Sunday, January 23, 2011

Home » » upnm universiti bermajoriti lelaki

upnm universiti bermajoriti lelaki

ASSALAMUALAIKUM


yeah kali ni aku nak membuat review tentang upnm a.k.a ndum.

tau apa itu upnm?
bukan universiti putra ye.
upnm tu universiti pertahanan nasional malaysia.
kadang² ada manusia yang keliru antara upnm dan upm.
bunyi dekat² je kan?

aku buat entri kali ni rentetan dari laporan akhbar yang mengatakan penurunan pelajar lelaki di universiti dan semasa ini ramai pelajar lepasan spm mengisi borang upu.mungkin ada sedikit tips yang boleh digunakan.

aku rasa satu² universiti yang tiada kadar penurunan pelajar lelaki adalah di upnm.
ya,ini adalah fakta.
x kan lah sebuah universiti pertahanan yang bakal melahirkan pejuang negara di penuhi wanita pulak kan?

ok,upnm nie adalah sebuah universiti yang bakal mengeluarkan pegawai di dalam angkatan tentera malaysia,disamping itu universiti ini mempunyai pelajar awam yang menjadi kadet palapes.
pelajar awam akan diserapkan sebagai askar wataniah.
jika mereka menjalani latihan,mereka akan dibayar elaun.

bagi pegawai kadet pula,
mereka akan dibayar gaji pada tiap² bulan untuk menampung perbelanjaan dan pengajian mereka disini.
keistimewaan pula,mereka juga dapat bonus apabila kerajaan mengisytiharkan pada tersebut akan diberi bonus.
selain itu,mereka akan diberi pakaian,tempat tinggal,makanan dan latihan ketenteraan secara percuma.

cara hidup?
tentang cara hidup disini,mungkin berbeza sedikit dari pelajar ipta lain.
yang penting,untuk teruskan hidup disini kita kena ada ketahanan mental dan fizikal yang kuat.
di sini hidup berjadual dan berdisiplin yang membuatkan universiti ini unik dari yang lain.

pengajian yang ditawarkan,
pengurusan pertahanan,sains komputer,teknologi maritim,medikal dan mungkin akan diwujudkan aeroangkasa.lebih lanjut klik di upnm

cara nak memohon?
boleh apply melalui upu.
mesti diletakkan pada pilihan pertama.
tengok pada kelayakan kursus yang ingin di ambil sesuai dengan keputusan spm.
selepas permohonan diterima,akan diadakan temuduga untuk memilih mereka yang layak untuk menjadi seorang pegawai kadet.

ulasan aku,
ok pe,mana ade ipta nak kasi kita gaji tiap² bulan?
bukan senang hendak memohon biasiswa.
lagipun kuota lelaki di sini besar.
cuma otak kene tune kepada askar sikit lah,baru leh hidup lau x... hemmm..
hehehe... common sense la kan hehehehe...
cakap banyak,banyak bohong..
sekian terima kasih..
assalamualaikum........

5 comments:

Sayang Amirah said... BALAS

setuju2. upnm yg xkan ada penurunan pelajar lelaki. hhee

mohamad rahmat said... BALAS

hahaha pelik r kalau upnm ade kadar penurunan kaum lelaki tulen

Anonymous said... BALAS

gagah dan setia

cik lebah said... BALAS

suka tengok kadet UPNM

Anonymous said... BALAS

cik tenggiling :auwww..kacak ke kadet UPNM :)hewhew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...