Wednesday, May 18, 2011

Home » » cerita : epal

cerita : epal

 

nama aku akim, tapi orang suka panggil aku abu. aku pun tak tahu ape motif mereka memanggil aku dengan nama tu. mungkin aku nie seperti abu kowt, bila ditiup aku akan terbang jauh. abu? aku nie seorang manusia yang tak pandai dalam hal percintaan, tapi biasa la dalam kehidupan remaja ni kan. masih panas la orang kata, walaupun cuma sekadar cinta monyet tapi ia sebuah percintaan bukan?

aku ade seorang kawan amin namenye, tapi orang panggil dia ali. aku betul-betul tak faham la apa masalah manusia sekeliling aku nie. “ah, itu bukan jadi masalahpun” fikirku.

“ali, aku ade minat seorang budak la.”

“ah, kau? semua orang kau minat.”

“ala ali, kali nie aku minat betul la.”

“abu kalau minat jerk tak bawak kemana, setakat bagitau aku jerk watpe? nak suruh aku bagitau dia?”

“ekh… tak payah la ali, segan la aku.”

“then? segan? ha, mimpi je la dpatnyer. ok.. spe lak kali nie?”

“ermm….. budak emysha tu, budak form 3 tu.”

“ko bia betul? dia tu ramai orang usha la abu.”

“setakat muke ko yang berdebu-debu nie tak kan dia nak punye.”

“ala ali kau bukan nak bagi moral support”

“aku tak bg moral support? da banyak kali la doe… ko jer x perasan, tapi yang masalah sekarang nie kau jerk. simpan dalam hati pastu makan hati sendiri. padan la ngan muka kau.”

“ali kau kan pakar dalam bab-bab perempuan nie. ajar la aku.”

“banyak la kau punye pakar, aku memang pakar pun pakar dalam kena tolak dek gadis-gadis yang rase diri mereka cun.”

“habis camner?”

“ha, ko gi kat library tu ko pinjam novel-novel cinta yang menimbun kat situ.”

“aku tak reti nak pinjam buku kat library la, library pun aku jarang masuk”

“adoai… nak aku jugak guide… malas la aku lyan kau”

“ali………….”

“kau tak payah nak wat hindustan depan aku, penyepak aku kang kau dapat.”

sepanjang perjalanan pulang dari sekolah ke rumah aku, aku asik terfikirkan nama emysha jerk. sebenarnya emysha nie aku terjumpa pertama kali dalam bas, semasa dalam perjalana balik dari bandar. aku nie jenis segan-segan, aku tahu nama dia pun dari member yang duk sebelah aku.

hati aku pun membisu sampai la terserempak dengan dekat kaki lima sebelah makmal kimia yang lama. aku pun beranikan diri tuk senyum kat dia, tak sangka dia membalas kembali. dari situ la bermulanya perasaan suka aku padanya, tapi aku segan, aku tak reti nak berbicara dengan perempuan dan akhirnya aku makan hati aku sendiri kerana keyakinan diri aku yang hampeh.

aku pun meneruskan hari-hari kosong aku seperti biasa sehingga la ali….

“abu, abu, sini kejap.”

“kenapa ali malas la aku.”

“sini la kejap, ko nak tak emysha tu?”

aku pun bergegas pergi ke tempat ali, dan marah pada nya.

“woi pelahan la sikit pasal emysha tu, kan semua orang da pandang kat aku jerk”

semua orang pandang kat aku. ada juga pandangan sinis aku lihat diwajah rakan sekelasku.

“ko tgk abu, suara ko lagi kuat dari aku. weh sahabat x de pape, cuma sandiwara aku jerk”

“ha.. apahal kau panggil aku nie?”

“ko tgk kat papan kenyataan nie”

“ade ape?”

“tak kan nak suruh aku baca kowt?”

“emmm…. sempena hari persahabatan sedunia, pengawas sekolah menganjurkan pemberian epal kepada sahabat anda.”

“ali, ape kena-mengena dengan epal dan emysha?”

“abu-abu… ptot la diorang panggil kau abu. common sense la sikit.”

“ha.. pe dia? bagitau la aku.”

“kau minat kan si emysha tu?”

“minat-minat.”

“ok, ape kate ko bagi dia buah-buah epal nie?”

“ermm tak mau la aku, segan la aku.”

“hai, kau kate kau minat. kalau x de usaha macam mane kau nak dapat dia? ko cakap ngan aku.”

“biar tuhan sahaja menunjukan pada dia.”

“memang la, tapi kau kena usaha sikit.”

“erm… boleh menjadi ker?”

“cuba la dulu, nie jerk cara yang boleh memulakan segala cerita kau dan dia.”

“wah kau bercakap, kau tu da ade awek?”

“alamak kau, itu hari bukan main mintak tolong aku. penat aku dengar ko dok sebut emysha jerk. tiap-tiap hari lak tu.”

“ok-ok.”

“aku bagi kau cara jerk.”

masa rehat tu pun aku lepak kelas, aku pun bukan biasa makan kat kantin semasa rehat. aku makan lepas rehat da abis, biasa la nakal sikit kan. aku lepak kelas sebab nak jumpe pengawas sekolah, sebab diorang jaga blok mase masa rehat. yela banyak kan kes curi.

nasib aku memang baik, sebab pengawas yang jaga blok aku ari tu dia antara terlibat dalam program epal tu. aku pun branikan diri dan menebalkan muka memanggil dia. da la dia pun perempuan budak kelas aku, demi emysha.

“wani, wani.. sini jap.”

“weh ape kau buat kat sini? kan mase rehat nie?”

“akh tu tak penting, aku nak tanye pasal epal tu.”

“ha kenapa ngan epal? ko nak wat tempahan ker?”

“erm.. cane nak tempah? dan cane korang buat?”

“cane kitaorang buat tu rahsia la kan, tapi harga ikut epal. ade dua gred epal, gred A dan gred B. gred A mahal la sikit. pastu boleh bagi ucapan kalu nk, kitaorang bagi sekali kad ucapan.”

“aku nak tempah.”

“ok, brape?”

“aku nak epal gred A 20 biji.”

“wow, banyak nyer… nak bagi sapa? jap err aku kuar kan kertas nak catit”

“ok…”

“aku nak bagi emysha dak form 3 uw.”

“okh yang kecoh pagi tadi uw kan, ko ngan ali.”

“shhh.. salin jerk la.”

“haha.. series la nie ea, dia tu ramai peminat. ok ko nak letak ucapan ape?”

“ala jangan la downkan mental aku, huhuhu.. tulis, salam perkenalan, tq kerana seyuman mu itu.. ermm name boleh tulis nama lain tak?”

“boleh, ko nak guna nama apa?”

“ko letak nama di belakang makmal kimia lama aku tersenyum.”

“panjangnyer nama. dah la tak sedap.”

“biar la, tak boleh ker?”

“boleh-boleh?”

“make it secret ok?”

“ok, no hal. yang penting bayar.”

hari pemberian epal telah berlalu, apa yang aku dapat cuma la reaksi senyuman dari dia sahaja. dan hari-hari aku menjadi lambat. akh, watpe aku mengelamun nie. lebih baik aku fokus kat papan hijau kat depan tu. cikgu pun lawa juga apa.

sampai la satu hari tu aku lepak kat tangga kat bawah blok aku, ade dak form 3 datang kat aku dan kasi memo kat aku.

“saya nak jumpa awak esok masa rehat kat library –emysha-.”

“ali mane ali?”

“dia ade kat atas tu”

aku pun mencari ali.

“ali, dia nak jumpe aku esok.”

“siapa?”

“emysha la.”

“ekh ape mimpi dia nak jmpe kau. muka kau da hilang debu ker?”

“akh kau, nie semua kerana epal la. kerana manisnya epal yang aku bagi kowt?”

“ekh ko ikut gak cadangan epal aku kan.”

“haha, tq ali. esok teman aku.”

“nak gak berteman. ok”

hari tu menjadi hari gembira bagi aku, senyum jerk walaupun hari tu panas gile mase jalan kaki balik rumah. orang pandang aku pun pelik semacam jerk. pedulik apa aku? yang penting hepi.

malam tu, agak susah aku nak tido. fikirkan apa nak cakap ngan emysha esok. siap wat teks dialog kowt malam tu. mesej ali tanye ape nak cakap.

keesokannya, mase rehat aku ngan ali pun pergi la ke library nak berjumpa emysha.

“hi awak. boleh duduk sini?”

saje jerk nak mulakan perbualan, macam dialog karangan aku malam tadi.

“duduk la.”

“erm.. awak nak jumpe saya ea. kenapa ea.”

“saya nak ucap terima kasih dengan pemberian epal awk tu. saya terharu sangat. semasa saya bungkus epal tu saya tak tahu epal tu untuk saya. kawan-kawan lain pun buat senyap jerk. lagipun kat ucapan tu tak de kate ape-ape yang wat saya syak. dan lepas saya dapat epal tu saya terkejut, rupanya epal nie untuk saya. penat saya cari siapa pemberinya dan akhirnya mereka beritahu awak la orang nya. dan sebab itu saya cari awk.”

“ea ke awak? saya terharu mendengarnye.”

“saya nak bagitahu awak sesuatu nie. biar la saya berterus terang ea?”

pergh bedebar hati aku.

“ea silakan awk.”

dia tak bercakap, tapi dia memberi aku sepucuk surat dan dia berlalu pergi. aku tak sempat kata apa2.

“saya sebenarnya tak suka orang macam awk, sebab saya tak suka tengok muke awak. mungkin orang lain suka tapi tidak saya. lagi pun awak nie loser. ntah la awak. saya tak suka la ngan awak, even seorang kawan pun. so jangan la mengharap apa-apa ngan saya walaupun kawan sekalipun. sory sangat saya berterus terang, tapi itu lebih baik kan dari awak terus memendam rasa. awak minat saya kan? saya tahu nie pun dari orang, kalau awak minat saya awak lupakan ea. cari je la orang lain. awak tu tak sebagus mane… dan saya pun tak suka tengok awak. terima kasih tentang epal tu. saya harap awak halalkan nya. –emysha- ”

pergh ilang dialog malam tadi aku karang, ali pun mengelengkan kepala dia. dia bagi aku kate semangat. aku pun buat cool la, tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.

“kan dulu aku da cakap ali.”

“ape yang kau cakap?”

“akh lupekan la ali.”

“woi ko ok tak nie?”

“erm….”

aku pun membuat konklusi yang si emysha masih budak lagi, da tak berfikiran matang. tapi buruk sangat ke muka aku sampai dia menyampah nak tengok. erm.. aku take positif jerk. tapi ade gak rase air mata nie nak keluar, cuma ku tahan sahaja.

walaupun luka tu da sembuh tapi parutnya tetap ada. aku masih tak mampu hendak menegur seorang perempuan walaupun ramai dah memuji aku semakin hensem dan bergaya. perempuan pun cuba merapatkan diri dengan diri aku. mungkin sebab kerjaya ku kowt. entah lah.

hariku terus berlalu sunyi, ali sahaja la menjadi peneman. nasib baik la dia tu jenis pendengar yang setia. haha, kesian dia. dan cerita tentang epal belum tamat.

epal, aku tengok luarnya molek elok dan rasa nya cukup manis, tapi bila digigit berulat dalam nya. manis yang mula ku rasa tadi bertukar rasa yang cukup pahit untuk ditelan. nak diluah tetap terasa jua.

p/s takde kena mengena antara hidup atau mati, nie cubaan pertaman aku dalam bidang karangan. kalau ade kelemahan sila lah tegur ea.

20 comments:

shedameor said... BALAS

menarik. ade sambungan tak ?

namaku rahmat said... BALAS

@shedameor he2... ade tapi tak tahu nak publish o tk hahaha

Khairul Eqeh Razak said... BALAS

thumbs up!! cite ko best dohh. adalah maha kejam kalau aku jd mamat yg kene rejek tu..bhahaha

namaku rahmat said... BALAS

@Khairul Eqeh Razak hahaha... rekaan semata-mata... ala cerpen ko pun ok2 gak

LemonSusu Skyjuice said... BALAS

nice!~~

hitammanis said... BALAS

boleh wat buku ni.....

=.= Cik Nami =.= said... BALAS

best laa ,, terer gak awk nie

namaku rahmat said... BALAS

@=.= Cik Nami =.= tq sudi bace

namaku rahmat said... BALAS

@hitammanis masih amatur la awak

namaku rahmat said... BALAS

@LemonSusu Skyjuice tq ea

shafiq said... BALAS

Terbaik..
nanti karang Novel..hihi

kotak bulat said... BALAS

kerana manisnya epal.. :)


recent post : Apa makna follower yang nak dekat seribu tu?
ALAMAK, TERSALAH TIKAM PULAK!

APAN said... BALAS

ni antara entri yg paling pnjg penah aku baca...

ceh...ingat betol2 dah tadi...disebabkan aku baca smpai hbis, kira menarik la entri ko ni...
bagus2...
haha...

namaku rahmat said... BALAS

@APAN
tq bro, beginner lagi

namaku rahmat said... BALAS

@shafiq x mampu lagi la nak wat novel

APAN said... BALAS

aku pun beginner gak...huhu...

fyy mokhtar said... BALAS

wah. dah kembali?? hehehe

namaku rahmat said... BALAS

@fyy mokhtar rindu ker? hahaha

Muhammad Ferdaus Zulkifli said... BALAS

wey...cerita nak pilih dua perempuan takdak ka..haha
curious nak taw doe:)

namaku rahmat said... BALAS

@Muhammad Ferdaus Zulkifli cerita dua perempuan dalam pembikinan hahaha, perlukan real life situation

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...