Friday, February 11, 2011

Home » » luahan hati : kenapa ada manusia yang suka susahkan hidup orang?

luahan hati : kenapa ada manusia yang suka susahkan hidup orang?

JANGAN SUKA SUSAHKAN ORANG LAIN


assalamualikum..

saat ini aku nak ulas atau tanya pendapat dan jawapan tentang manusia yang suka susahkan orang lain.
ini pandangan peribadi aku,kepada mereka yang terasa tu,maaflah aku katakan kepadamu.

KENAPA?

kenapa mereka susahkan orang lain?

1. mungkin mereka fikir mereka pernah kena teruk semasa mereka junior atau baru masuk kerja.
2. mungkin mereka ini malas.
3. da resmi mereka untuk menyusahkan orang.
4. mungkin mereka tak senang tengok orang lain senang.
5. mungkin sejak kecil mereka telah didik untuk susahkan orang lain.
6. mugkin mereka hendak mengajar orang lain.
7. mungkin mereka tak tahu mereka sedang susahkan orang lain.
8. lain-lain yang mungkin pembaca boleh tambah.

BAGAIMANA?

bagaimana pula cara mereka susahkan orang lain?

yang persoalan ini banyak jawapannya,dan mungkin pembaca sendiri yang pernah alami dan rasa ada jawapannya.

jawapan dari aku,
mereka yang menyusahkan orang nie selalu mengacau masa kita,korang pun tahu kan masa itu emas.mereka mengambil masa kita untuk menyuruh kita membuat perkara² yang mengarut,kerja berlebihan,mencari pasal,saja mencari salah,apa yang kita buat semua tak kena dan salah.kadang kala kerja kita tergangu dek kerana nak melayan mereka.

SIAPA?

siapa yang selalu susah kan kita?

aku rase x perlulah aku ulaskan,mungkin masing² tahu siapa yang selalu susahkan mereka.


PENDAPAT AKU

aku rase lah kan setiap dari kita nie pernah atau sedang berdepan dengan manusia yang suka menyusahkan orang.ya,memang benci dengan orang yang macam nie,mungkin pelajar sekolah di asrama setuju dengan aku (time mereka junior lah), dan mereka yang berada dalam alam perkerjaan. dalam dunia blogger nie pun banyak manusia yang suka susahkan orang lain,yelah cemburu dengan orang punya kejayaan.

mereka yang suka susahkan orang nie selalunya akan disumpah seranah,di doakan yang tidak baik(hati² pada yang suka menzalimi orang lain,bace sini.).bahaya kowt kalau selalu kena sumpah dan didoa yang bukan²,silap² x senang hidup kita kat dunia, itu belum kira lagi mereka yang sukar untuk memaafkan orang lain.tanggung dosa dengan manusi dan bawa ke akhirat nak tebus.

tapi manusia yang suka susahkan orang lain ini,ada kisah ker?mereka seronok susahkan orang lain,macam hobi pulak kan.kalau x susahkan orang satu hari rase dunia ini x sempurna.. pada mereka yang malas nak buat kerja pula, x kan kisah punya.. yang penting kerja dia siap.. ada orang lain buatkan. hidup nak senang tapi orang lain susah. lagi kita sakit hati bila kita dah tolong orang 2,kita lak kena maki hamun,salah yang sedikit.. dah la dia mintak tolong... haish..

akhir dari aku (sebenarnya banyak lagi,tapi sape nak bace kalau banyak sangat kan?), nie semua peringatan untuk diri aku juga,mungkin bila aku diatas nanti,terlupa dan menyusahkan orang lain tiba-tiba terbaca semula entri aku ini,mungkin aku akan sedar yang aku x suka diperlakukan bergini.. kenapa perlu aku lakukan pada yang lain?betol tidak? kita hidup bukan berlandaskan dendam,dendam cuma akan diakhiri penghancuran dan peperangan.lagi satu hidup ini unik,dan pelbagai keunikan yang ada.mungkin sikap menyusahkan orang dan iri hati yang ada pada sesetengah insan ini, yang akan membuat diri kita jadi sempurna.. dengan memperbaiki apa yang silap dan salah.. kita lihat dan belajar.. yang salah jadi pengajaran dan yang betul jadi ikutan.. kita semua insan biasa,kesalahan dan kesilapan adalah perkara biasa.. dan belajar dari kesilapan diri dan orang lain menjadikan kita insan yang hebat..

sekian...

terima kasih..

2 comments:

hana said... BALAS

sye pn mmg pangkah orng yg suke nyusahkn orang laen...
kadang2 mereke ini x sedar yg dorng tu dh nyusahkan orng lain..
ye la..
kadang2 kputusan yg d uat tanpa b'bincang juga leh nyusahkn orng laen..
aish..
=D

aried said... BALAS

hm..terkadang mereka ini mahukan perhatian.. Kemaafan satu jalan terbaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...