka beroperasi pada 2021
KUALA LUMPUR 4 Mei – Loji tenaga nuklear pertama dijangka memulakan operasi pada 2021, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, kementeriannya diberi kebenaran oleh Majlis Ekonomi untuk mula mengenal pasti tapak yang sesuai untuk loji berkenaan.
"Apabila tapak telah dikenal pasti, kami akan memulakan perundingan dengan mereka yang berkepentingan,” kata beliau kepada pemberita selepas satu persidangan di sini hari ini.
Fah Kui yang enggan menyatakan lokasi tapak yang mungkin dibina loji tersebut dan jumlah kuasa yang akan dikeluarkan, berkata, loji nuklear itu perlu dibina di kawasan yang mempunyai permintaan tenaga yang tinggi.
Beliau berkata, jangka hayat loji tenaga nuklear ialah antara 50 tahun dan 70 tahun.
"Pembinaan keperluan loji pertama memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Kita perlu melihat aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasi,” katanya.
Keputusan akhir mengenai sama ada loji itu akan dibina adalah tertakluk kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, kata Fah Kui dan menambah bahawa penyedia teknologi adalah dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun.– Bernama
APA ITU NUKLEAR?
DALAM WIKIPEDIA
sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindak balas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear.Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
TENAGA NUKLEAR DAN NEGARA....
tenaga nuklear ni lebih jimat dari janaan kuasa menggunakan arang batu dan petroleum yang makin meningkat harga sekarang dek kerana krisis perang yang tak berkesudahan.tenaga nuklear sebagai alternatif pembekal tenaga untuk negara kita yang semakin membangun.cuma ade beberapa perkara yang perlu diambil kira jika ingin melaksaan kan pengunaan tenaga nuklear ini,antaranya kita mungkin menghadapi tuduhan barat yang kita akan menghasilkan senjata atom dan juga jika ada kesilapan yang berlaku mungkin akan merosakan loji nuklear yang memungkinkan berlakunya letupan nuklear dan juga radiasi yang akan dialami kawasan sekitarnya dan manusia sekeliling nya.
0 comments:
Post a Comment