Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Friday, September 9, 2011

topup naik harga? postpaid?

assalamualaikum,

image

hi, pe kabar… topup naik harga? hangat cerita nie dari semalam, mana tak nye ia memang cukup membebankan kepada pengguna, lagi2x bebudak sekolah yang tak berduit..… kalau pelanggan kena tanggung 6% tax, maknanya topup RM10 jadi RM10.60, pergh RM0.60 tu boleh mesej sampai 60 sms, kalau gune SOX or UOX tu boleh mesej 120 sms… bnyak tu beb…. kalau gune xpax baru boleh bual sampai 30min… huhuhuhu… kalau topup 10x, 60x10=600, 600sen beb 10x topup… ada juga yang sokong nie… ntah ler, kalau 60sen tu disimpin setiap hari sampai 3 tahun bnyak juga… hahahaha Smile with tongue out.

ok stop pada cerita prepaid, kita cerita pada postpaid.. dari bulan 01 lagi tax dah naik dari 5% kepada 6%… senyap jerk manusia… mybe pengguna postpaid nie dari kalangan yang kaye kowt… hahahaha… ha, gambar kat bawah tu dari ocs celcom.

Untitled

p/s telco dah untung banyak beb, pe salah bagi subsidi kat pengguna… meh tgk pandangan trioseposen tentang isu topup nie… peace..

IKLAN² #VWDasAutoKL exhibition, SayaSukaMalaysia, MAXIS PROMO, HTC CHACHA

Tuesday, August 9, 2011

bonus raya kerajaan 2011

assalamualaikum,

ok aku rasa ramai dah tau tentang nie, yang mana kakitangan kerajaan akan mendapat bonus raya tahun 2011 sebanyak setengah bulan gaji dan untuk persara dapat bantuan kewangan sebanyak RM500. bonus raya yang di minta cuepacs sebanyak dua bulan gaji, kata cuepacs bonus raya dah lama tak dapat sejak tahun 2008 tapi dapat setengah bulan.. ok la kan kalau dapat setengah bulan gaji, dapat gak la membantu tuk wat persiapan raya tahun nie. mungkin ramai yang suka dengan pengumuman bonus raya nie sebab aku tengok ramai beno post tentang nie kat facebook..

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

nak bace selanjutnya di berita harian

p/s kalau dapat dua bulan gaji lagi masyuk.. hehehe tapi bersyukar la dapat bonus raya dari tak dapat langsung kan…

IKLAN²

contact lens, RM40/month with umobile broadband and enjoy the highspeed data, RM10k from nescafe, samsung galaxy s2,

Tuesday, March 22, 2011

semak keputusan spm 2010 menggunakan sms

assalamualaikum,

ketahui la sahabatku yang keputusan spm sekarang boleh di semak melalui sms, canggih dah sekarang. aku tak tahu la taun lepas boleh cek guna sms ke tak tp aku tahu hari nie dan aku nak kongsi ngan korang.

cara semak,
SPM SEMAK [no. kp] [no. agka giliran] sms ke 15888

perkhidmatan ini boleh digunakan bermula jam 1000H 23 mac 2011 sehingga jam 0000H 30 mac 2011.

ketahui lebih lanjut di sini

Monday, March 21, 2011

customer service celcom terbaik

assalamualaikum..



ingat lagi tak post aku tentang aku bengang dengan celcom? semalam petang (20/3/11) aku g blue cube kat the mines then wat aduan cam saranan si tokei dalam komen nyer.

malas nak panjang-panjang, nak wat esemen.. dipendekan cite.. aku wat aduan dan akak yang jaga kaunter pertanyaan kat situ kata ari berkerja baru dia approvekan aku punye aduan dan feedback dari celcom mungkin ambil masa dalam 7 hari.. tapi segala aduan aku telah settle dalam beberapa jam sahaja tadi.. aku pun tak tahu macam mana leh terjadi camtu.. tapi yang penting aku da leh on balik no celcom aku, teng celcom walaupun ko telah membuat aku bengang seketika.. cheers....


peace..

Friday, March 18, 2011

nuffnang beri aku lagi

assalamualaikum..

apa la aku merepek pagi² yang penuh dengan rezeki nie erk?


sebenarnya tadi baru aku perasan yang nuffnang nie bagi aku buffered earning kat blog aku lagi, ads dari digi iphone 4 kat leaderboard, aku rase ini yang ke-5 sejak aku join nuffnang nie. ok la kan untuk blogger picisan cam aku ni. dapat pun setelah aku update survey cam nak interview SPA jerk.. hahaha.. berbaloi.. syukur pagi-pagi jumaat dapat rezeki. peace.

kalau trik tuk dapatkan buffering earning tu, aku tak tahu.. aku pun still baru lagi. peace.

mengarut pula aku pepagi nie, kacau jerk korang yang membaca post aku nie.

tarikh pengumuman keputusan spm 2010

assalamualaikum,



keputusan peperiksaan spm 2010 akan diumumkan pada tarikh 23 mac 2011 (rabu), kepada mereka berkenaan bersedia la ya. semoga pelajar spm 2010 mendapat keputusan yang cemerlang, terutama kepada si dia.

apa pun gud luck, peace.

source...

ar-rifke
nst.com.my
donnyien.com

Tuesday, March 15, 2011

jepun dan hoax tentang radiasi

assalamualaikum...


sekarang tengah kecoh hoax tentang radiasi nuklear nak sampai ke malaysia, antara amaran adalah tentang hujan asid dan keluar rumah semasa hujan. sejauh mana kebenaran ia? ade yang kata itu semua palsu dan mustahil radiasi itu sampai sejauh ini, tapi ada baik kita berjaga² dari sesal di kemudian hari kan? tak salah pun. bukan kita ketahui pun apa bakal terjadi esok, ye tak?



dan berita harian ade melaporkan bahawa kadar radiasi di tokyo menurun, sila rujuk di sini

tapi ada laporan tentang radiasi terlepas ke atmosfera, rujuk di sini

serta gesaan terhadap kerjaan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk menjelaskan kesan letupan loji nuklear di Jepun. rujuk di sini


p/s berjaga-jaga itu perlu.... mesej di fb "A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. This applies to all Asian countries. Please pass, stay safe and remind everyone you know.."

facebook, tutup?



assalamualaikum,


apa khabar? ☺


erm.. ingat tak tentang berita tentang facebook nak tutup. bukan ke hari ini tarikh penutupan facebook? kalau korang ingat lah, aku pernah wat satu entri tentang facebook tutup

kontroversi jerk semua 2, tapi bukan penting pun bagi aku, cuma kehilangan satu tempat nak promote link blog aku jerk lah. 

ada baik nya juga facebook ni tutup, tak bertambah² maksiat mata aku. 

so buat masa ni, tak de pun penutupan website facebook. 

siapa yang kaki facebook tu boleh la menarik nafas lega. hahahaha... peace ☻


p/s kekadang facebook ini berguna juga dalam kehidupan sosial kita. (kepada jenis yang suka menaip berbanding berkata-kata) so ape komen korang?

Monday, March 14, 2011

wah macam best jerk jadi pegawai bomba nie...

assalamualaikum..

hemm lame aku dah tak update blog nie,

tadi mase aku dok melayan twitter, ade satu berita tentang pengambilan pegawai bomba di metro harian yang menarik perhatian aku. ya pegawai bomba, satu pekerjaan yang mulia tu, boleh selamatkan orang beb. kalau nak dibandingkan bomba, polis dan tentera, pekerjaan bomba ini mungkin tidak la menyinar sangat tapi tanpa bomba , sapa lak yang nak tolong tangkap ular, padam api, selamatkan mangsa kemalangan dan lain-lain.. kerja mereka ini tidak kurang cabarannya. lagipun bomba-bomba ini mendapatkan rezeki yang halal. lagi satu bomba ini tidak fikirkan nyawa mereka, mereka lebih pentingkan orang lain dari diri mereka walaupun berbeza ras, etnik, bangsa, budaya, bahasa, dan agama.. yang penting bagi mereka, dapat menyelamatkan nyawa orang lain. bukan suatu yang mudah dalam perkhidmatan bomba ini, mereka melaksanakan tugas yang cukup mencabar. setuju tak warga bomba sekalian?


petikan dari metro anda boleh pergi ke link Lebih 1,000 calon layak temuduga pegawai bomba.



Thursday, March 10, 2011

10 mac 2011: nice ohmediafm da wujud

assalamualaikum,



ok hari ini dah tepat 10 mac 2011, seperti dijanjikan ohmediafm akan dilancarkan secara rasmi pada jam 2100H nanti. semasa aku menulis entri ini aku sedang mendengar ohmediafm pada jam 0200H waktu tempatan, akan tetapi website belum sempurna sepenuhnya. hehehe cam pembaca berita la pulak. sebenarnya entri ini cuma ingin mengucapkan TAHNIAH pada warga ohmedia kerna membuat sebuah lagi perubahan. teruskan usaha anda untuk produktiviti. dan tingkatkan isi yang bagus untuk santapan pemikiran, terutama pada anak² muda pewaris generasi bangsa, kerana pada pandangan aku pengaruh internet sekarang lebih besar berbanding TV dan radio. "keep it up men, you do a good job"

fanpage ohmediafm pergi ke sini
official website ohmediafm di sini

Monday, March 7, 2011

pameran tentera darat

assalamualaikum..

ok nie nak update tentang pameran tentera darat..

korang dah baca lum kat OhTidak tentang statement di facebook tentang pameran ini?
kalau belum bace korang boleh lah pergi ke link OhTidak ini.

sebenarnya aku bukan nak update pasal statement tu, aku nak share kat korang sikit gambar-gambar yang di ambil semasa pameran tersebut.

pameran ini adalah sempena ulang tahun tentera darat yang ke-78, dalam pameran ini banyak aset-aset tentera darat yang dipertontonkan kepada orang awam di malaysia, ini membuktikan yang ATM bukan membazirkan duit rakyat. jika sistem pertahanan ini tiada dan kita diserang oleh kuasa luar, dengan mudah mereka mengalahkan tentera kita.

dalam pameran ini juga banyak peluang kerjaya yang ada dalam ATM dipertontokan kepada umum. ada juga akademi pengajian yang di bawah ATM, sebagai contoh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

beberapa gambar yang ditangkap oleh waleygraphy


Wednesday, March 2, 2011

diskaun saman trafik dilanjut

tadi masa cek timeline twitter aku terjumpa berita menarik. yang menyatakan saman trafik akan dilanjutkan sehingga 10 mac 2011. ok kepada sesiapa yang belum bayar tu, bayar la cepat ya sementara ada potongan lagi, boleh jimat.. ye tak?

sapa nak cek atau periksa saman online boleh pergi ke rilek dot com, kat situ nak cek bankrup pun boleh...

petikan dari berita harian online..



Tempoh diskaun bayaran kompaun trafik dilanjut 10 Mac 

2011/03/02

PUTRAJAYA: Tempoh pemberian diskaun bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini. 

Perkara ini diumumkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebentar tadi.


Monday, February 14, 2011

nak buat duit dengan klik iklan orang?

buat duit online,1malysia pay-per-click


nuffnang mungkin bagi korang semua duit bila iklan mereka di klik... tapi korang nak tak kalau korang klik iklan orang lain korang yang dapat duit..
pernah dengar tentang malaysia pay per click?

kalau jadi member korang boleh dpat :-


  • Pendapatan Paid To Click
  • Pendapatan Paid To Join
  • Pendapatan Paid To Read
  • Pendapatan Paid To Promote
  • Pendapatan Sehingga 150% Klik Referral
  • Pendapatan Sehingga RM0.20
  • Extra Tunai! Ahli Sign in Dan Surf Iklan
  • Minimum Withdraw RM10 - Maybank Dan Cimb
  • 100% Percuma, Tiada Caj Keahlian

kalau jadi pengiklan lak :-

  • Harga Rendah Dan Berkesan
  • 10 Jenis Pilihan Iklan
  • Kawalan 100% Ke Atas Iklan
  • Tawaran Istimewa Pakej Iklan
  • Statistik Sebenar Iklan
  • Pengesanan Status Lawatan Iklan
  • Lawatan Harian Unik Pelawat
  • Anti-Penipu Klik Iklan
  • Memberbase Berkualiti

aku baru join tadi dan dah dapat macam gambar kat bawah nie :-


















ok lah kan?tekan jerk pun... tapi kena ade iklan yang hendak diview lah kan...

setakat entri ini dicipta dah ade dalam 7k pengguna kat sini...
selain korang boleh duit korang gak boleh iklankan blog,blogshop,website dll.

kalau nak join korang boleh klik banner kat bawah nie

atau klik kat link nie :-

http://www.payperclick.com.my/index.php?ref=mamat91


aku masih dalam percubaan dengan benda ini.. dan kalau korang nak tahu lebih lanjut cara sistem dia berfungsi.. korang boleh lawat kat http://payperclick.com.my/blog/jana-pendapatan/pendapatan-ptc/ ...
nati kalau aku da fham sikit,boleh lah wat tutorial,kan2

Sunday, February 13, 2011

zaman sudah berubah,tren hidup pun sudah lain

telefon awam semakin dilupakan


saje jerk nak wat entri nie.. coz kebelakangan ini aku tgk da x ramai gune telefon awam.. da macam terbiar jek..
itu aku tgk ler... kat dalam kawasan yang aku tinggal ni pun da tak nampak kehadiran telefon awam.dan aku rase dah tak ramai orang pakai telefon rumah gak kowt(aku x pasti,tp rumah aku,rumah mak aku,rumah akak aku,rumah abg aku dan rumah sedara mara aku dah tak nampak kehadiran telefon rumah).

kalau dulu masa aku sekolah,telefon awam tu macam satu keperluan lah pada mereka² yang bercinta monyet nie.aku ingat lagi masa aku form 3,nak ngurat awek mintak no. phone,dia bagi no phone rumah(masa 2 mane ramai yang pakai hanset,dalam taun 2005 kowt,ade phone polyphonic pun da kecoh).. nak tepon pun takut²,segan kalu family dia yang angkat.. telefon guna public phone,nak gune tepon rumah tp tak de dan takut bill melambung pastu kena perambat satu kampung... pernah terjadi kat aku masa nak telefon rumah guna telefon awam.. jenuh menunggu sorang mamat nie bergayut kat situ... at least bagi jap r aku.. bukan lame pun,masuk syiling 20 sen jerk. tapi sekarang?aku rase dah tak de lagi kowt,sebab da x nmpak.. pernah aku nak telefon awek.. siap bawak uncang syiling 2.. ble ade orang jerk aku stop jap,pastu sambung balik.. dem... yang x leh blah ada lak mamat vandelism nie conteng "MENABUNGLAH DI SINI UNTUK MASA DEPAN".demmmm...  nak tepon orang kene menabung dulu duit syiling.. pergi beli gula² seposen bayo seringgit.



ade pulak awek yang aku ngurat tak de phone rumah dan handfon.. mak ai, cane den nak dptkan neh... so mase kat skola jerk lah main² mata,pastu beranikan diri g rumah dia... pergh x tau macam mane boleh jadi gentleman mase tu.. kne cabar ngan member aku kowt... ngurat awek dpan rumah beb.. hahaha... last² awek 2 kekal ngan aku sampai sekarang der...

mungkin puncanya kerana kehadiran telefon bimbit yang canggih-canggih macam gambar neh

iphone vs blackberry
sekarang nie aku tengok budak kecik pun dah ade phone,pergh mahal² lak 2... yang gram nyer ade plak 2,3 buah. mak ai kaye bebeno budak kecik neh.. adek² aku pun da ade phone sendiri. dulu nak beli kena la mengumpul duet belanje skola... sikit² lame² jadi bukit pastu kerja sikit... baru lah dpt handfon itam putih.. 3310 lak tuh... pergh.. jenuh²,budak² sekrang paling cikai pun pakai enset lampu picit.. pandai lak mereka ber s-m-s neh.patut r orang tnggalkan telefon awam.mat bangla jerk kadang aku tengok ade dok kat telefon awam neh... tukar tren la plak kan.

aku rase lagi satu sebab dengan adenye rangkaian sosial kowt macam kat gambar bawah ni.




facebook nie meletop dalam taun 2009 kowt.. sebab dulu orang main frendster ngan myspace jerk,ada gak main tagged nie.social network yang first yang aku tau classmate.com nak cari kawan lama.dalam taun 2004 aku main friendster nie pun kat cc,mase 2 chat kat mirc,kampung.net and etc.pastu main myspace.. bangge r kalau dpt komen bnyak.. edit profile,main html.. tp x bes nyer myspace komen ngan mesej dia lambat nak masuk.. sama la macam frenster, pastu main pulak tagged.. banyak awek cun n mengarut,ade plak gay dan lesbian,ada gak minah yang tawar khidmat seks(murah gle).. aku suka main tagged nie pun sebab msj dia cpat sampai...
buka akaun facebook.. tp x fham.. leave.. then 2009 bru tgk member lama aku ramai dah ada facebook.mungkin kehadiran 3G broadband kowt yang menjadi sebab.. dan rakaian celcom meluas.. sampai kampung aku pun ade coverage.now fb aku dak² skola rendah pun ade nak request fren.. adusss... gram aku.. budak² g blajo r.. kalu x nyesal cam aku.. (???),bkan senang nak apply kerja dengan lulusan spm jerk.. ops... alamak da lari tajuk dah nie..

ok lah last word,ape yang aku lihat pengunaan telefon awam ini dah tak meluas sejak pengunaan telefon bimbit yang meningkat dan juga peningkatan pengunaan internet.

sekian,terima kasih

just personal opinion and view... tak tahu tmpat korang cane lak kn...

Friday, February 11, 2011

islam hanya pada nama

gadis melayu minum arak?


cuba perhatikan gambar ini.. dengan selamber jerk dia beli arak.. dah lah pakai baju sekolah... sudah hilang ker maruah? ape pula hukum si penjual arak itu.. tapi kesahihan nya tidak pula aku ketahui.. tengok dan nilai... mungkin ada yang kata boleh diedit guna photoshop.. tapi bagi aku payah untuk mengeditnya.. jadikan pengajaran

sumber amazing gila
dan credit to gempak.org

sory aku copy paste... aku nak share untuk pengajaran semua.. mungkin ada orang yang lain dah share rasenye x slah aku nak share lg kan?

berita harian : Malaysia perlu ramai penggodam beretika

malaysia,pengodam dan etika


Ethical hacker ||| konsep yang aku faham --> kalau kita nak melawan para pengodam ini.. kita perlu menjadi pengodam juga.kita tahu selok-belok untuk melawan mereka.pengodam yang beretika perlu untuk menyelamatkan negara dari diserang oleh musuh² negara melalui alam siber.serta untuk menjaga dari kebocoran maklumat samaada individu atau negara.sekarang banyak jenayah siber yang meningkat.dari kecurian wang kerana kebocoran maklumat di bank.kerja siapa?x kan kerja cleaner tingkap KLCC kowt.selain itu banyak juga kes² lain yang lain.(nak tahu lebih lanjut.. tnye jerk google..)



korang tahu pasal CEH atau Certification for Ethical Hackers tak?ini adalah kelayakan dan juga sijil bagi mereka yang bergelar pengodam yang beretika.tapi kita pun tidak tahu,etika² pun mesti ada cacat cela,sebab kita ini manusia.. tak lari dari nafsu dan kata hati.

ok lah,banyak cakap banyak bohong.. hehehe malas nak ulas bebanyak

jom kita try satu website yang mengajar mengodam hack this site


dan juga UPNM atau Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ada menawarkan program sains komputer sistem keselamatam komputer.Uni lain aku x tahu..
nak tahu lebih lanjut pergi program yang ditawarkan di UPNM


petikan dari berita harian online :-




Malaysia perlu ramai penggodam beretika


2011/02/10

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber. 


Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, berkata sebagai pengguna komputer, mereka mesti mempelajari teknik pencerobohan bagi mengetahui langkah pencegahan dan perlindungan terbaik.
“Penggodam beretika yang mahir mampu menyelaras dan melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada sistem rangkaian komputer, termasuk internet dan aplikasi komputer di samping mengenal pasti sekiranya terdapat kecelusan.
“Kepakaran penggodam beretika penting sebagai kawalan keselamatan sistem maklumat sesebuah institusi bagi memberi nasihat dan memperbetulkan kelemahan yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media pelancaran program KLGreenHAT 2011, di sini, semalam. 

Program dua hari itu dipenuhi pelbagai pengisian antaranya pertandingan GreenHat Challenge 2011, ceramah keselamatan siber, pertandingan CyberSafe Self Defence Challenge Cup 2011 serta pameran dan jualan. 

Pengarah program Ahmad Amran Ahmad, berkata GreenHat Challenge adalah pertandingan sekuriti komputer untuk penggodam berhemah. Usaha itu bertujuan melahir dan mencungkil bakat baru dalam keselamatan siber. 

CyberSafe Self Defence Challenge Cup pula katanya, menguji tahap kesedaran peserta terhadap keselamatan siber. 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lef Kol Husin Jazri, berkata sebagai agensi dipertanggungjawabkan memantau keselamatan siber negara, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan sambutan ‘Safer Internet Day’. 

Beliau berkata, program bersama Kelab Keselamatan Komputer MIIT UniKL itu jelas bagi menyampaikan mesej kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat. 

Tuesday, February 1, 2011

banjir di 5 negeri ragut 3 nyawa


3 orang mati kerana banjir di lima negeri,johor,negeri sembilan,pahang,melaka dan sabah.



54,637 mangsa sari 12,314 keluarga dipindahkan ke 368 pusat pemindahan.

2 orang mati di Johor kerana lemas selepas kereta yang mereka naiki dihanyut arus.

Sunday, January 9, 2011

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2011


lambat sikit post jadual ni.. tp aku nak post gak.. taun nie gaji masuk macam biasa x da yang awal cam taun² lpas... ok gak leh save skit.. kang masuk awal.. gne pun awal.. pastu ble da abes mule lah kemamo nak cari duet..

kje malas banyak komplen nak gaji awal lak.. hahaha :-P...

Thursday, December 23, 2010

RESULT PMR (bukan aku pnye result)

first aku nak ucap tahniah kat adik aku... bleh tahan gak r dy dpt dlam pmr..

congratz sis.. seb bek aku x janji ape2 lau x kopak opah der


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...