Monday, February 28, 2011

Home » , , » lelaki dan merah jambu

lelaki dan merah jambu

assalamualaikum,

ok nak kupas tentang warna lak kali ni,

merah jambu
ape kena mengena ngan gambar neh?

pink atau merah jambu selalunya melambangkan kelembutan, ya dulu aku memang geli tengok apabila seorang lelaki memakai baju merah jambu atau apa-apa benda yang berorientasikan warna merah jambu. pada aku mereka ni tergolong dalam golongan manusia lembut, pondan, homoseksual, nyah dan yang paling penting mereka nie mesti jambu kan. itu pemikiran lapuk aku dulu, warna merah jambu je terus kata dia jambu.

oh lelaki


pandangan aku pada warna in telah berubah sama sekali. jika diteliti bagaimana warna ini terbentuk, kita dapat ketahui bahawa warna ini terbentuk dari gabungan warna merah dan putih. dari gabungan tersebut maka wujudlah sebuah warna yang mempunyai kelembutan untuk dipandang mata, juga warna yang mempunyai nilai romantik dan cenderung kepada sifat-sifat feminin.

berbalik pada campuran warna. pertama, warna merah yang garang dicampur warna putih yang cerah dan terang. pada pandangan aku, warna merah jambu bukan setakat lembut dan romantik tapi tersembunyi sebuah keganasan dan keberanian yang dikuatkan dengan kecerahan warna yang nyata. apabila warna putih ini dipancar oleh cahaya terik matahari di siang hari, mata kita akan menjadi silau, dan warna putih ini sangat efisien dipakai jika pada waktu malam untuk mengelak kecelakaan pada diri terutama pada pejalan kaki. bermakna warna putih ini makin menguatkan warna merah apabila dicampurkan. memang benar warna merah jambut itu lembut, tapi itu secara tersurat bagaimana tersiratnya pula?

persoalan sekarang, lembutkah lelaki yang mempunyai minat pada warna merah jambu? padahal merah jambu ni sangat ganas dan berani, ye tak? mungkin pandangan kita berbeza, tapi kadangkala sebuah pandangan itu boleh berubah mengikut akal dan juga gerak hati, yang penting aku selalu jerk nampak rakanku yang masuk askar dan suka memakai pakaian yang berwarna merah jambu, tapi bukan fanatik pada warna ini ea. adakah seorang askar itu lembut kerana memakai warna merah jambu ini? tidak bukan, ye tak?

janganlah nak membuat diskriminasi yang mengaitkan gender dan warna yek.

konflik gender


p/s tertarik lak pada warna merah jambu ini... macho gitu.. hahahaha.... ☺

6 comments:

afro said... BALAS

kalo hari rabu pakai baju pink, boleh dapat diskaun kt baskin robins. haha..

Sang Gabriel said... BALAS

bilik ku serius warna merah jambu

bukan apa, tu je cat yang terlebih ada kat umah aku

pink rock ape?

haha

hana said... BALAS

pink smart pe..
sye ase bese je tgk laki pakai kaler pink...
nmpak agi cumel gitu..
haha

faraherda.razalan said... BALAS

suke entri nie...lagi satu, pink merangsang perkembangan IQ bayi....so, tak salah kenakan baju pink pada baby boy!

Tieah Madian said... BALAS

Aku suka tengok lelaki dgn warna pink..
Tapi paling tak tahan bila mana lelaki tu lembut! Gggrrrrrrr..
Kalo lelaki yang gagah guna baju pink aku ok lagi..
Tapi kalo yang lelaki2 lembut ni aku tak suka sbb pasti mereka gay!
Bencilah..

Entry Terbaru: Ketahui Apa Yang Berlaku Di Tahun Kelahiran Anda

Inchek Lieben said... BALAS

yahhhh aq paling suka entry ko nie!!!!
memang betul apa yang ko cakapkan..
ko tau kan aq ni macam mana..
dulu dak nakal macam celaka ..
join geng2 yang mengganaskan..
memang dikatakan aq seorang yang gila ganas....
tapi aq minat colour pink!!!!!
bukan apa..
entah memang dah suka dengan kaler tu..
phone aku pun kaler pink...
tuala aq pun kaler pink...
tapi itu bukan tunjuk aq ni lembut atau lemah...

yang paling hebat!!
donald trump pun minat kaler pink!
jap agi aq jadi kaye cam dia ar..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...