assalamualaikum,
terlebih dulu aku nak cakap yang aku nie bukan seorang ustaz atau arif tentang agama, jika ada kesilapan mohon la perbetulkan.
cube kita lihat terjemahan surah annur ayat 26
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”
ok, sejahat-jahat seorang lelaki itu pun, dia tetap meniginkan seorang wanita yang baik untuk dijadikan teman hidupnya. siapa yang tak mahu pasangan dia itu seorang yang elok serba serbinya, terutamanya akidah dan akhlaknya. tapi sebelum tu kita kena lihat diri kita, adakah kita cukup layak untuk mendapat yang baik tersebut?
kenapa ya aku nak cerita pasal ni malam ni? sebab rakan ku memberi sepotong ayat untuk aku renungkan…..
“Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI”
–azie ziema-
renung-renungkan lah…..
p/s so kalau nak isteri atau suami yang baik tu, kita harus perbaiki diri, supaya kita dapat apa yang di katakan baik itu… cermin diri.. hehe.. wallahualam…
4 comments:
kalau lelaki yang jahat tapi dah bertaubat ?
stuju! ^_^
em.. ezza, keikhlasan taubat hanya Allah yg tahu. jika dia bnar2 btaubat kpd ALLAH, maka ALLAH pasti ampunkn.
dan siapa pula yg bkl jd tman hdupnya? jwpnnya.. ALLAH tahu yg trbaik bt hmbanya.. yg pnting usaha utk jd soleh n solehah.. peace!! hehe
kenapa didamba teman secantik balqis andai diri tak sehebat sulaiman,
dengar tuh beruang..hahah
wah..entri best ni..kalau pmpuan dan lelaki yg dulunya jahat dan sdh bertaubat pasti akan menemui pasangan yg baik jg..
Post a Comment